Friday, September 9, 2011

malas topup..

prepaid internet celcom beroadband dah tamat tempoh. so diam-diam je. malas nak topup. ni online kat tempat kerja..

err, beli prepaid topup kena caj 6% dah kuatkuasa ek?..  pfftt!


nampaknya semangat aku nak beli BlackBerry and ambik pakej postpaid semakin membara. jom semua pakat guna Blackberry, kita BBM je k. ambik pakej Bis then kita main tenet je takyah sms/call. nasib baik ai dengan mr.kingkong selalu pakai email je. tax bagai ni tak effect hubungan kami pun. bluekk! topup pun dah ada cukai, so jadilah pengguna bijak. pandai-pandailah jimat cermat.

kepada kerajaan, hah, sekarang tang cukai budak 5 tahun pun bayar kot. dulunya tang cukai ni orang dewasa dah kerja je bayar (cukai pendapatan yang gaji RM 2500 ke atas). now cukai topup untuk semua tak mengira usia. kalau sebulan sorang individu topup RM30, cukai topup sebulan dah RM1.80 sen, so setahun cukai topup minima pun RM21.60sen seorang. try darab ngan pengguna handphone yang dari usia 5 tahun hingga 65 tahun (dah tentu berjuta). rasanya kerajaan kita cukup kaya untuk bangunkan negara dan bebaskan kelompok penduduk miskin tegar. Alhamdulillah, moga negara kita dapat dibangunkan dengan 'sedekah rakyat' dari cukai 6% tu yep.

p/s:- jangan pulak cukai topup tu mengalir ke cincin berlian/penerbangan percuma seisi keluarga para menteri pulak ye.


3 comments:

ASaDa RyutaRo said...

bila hasil mengalir ke tempat lain tu yang jadi masalah..

~AmyLiana86~ said...

mmg xpatut..

Puteri Biru said...

#asada
yep. mmg masalah

#Amyliana
kan.. apa pun takleh