apabila pelajar sekolah sudah bergelar bapa..
selamat Hari Jumaat. selamat datang kepada hari minggu, ceh. padahal hari biasa pun bukan kah macam hari minggu, goyang kaki menghadap cerita korea seperti selalu. soal buku kita tangguh dulu, selagi ada waktu. HAhaHA! macam berpantun pula. tak kelakar.
bila mood tidak bagus, ubatnya adalah dengan menonton cerita korea. anggap ia macam terapi mood. ibarat berjumpa pakwe. yalah kan, I bukannya ada steady buaya pren macam you all, yang boleh dibawa berkepit ke sana sini. tapi macamlah aku kisah. buat apa simpan buaya, nanti kena Ngap baru padan muka. eh, ada yang terasa ke. lalala.
asyik korea.korea.korea. tak bosan ke? kalau kau bosan baca aku update pasal korea, kau boleh blah sekarang juga, aku halau ni. aku halau. serius. aku tak main-main. sorry. im not really peduli dengan apa yang kau suka baca. dan apa yang aku peduli adalah perkara yang aku suka tulis. mind you.
susah kan bila ada spesis yang datang blog orang tapi nak orang itu update seperti apa yang dia suka. amboi macam Director Ahmad Nisfu pulak dia. suruh jadi Hang Kebun pegang cangkul baru tau! ok, merepek. jangan marah. this is Nursarah's page. walaupun ayat selalu pedas, tapi dalam hati ada taman. HahAha! sekarang semua pun nak pakai ayat 'dalam hati ada taman'. itulah dia penangan Adnan Sempit. di mana ada kemahuan, di situ ada highway. sumpah mengarut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
berbalik pada tajuk hangat kita pada hari ini. tatkala negara kita begitu kecoh dengan kes buang anak. dan di waktu yang sama, aku baru mendapat tahu tentang sebuah filem korea yang mungkin dapat menyejukkan hati yang lara dek kisah tragis buang-buang baby nih.
sebuah filem duration 1jam 40 minit, yang mengisahkan seorang pelajar nakal yang tiba-tiba menjadi bapa kepada baby lelaki yang comel. sebab beliau ni nakal, mungkin pernah tidur dengan girlfriend dia yang entah mana satu ntah, dan baby itu secara tiba-tiba dihantar kepadanya untuk dijaga.
its not easy to be a single daddy. bayangkan seorang pelajar sekolah tinggi yang perangai macam mafia tiba-tiba terpaksa melalui hidup sebagai seorang bapa?..boleh bayangkan?! kehidupan menjadi serba kalut. lebih-lebih lagi bila terpaksa berhadapan dengan situasi ini seorang diri.
saatnya mak dan ayah pulang ke rumah, dan mendapati mereka tiba-tiba sudah ada cucu.
saat membuat pengakuan kepada ibu bapa.
memohon supaya situasinya difahami.
membawa anak ke mana-mana.
comel sangat baby nih.
lagi comel bila dia senyum.
ekspresi muka baby yang sangat bersesuaian dengan scene.
hati yang keras, boleh luluh bila anak kecil di tahan di wad.
menonton cerita ini dua kali. dan perasaan ketika menonton adalah bercampur baur. ada gembira dan juga sedih. sehingga terkenang kasih seorang ayah. dan airmata pun bergenang.
siapa yang belum tengok lagi cerita ni, memang harus juga tengok, banyak pengajaran di samping unsur humor. tiada kisah cinta merpati sejoli, yang ada cuma nilai cinta sebuah keluarga, guru, dan rakan-rakan. serta nilai cinta seorang ayah kepada anaknya. ~ BABY AND ME:- 1 jam 40 minit berbaloi-baloi.~
p/s: lakonan jang geun suk dalam filem ini sangat wajar dipuji. saranghae jang geun suk!
Comments
i like!!
comell~~
x berapa minat citer korea tp nmpk cam best
oh ya..salam kenal
^_^
hehe
best2
cam ada cite cik sarah je nanti
ahaksss
tapi xpe la...
ko nye pasal...
semua aku kenal la...
hehehehe...
muka mcm berlakon
betul2 jerw..
hehehe..
nak kena g tgk ni
cite neh.. :)
tgk b4 cite ur beautiful kuar..hehe
tp da terdelete =(