mengimbau kenangan part II
happy Sunday to all my beloved readers.
cerita tentang kenangan zaman sekolah kembali lagi. kepada sesiapa yang ketinggalan part I boleh klik ke SINI. kali ini, cerita masih berkisarkan pengalaman di sekolah yang sama. kalau sebelum ini kita bercerita tentang weekend, hari ini kita nak cerita tentang hari sekolah.
kalau tak silap, masa itu aku berada di tingkatan 3. aku memegang jawatan sebagai pengawas yang paling tak skema. walaupun tiap kali perhimpunan hari Isnin berdiri macam bagus untuk cek cara pemakaian pelajar, tapi itu macam lakonan nak tunjuk macam berjawatan padahal macamlah diri tu bagus sangat. haa, kau orang yang pengawas sekolah pun macam itu kan? mentang-mentang baju sekolah lain warna daripada pelajar biasa. nak berlagak plak. *&^(*%$#@^
ok. ini bukan nak cerita pasal jawatan pengawas yang macam bagus ke apa. no.no. point pentingnya adalah diri aku yang bukan budak skema. senang cerita. budak yang notty.
dulu, masa tahun 2002, ada satu cerita cina ke taiwan tak sure sangat. ditayangkan kat tv3 jam 2 petang. best tau cerita nih! hero dia hensem giler. tapi masalahnya aku dah lupa tajuk cerita tu apa. kalau dapat tengok balik cerita tu memang heaven wa cakap lu. flow cerita dia macam ini.
"ada seorang lelaki yang bekerja sebagai arkitek, telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang perempuan masa dia berjalan kat shopping complex. masa itu dia nampak perempuan itu sedang beli lipstik. tapi dia tak sempat nak kejar perempuan tu. then dia pendam cinta dia dalam hati dan berharap dapat jumpa perempuan tu satu hari nanti. untuk tunjukkan rasa cinta dia pada perempuan tu, dia beli lipstik yang sama macam perempuan tu beli banyak-banyak sampai beribu-ribu untuk dia bina 'menara mini' daripada lipstik tersebut. dia merancang untuk tunjukkan simboliknya lipstik tersebut pada perempuan tu bila dia berpeluang confess kat perempuan tu kelak"
~ siapa ingat tajuk cerita ni, plez tell me~
ok, sebenarnya, sebab aku nak tengok sangat cerita ni yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis. maka sebaik saja tamat kelas jam 1.50 petang (kelas RKA balik lambat sebab kena belajar Bahasa Arab), aku dan 2, 3 rakan lain sanggup berlari-lari ke Dewan Makan supaya dapat line ambik makanan terlebih dahulu daripada pelajar lelaki. masa tu aku memang tak peduli kalau budak lelaki nak kata kami kebulur ke apa tu lantak diorang lah. dan kami akan makan laju-laju (tak sampai pun 5 minit dah siap) dan bergegas pergi bilik prep untuk tengok cerita tu.
cerita ni ditayangkan selama sejam, sedangkan jam 3 petang adalah waktunya prep. bayangkan lah kami yang menghadap tv tersebut sampai jam 2.55 petang baru terhegeh-hegeh nak naik atas solat zuhur semua sedangkan orang lain semua dah bersiap nak turun prep. orang lain ada gak masa berehat b4 turun prep, tapi aku yang mengah-mengah berkejar-kejar kan waktu memang dah tentu akan tido berbantal lengan tiap kali prep petang. pukul 4.30 petang loceng bunyi tanda habis waktu prep. tak segan-segan bangun dari tidur terus pergi ke dewan makan untuk minum petang. siap basuh muka kat sinki dewan makan plak tu. selamba je.
macam sengal gila aku rasa perangai camni, tapi nak buat macam mana. aku memang kalah kalau hero cerita tu handsome amat. HahAhA!
Comments
bukan kalah sebab handsome...
cair...
hehehehe...
citer ape ekkkkk
macam comel jek citer tu