keputusan Anugerah Bintang Popular. siapa kata saya berpuas hati?

result penuh you all boleh cek kat Berita Harian Online. tak kuasa aku nak salin result  itu satu persatu, makan nasik bukankah lebih baik?.


first of all, aku nak bagitau yang aku suka sangat-sangat dengan gandingan dua pengacara Raja Azura dan Syarifah Syahirah. dua orang ini berceloteh dengan riang ria sangat comel sekali.  lagi-lagi time syarifah syahirah gendong baby dia sambil mengacarakan event ini, anak dia cool saja di gendongan. phewit! anak emak mungkin, hehe.

tentang performance, dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Bunkface dan Faizal Tahir, dua-dua pun I like. mantap! yang lain-lain, persembahan dari kumpulan nasyid Raihan, Hijjaz dan Rabbani mendedikasikan lagu 'Kau Pergi Jua' kepada Allahyarham Ustaz Asri memang sangat menyentuh jiwa. dan aku rasa lagu tersebut juga di dedikasi untuk arwah Din Beramboi.

kemenangan pengacara dan penyampai radio popular masih sama macam tahun lepas, Aznil Hj Nawawi dah 7 tahun pegang trofi pengacara popular. tapi beliau sangat layak untuk menang. Fafau pegang dua anugerah  pengacara dan penyampai radio. minah ni memang makin hangat sekarang. of course la, bukan kah beliau dejay Hot Fm.

artis baru paling popular dimenangi oleh Black dan Yuna, kalah semua calon-calon lain dari Akademi Fantasia. nampaknya AF dah makin malap. realiti TV lain lagi mendominasi. haha, apa kata stop kan saja AF tu, produk dia bukan ke mana, setakat keluar jadi duta power root dan ayam brand. memang cap ayam. hAhaHa!

pelakon Diana Daniele dan Ainul Aisyah menyanyi live?.. dua-dua pun boleh tahan suara diorang. rasanya much better than Marsha. heh.

paling penting, Remy Ishak dan Tizz Zaqyah sama-sama menang untuk kategori pelakon tv popular. ini tak lain tak bukan adalah penangan drama Nur Kasih. serius I sangat suka dengan kemenangan kedua-dua mereka. walaupun menonton dalam rumah saja, tapi tetap bersorak sambil tepuk tangan. over excited!

Aizat merangkul anugerah penyanyi lelaki popular, nampaknya aura Mawi dah pudar. I love Aizat. satu-satunya peserta AF yang gigih berusaha untuk berjaya tanpa bantuan Maestro ke apa. buat album dengan duit sendiri, hasilkan lagu dengan gitar sendiri. at last dia berjaya buktikan bahwa dia berbakat, dan AFUNDI itu semua is totally nonsense!

ok, kemuncak keputusan, Tok TI ke yang menang? tv3 ni beli undi hantu sempena kali terakhir tok ti bertanding kah?

Aduhaiiiiii. spoil terus mood. nyampah, muntah!



sekian.


Comments

ye la...
bg aku bukan die...
aku target 2 je...
nabil o aizat...
tapi die dapat...
rezeki die la...
Luffy said…
haha
dah memamg siti popular
ko nak buat apa
ko minoriti yg x menyokong
kekeke
Ibu Ammar said…
meniti senja
- i nyampah. full stop

luffy
- orang BERDUIT boleh buat apa saja.
mYpRecious said…
siti mmg deserve to win.. buat la mcm mane pun die ttp fofuler gitu.. ehek..
Ibu Ammar said…
my precious
-popular sebab jambul dia tulah. WAKAKA!
.::WaNiE::. said…
duta power root dan ayam brand. memang cap ayam. hAhaHa!

saya setuju bebenorrrr

hahahahha
Cik Akma said…
tiz zaqyah semalam cantik gilaaaa~~ i likee :)
MyaFiza said…
tambah satu kereta lagi kt CT.
ct ni dari dulu lagi tak patut bertanding dah.
Ieqa Swetluv said…
sangat epi fafau menang yeay!
jijie said…
erk!
dia menang lagi ke?
adeh~
ingatkan orang lain...
Ariff Shah said…
itulah. tak logik la dia menang. tiba2 je
Hafiz Yusof said…
time syarifah pegang baby dia tu btul la ..sweet sgt
rezeki siti utk menang tahun neh.. tahun depan, nama siti tak akan di sebut2 lg.. mgkn lepas ini akan berturutan pemenang yg sama kalo boleh tanding ke populariti siti.. :D
Ala, kak Sara.. Aizat tu satu family artis. Tak heran laa... Album tu pun dah nampak satu family yang buat..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..