siri jelajah blog: cahaya yang riang gembira
psst! psst! malam jumaat menjelang lagi, siri jelajah diteruskan kembali untuk kali yang kedua, dan kali ini kita akan berkenalan dengan seorang gadis jiwang yang bakal bergelar seorang doktor perubatan. bab jiwang tu bukan aku yang saja-saja gelar, tapi beliau sendiri yang selalu mengaku yang beliau ni gadis jiwang. hikhik.
nama beliau adalah berpadanan dengan nama blognya. Nur Farhana Abdullah. (betul ke eja dia ni?). memakai nickname FarhanaDr dalam blognya Cahaya Yang Riang Gembira. kalau nak tau, kami berdua ni lahir pada tahun yang sama 1987. so maknanya kami ini sebaya la kan. malahan blog kami juga dilahirkan pada bulan yang sama iaitu Februari 2009. so blog kami pun sebaya jugak. haha, sweet rite?
ok, cerita pasal blog beliau pula, content blog cik Farhana ini kebanyakannya berkisarkan tentang personal life dan apa jua yang beliau fikirkan. sama ada tentang hati perempuan, airmata lelaki, cinta, perasaan, malah ada juga tentang tabiat makan. (beliau ini ada tabiat makan sayur tanpa mengunyah, telan terus). sampai sekarang aku pelik dan tak dapat bayangkan bagaimana boleh menelan sayur begitu saja. bimbang tercekik ja. hAhAhA!
cara beliau bercerita dalam blog memang melambangkan yang beliau ini gadis yang penyayang. (bukan macam aku yang bercerita secara kurang senonoh). selalu saja pada akhir entry beliau mengucapkan selamat kepada pembaca. nampak cara yang bersopan santun dan berbudi bahasa. entry emosi marah-marah memang susah nak jumpa. tentu saja empunya blog ini penyabar orangnya. buat kita rasa sejuk saja hati membaca blog beliau.
ok. dah panjang jugak review tetang beliau dan blognya. untuk kenal lebih dekat lagi, jenguk-jenguk dan singgah la selalu ke blog beliau. boleh klik ke SINI.
siri jelajah ini akan kembali lagi menemui anda pada hari yang sama, minggu hadapan. psst! psst!
Comments
Thanx banyak sara, bukan sbb Cahaya Yang Riang Gembira, tapi sbb tak sangka ko banyak "kenal" aku luar dan dalam.. Ngeee.. :)
dasat tul.
muda lagi..