Aku dan Joegrimjow:- Awas! Kami tak ada Skandal.


kalau nak cerita tentang blogger pujaan hati sanubari yang terpaling lama bertapak di hati. memang Joegrimjow adalah orangnya.


'jangan sentap baca intro, ini kisah baru nak mulo, entry bukan sebarang bicaro, ini khas sempena Birthday Joegrimjow'


kalau nak cerita sejak bila, pastinya pada tahun 2009. kalau tak silap, dalam beberapa bulan selepas aku berblog. aku memang lupa yang mana satukah entry pertama blog dia yang aku baca. tapi entry yang terpaling aku 'terkena' adalah entry beliau naik bas waktu bulan puasa. then mengatakan ada awek cun duduk disebelah dan mereka mula berdialog. dan rupanya entry itu adalah rekaan beliau semata-mata. tepuk dahi sebaik saja sedar tertipu. cis!

~ sekali U tipu, selamanya I terus terpedaya ~

ya. sejak itu. baru ku tahu bahwa blogger joegrimjow ini berbakat sebagai 'penglipur lara'. dan mulalah aku godek-godek entry Pak Belalang yang versi-versa. dan entah macam mana. aku jadikan blog beliau sebagai blog wajib klik. aku sedar. joegrimjow punya ramai pembaca. aku yang ketika itu bukan seorang blogger yang 'dipandang orang' mula memasang azam.

~ aku mahu joegrimjow kenal aku ~

bukan senang nak 'dekati' joegrimjow ni. jadi pembaca blog sudah, jadi pengkomen blog sudah, jadi friendlist di Facebook pun sudah. justeru apa lagi. apa agaknya jalan yang boleh membuatkan joegirmjow lebih menyedari akan 'kehadiran aku dalam hidupnya'. apakah cara? perlukah menghantar email 'AiLeBiU' kepada beliau?

~ dulu dia single ang tak mau try, la ni dia dah tak available mulalah ang nak gatai ~

tu lah kan, joegrimjow ni market pun 'cantik', " bijok, comey, kayo, meghato doh dio gi, Taiwe, Korea, holah, pitih dio ado sokmo. tuoh oghe niago kali. ke guano?.. (erk, percubaan kecek klate ni aku tibai je, kalau salah jangan gelakkan, aku ni orang johor okeyh. HahaHa). 




walaupun 'awak' sudah menjadi pokok, 'saya' tetap menjadi daun. ewah!, apa ni merepek?!


joegrimjow dan blognya. joegrimjow dan misi mencari jodoh melalui blog. masih ku ingat, joe bagitau nak cari pasangan yang ada blog. supaya malam-malam boleh update blog sama-sama. ewah. romantik! kalau aku pulak. aku nak cari pasangan yang membaca blog. dan membaca blog pasangannya sebelum tido. ok. cuba compare mana satukah yang lebih romantik?..

joegrimjow dan cintanya pada dunia blogging. imbau balik 'cabaran' beliau hadapi semasa berada di 'wordpress'. blog asyik meragam. sampai satu tahap dia sendiri tak boleh update blog dengan pc sendiri, hingga mengupdate blog di library beberapa minit sebelum kuliah. aduhai. begitu dalam cintanya. respect!


joegrimjow di usia 22 tahun.


masih begitu muda, tetapi sudah mengecapi banyak kejayaan. beliau adalah orang yang tepat untuk dijadikan idola. bukan sahaja kepada yang lebih muda, malahan kepada yang lebih tua darinya. (macam saya). walaupun sudah kehilangan ayah sejak di Tingkatan 4. beliau tetap tabah dan berjaya menghapus kedukaan. si anak bongsu yang sudah bergelar 'papa joe' kepada 'koleksi anak buah'. mungkinkah akan bergelar papa sebenar kepada anak sendiri setahun dua lagi? ~ macam soalan melodi plak ~


adikku joegrimjow:-

selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22. semoga segala impian dan harapan menjadi kenyataan. tahun depan buat big-work jangan lupa bagi kad jemputan. teruskan berblog dengan semangat jitu, kami di sini membaca tak jemu.



ikhlas:-

Nursarah Puteri.

Comments

aisHa 'S' said…
eWah....
haha.....
happy besday gk tuk beliau..
Faizul said…
baru 22 ek umur dia..
muda lagi.
sesuai dgn ko.
Tu laaa.. Aku menyesal tak ngorat dia dulu.. Wakakakaka.. Tapi.. Tanah lebih berhak pade pkoknya ini.. Kita ni.. Jadi dedaunan jek laaa.. Ahaks.. ;p

Joe joe joe.. Awesome guy.. Ngeeee..

Sara.. Gudluck sayang.. Heee.. :)
joegrimjow said…
sweeet ok
huhu
ape plak
ku tidak glamer cam dikatakan
bese2 je
blog ni lah tempat kite cari kawan
huhu

thx u thx u
sangat suka ok
terubat skit hati yg duka baca entry sedih tadi
huuhuuu

thx again!!!!!
happy bday la kt dye .
Anonymous said…
Joe... bagi ini menang!

bukan sebab kawan tp dah banyak entri aku baca ni yg jujur dr hati rasanya...

yang lain bukan x jujur... tp ini entri dr hati kecil

ahhhh.... aku x pandai nak jelaskan
budakhitam said…
waaa...seronok jadi joe gitu..kih3...budak hitam pun tak single lagi..hehe
Hafiz Yusof said…
happy birthday kepada yg terlibat
perjalanan masih panjang adik ku boleh ngurat tak salah abg kodok sokong sokmo hahaha
.::WaNiE::. said…
happy birthday joe

saya suke entry ni

boleh vote tak

hahahaha
walau ko pokok...
aku jadi daun???
xkekal...
jadi akar la...
hahaha...
comeyy laa en3 kali neh kak sarahh...
i like dizz....
;)))
Solehah said…
hehe..mana tau ada jodoh..walaupun aku dah baca entry ko, aku nak doakan jgk mcm tu..ehhe
Unknown said…
Hepi besdat wat Joe aka bakal sarah punye laki.....wakakakak


jgn marah sara...
Jard The Great said…
hehehe.. besh la sara.. chumel
Unknown said…
pewittsss.. aku ingat ada gitu gitu.. ahahaha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..