Sunday, September 18, 2011

Sabtu pesta makan, Ahad tersadai akibat perut meragam

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi semua. 

malam tadi kami (aku dan roomate) dah kembali ke rumah. meninggalkan acara open house @ pesta makan di Sg.Buloh. awalnya memang nak tidur sana jugak last nite. tapi aku and roomate tukar plan. nak balik jugak rumah kami walaupun rumah bukan ada apa-apa sangat. 

di Sg.Buloh semalam, perut berpesta makan. walaupun badan aku macam tak sihat sangat sebab selsema dan batuk, tapi sebab dah lama tak jumpa makanan best-best. semalam aku balun semua makanan. bercampur-campur menjadi satu adunan baru dalam perut.

pagi dalam jam 8 sarapan nasik himpit dengan sambal ikan bilis. sarapan pagi-pagi la sebab after that nak kemas-kemas sebab makcik roomate buat open house that day. tak ada pun tolong berkemas sangat, menyapu sikit-sikit je.

jam 12 tengah hari beraya makan di rumah kawan kepada sepupu roomate, aku makan pasta bolognaise, kentang putar, sate, sosej dan ayam bakar. jam 3petang makan pulak di rumah makcik roomate (rumah yang kami tidur la) makan laksam and roti john. sumpah laksam dia sedap gila, letak cili sikit dekat kuah santan laksam tu pergh power sangat. terbaik!

dekat pukul 6 petang makan pulak nasik lemak, sambal sotong makcik roomate buat pun sedap sesangat. wah. berpedas jugak la perut den semalam. mahgrib tu dah start dah sakit perut. tapi boleh hold lagi. rumah orang buat openhouse tak selesa kot nak menbuang-buang. 

tapi malam tu seorang lagi sepupu roomate ajak pergi rumah kawan kerja dia, lepas isyak, makan pulak nasik tomato. pun sedap, tapi aku makan sikit je sebab rasa perut dah tak boleh go on. perut dah sendat. tapi dah pergi rumah orang mana boleh tak makan. so makan jugak walaupun sikit.

aku rasa semalam aku dah jarak-jarakkan masa untuk melantak supaya konon macam perut ada ruang. tapi agaknya sebab makan yang pedas-pedas and ada unsur santan pulak, pagi ni bangun Subuh perut aku meragam gila-gila. walaupun dah membuang perut still jugak sakit. 

hari ni 3-4 kali jugak pergi toilet. konon plan hari ni nak pergi Low Yat pun batal sebab perut tak habis meragam satu hari. dan hari ni aku takut gila nak mengadap makanan. minum air and makan biskut je. tersadai atas katil and sofa depan tv satu kerja pun aku tak boleh buat. 

aku macam regret sebab telah menyiksa sistem pencernaan dan usus besar secara ekstrem semalam. tak pernah rasa sakit perut yang dahsyat macam hari ni. lemah longlai badan aku. masa raya 1 Syawal hari tu makan banyak jugak tapi tak ada sakit perut sebab makan menu yang lebih kurang sama je. lontong pagi tengah hari malam.

ini semalam menu memang bercampur-campur. itu yang perut  macam "What the heck...nak kena tuan badan ni hah...!". plus semalam minumnya pulak air berkarbonat (lemonade) je satu hari. lagilah perut aku jadi stress. terus mengamuk dia hari ni. serik aku. memang betul lah semua penyakit berpunca daripada perut. inilah akibatnya makan tak ingat dunia.

Malaysia memang syurga makanan sedap. tapi makan kena beringat. kang jatuh sakit susah. nasib gak hari ni cuti, kalau kerja. mampuih aku. lepas ni aku tak mau dah menyiksa perut. makan sejenis dua menu je dalam sehari.

hari ni perut direhatkan. no more heavy food. kesian.

5 comments:

♥CIK SHA♥ said...

gile banyak ko makan yunk!patot la perot ko protes..die penat nak buat kerja la tu..bnyk sangat menu mknn masuk..ehehe..

have a good rest ok..

abghani said...

kesiannya

Faaein Talip Roy said...

kesiannya.. kasi rehatlah perut tu.. tapi jangan sampai tak makan plak.. ^^,

yunZatie said...

uish..jenuh nak diet balik nnt..btw tengs sudi singgah

H.J said...

perut tak otai lagi la tu..haha