Tuesday, October 18, 2011

8 hari berlalu..


Salam sejahtera, Hi readers.

Apa khabar semua?.. lama tak jumpa kan.. *ceh macamlah pernah jumpa. 

Ok. janggal nak menaip post ini sebab dah lama rasanya meninggalkan blog. dah 8 hari.. padahal penulis bukannya sibuk sangat pun. bukan ada suami, bukan ada anak-anak jugak. :p

sebenarnya aku tengah praktis untuk tidak menjadikan internet sebagai agenda utama sehari-harian. internet memang keperluan. tapi setakat keperluan 2-3jam menghadap satu hari pun dah cukup. cek email penting. bersosial sikit-sikit. google benda-benda yang boleh gain knowledge. itu saja. kalau sampai kau kena nak hadap internet 24/7, makan hadap tenet, tengok tv ngadap tenet, drive ngadap tenet. kau sebenarnya dah jadi hamba internet. nanti kat akhirat Allah tanya, mana dia amal ibadah yang nak dipersembahkan padaNya, takkan kau nak jawab. "internet adalah ibadah saya..".

menghadap internet kalau kita boleh tambah pahala, sebar dakwah. Alhamdulillah. tapi kalau cuma buat benda lagha semata-mata. esok lusa mati, amal sikit. yang banyaknya membuang waktu menghadap internet. lu fikirlah sendiri.  untuk yang 'cari makan' dengan internet. pastikan yang halal. jangan kaut income dengan cerita fitnah. nanti dapat saham dosa. tanggung sendiri. #nasihat kepada diri sendiri jugak. 

sebenarnya penulis belum ada mood yang baik untuk menulis ataupun bercerita panjang. tapi cukuplah dengan short update kali ini. buat syarat jelah ye.


sekian dulu. Bye.

6 comments:

jedi said...

nasihat yg baik...usah buang masa...

♥CIK SHA♥ said...

betul tu..nak ngadap tenet tu boleh..tapi jgn la smpai doplohpat jam tenet je kerjanye..macam takde kerja lain nak buat kan?

welcome back dear..^_^

Ain Asrar said...

kadang teralpa..opss dah 24 jam teronline. heheh #kbai

puanbee said...

ok lah kalau dah tetapkan gitu ..duk depan laptop lelama pun tk bagus juga

beautiful_rose said...

hai sara...
lama tak singgah sini hope sihat selalu ye.

betul la tu hidup kita bukan semata2 nak hadap internet je.banyak hal lain yang lebih perlu kite kejarkan.

izwannizam said...

sebelum ni tulis blog pun ada sekelumit rasa nak generate income from it.tipulah kalau tak ada.but now,rasa malas nak kejar semua tu.rasa takut.takut kalau2 penulisan dalam blog sekadar menambah dosa dan bukan pahala.takut nikmat jari untuk menulis diguna untuk mengaibkan diri sendiri di sana nanti.bukan untuk membantu melepaskan diri daripada azab-Nya..