Gatsby Street Fair, here I come.

17 April akhirnya menjelma, sungguh pantas masa berlalu, rasanya baru kelmarin mendapat email tentang Projek Sulit 400 dari Nuffnang. dan kini telah sampai harinya. macam tak percaya. owh! perjumpaan ini bakal melibatkan lebih 400 bloggers dan dijangka ramai yang tak dijemput pun akan turut datang memeriahkan event. sangat excited. sebab aku belum lama dengan nuffnang. baru 3 bulan 1 minggu.

untung saja aku buang iklan Advertlets dulu. 2 minggu saja advertlets bertahan di blog ini. bila status Glitterati itu hilang, aku mula gelabah. macam tak best jadi nuffnanger yang tak eksklusif. dan 2 minggu selepas buang iklan advertlets, aku dapat balik status glitterati nuffnang. dan seminggu selepas itu, terima pula email Projek Sulit 400 dimana syarat penyertaan adalah berstatus Glitterati.

walaupun pernah 'curang' sekejap dengan nuffnang, tapi nuffnang tetap sayang aku. walaupun blog aku cuma blog yang suam-suam pizza hut saja, tetap juga ada pengiklan yang sudi sewa tapak blog ini untuk iklan mereka. terima kasih to Digi n Nokia. tak sangka buffered earning dari dua syarikat telekomunikasi ini sudah mencecah belasan ringgit. Yahooooooooo! terima kasih Nuffnang!

ok. kepada bloggers yang bakal ke Times Square pada pagi ini. andainya anda dapat 'cam' muka saya, sila jangan malu-malu menegur. saya ni ada masalah susah nak 'cam' orang. lagi-lagi kebanyakan bloggers suka guna user name pelik-pelik dalam blog. pening kepala nak panggil apa bila jumpa. aduhaii.


ok, jumpa anda di Times Square!




Comments

Amir said…
aku ada 2 akaun nuffnang utk 2 blog. 1 glitterati, 1 lagi x... bestla kan dapat join aktiviti2 nuffnang ni. nti jgn lupa update kt blog..
waaaa...
times square...
jauhnye...
SHIKIN said…
tak dpt pegi...times square
sani tensai said…
pegi3!!! eekeekee
zool said…
Tak pergi.. apapun tahniahllah..
baawak bedak sebakul leh?
Ingat aku dalam doamu.. Eh silap.. Aktivitimu.. Heeee.. :)
Hafiz Yusof said…
have fun k..jaga diri
Hasrol Nizam said…
tak dapat pergi lor..
jauh sgt..kat jb skrg ni..enji=oy there k..nnti dapat hadiah share2 la sket..haha
.::WaNiE::. said…
alaaaaa...dah balikkk
Faizul said…
oooo ni la budaknye...haha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..