Friday, September 2, 2011

kembali menjalani rutin hidup

Salam Aidilfitri to all,

hari ni sudah Syawal 4, penulis sudah kembali ke Kuala Lumpur sejak semalam. mungkin kali ini adalah Hari Raya yang paling sekejap pernah diraikan dalam hidup. Yes. hari ini sudah masuk kerja. 

Alhamdulillah raya tetap meriah dan aku hanya bersederhana memandangkan ekonomi tidak berapa bagus. bab makan-makan raya tak payah cerita kot. semua orang pun tahu hari raya orang johor akan makan apa kalau bukan lontong. memang menu default. semua orang tahu. dan pastinya aku makan banyak sekali tak peduli diet kejadah semua. muahaha!

err, nak cerita sikit pengalaman raya kali ini yang sebenarnya punya kelainan dari sudut pandangan mata aku. berbeza apabila melihat bapa saudara dan sepupu lelaki yang dulunya di zaman kanak-kanak adalah teman comot-comot main tepi paya (konon-konon tangkap ikan) pada tahun ini sudah menjadi cool daddy.

tahun ini masing-masing dah gendong baby, gendong beg baby, buat susu anak, mandikan anak, layan anak bagi dia gelak. dan sebagainya. muahaha. rupanya teman sepermainan kanak-kanak saya kini sudah menjadi cool daddy. sumpah Ohsemm!

yes, zaman berubah, tanggungjawab juga berubah bila kita semakin dewasa dan berubah status. bukan lagi kerjanya melepak atas motor sambil ngorat anak dara. sungguh nampak nilai kedewasaan apabila melihat life progress teman-teman comot waktu kecil. 


p/s:- dan anda, apa pemandangan berbeza yang dapat dilihat di hari raya kali ini?...




2 comments:

Pacifista said...

raya takde beza pun,sama macam yang lepas.beza yang ketara cuma ada 1 je.balqis muncul dalam hidup kami sekeluarga.haha...comel anak ayah pakai baju baru :D

Puteri Biru said...

#pacifista
wee, dah ada anak mmg lagi bermakna hari raya kan.. =)