yang annoying tentang FB dan pengkomen tegar shoutbox.

tajuk memang tak boleh blah, tapi, tajuk itu serius.

pagi ini, lepas subuh. aku tidak tidur semula walaupun malam tadi masuk tidur jam 2.30pagi. tidur yang selama 4 jam itu pun tidak lena. berpeluh-peluh walaupun kipas dipasang. serius, kat k.l ni berbeza dengan kat rumah abah di johor. kalau dekat rumah abah, malam-malam tidur nyenyak. tanpa kipas tetap rasa sejuk, siap pakai selimut. rindunya dekat rumah abah. kl memang lebih panas dari johor kah?. adakah ianya kerana kl ini sarat dengan manusia?, maka peratus karbon dioksida jadi melebih-lebih?

pagi-pagi tadi lepas subuh, aku memang tidak tidur tapi tidak juga study. macam biasa. berbelog terlebih dahulu. teringatkan Contest si Tedi, terus cari idea. walaupun tak berapa nak ada idea. tapi menganggap penyertaan itu tanda sokongan. pasti ianya bermakna buat penganjur. cakap pasal study. memang tak mula lagi sebab belum ada mood. sebenarnya tidak ada mood untuk segala perkara. mood sangat tak elok. koraNG rasa kenapa?...siapa jawab aku datang bulan meh aku nak sekeh kepala dia. kau macam tak ada fikiran lain ke apa. asal perempuan moody je cakap datang bulan. annoying tau?!

-------------------------------------------------------------------------------------

kadang-kadang kan, fikiran aku ni tak dapat lari daripada memikirkan 'soal hati'. tapi macam biasa. aku bukan sejenis yang akan berkongsi rahsia dengan sesiapa. dan sesiapa yang rasa macam aku pernah share story dengan dia, sebenarnya ianya hanya sedikit. mungkin hanya 30%. apa guna aku cerita secara banyak. yang tanggung kisah aku adalah aku juga. dan kamu semua takkan pernah faham walaupun berkali-kali kamu mencuba. cukuplah sekadar kau baca saja. tak perlu berspekulasi. aku sedang bernafas juga, seperti biasa.

entah kenapa, sometimes, aku tak dapat lari daripada nak membandingkan life aku dengan life orang lain. padahal aku tak suka untuk membandingkan. serius. aku benci! oleh sebab aku masih 'samar' dengan life aku sendiri, maka aku jadi cemburu dengan mereka yang 'jelas' tentang life mereka. aku cemburu dengan mereka yang sudah membina kerjaya, malah aku cemburu dengan pasangan yang dah berkahwin dan beranak-pinak. banyak kali aku bertanya pada diri aku sendiri, "apakah pula masa depan aku? ". dan begitulah seperti selalu. aku memikirkan ini, setiap kali mood aku tidak bagus. aku tahu, Allah menguji aku melalui 'masa'. aku sabar.

-----------------------------------------------------------------------------------------

berbalik pada tajuk entry.
oleh sebab mood aku macam tengah stress. aku akan mudah rasa annoying dengan segala perkara. antaranya, aku rasa annoying bila orang TAG gambar kat FB. lagi-lagi kalau benda tu tak ada kaitan dengan aku. gambar kau dengan duit log in FB dapat 4 juta, gambar blause, gambar sijil MLM, dan segala bagai lah. then mulalah Inbox email aku penuh dengan 'mesej-mesej' yang tak da kaitan. kalau dulu aku annoying dengan segala application FB yang orang invite or send gift2 segala. then bila aku dah block segala application tu, ada juga menatang annoying lain kat FB. tau dah, korang nak suggest kat aku supaya remove TAG tu kan. siapa rasa nak suggest macam itu sila blah sekarang. tak payah suggest aku pun tau. ini cuma aku nak cerita sahaja di sini. ada faham?!

dan lagi bab annoying, ialah sesetengah daripada komen 'kamu semua' di blog ini. dan aku nak khususkan untuk pengkomen shoutbox tegar. yang bagi link DapatWang tu memang aku marah lama dah. tapi now dah berkurang yang spesis itu, dan sekarang spesis lain pula yang membiak-biak. iaitu pengkomen yang asal saja datang blog ini mesti bagi 'ayat serupa' dekat shoubox aku. agaknya ayat itu pun serupa dekat shoutbox semua blog. Ya! memang annoyinggggg!!! errrrr, kejap. sebenarnya perkara ini biasa-biasa ja, tapi kan aku dah kata, bila mood aku macam agak hodoh, mulalah aku rasa 'pengkomen shoutbox tegar' ini pun  adalah annoying. contoh ayat tegar korang, antaranya adalah "anda dijemput baca entry baru di belog saya". sepuluh kali datang, sepuluh kali itulah mesej serupa kau orang letak kat shoutbox aku. kalau kau tengok drama kat TV tu berulang lebih 10 kali kau boring tak?.. kalau aku, aku memang boring. sebab aku ni manusia yang suka variasi, kalau kau tak suka, aku peduli apa.

haa, tulah. kan aku dah berterus-terang. siapa terasa, padan muka dia!

nanti bila mood aku dah baik, aku letak balik la shoutbox aku tuh. buat masa sekarang, ianya aku singkirkan. sebab apa? aku dah cerita kan tadi.


Comments

Nadiene said…
blog je IP adres dia...
kite annoyed dengan bende yg same.tahniah. shout box i bertahan x sampai seminggu pon
IntanBerlian said…
hm benci kalau org letak kat shoutbox jmput singgah tapi bile klik dapatwang...
Sakira said…
I rasa comment yang macam itu lebih okay daripada - "Whoa best larh entry hari ini" - and then tak tinggalkan comment for that kononnya 'best entry'. Kelakar tol ;)

Tapi kan sometimes tak suka jugak ngan comment camtu. Dorang suh kita baca dorang punya entry, tak tau lak sama ada dorang baca ours or tidak. Hmm.

I memang selalu suka tinggalkan 'Dropped' je kat shoutbox. Dah itu jer yang memang ikhlas-ly typed out bila wat blogwalking. Tapi kalau ada a real nice entry - I comment teros :)
Cam Xikhlas je kan datang bel0g kite kal0 main k0pipes camtu.
Hafiz Yusof said…
take time k..wat saja aper yg terbaik utk u..asalkan u happy..insyaallah
Amir said…
hahaha... sabar jela sara. jangan emo2.. aku kalau shoutmix, aku tengok dlu link apa.. link blog baru aku klik. kalau dapatwang n youthsay tu jangan harap la aku nak klik..

pasal FB, aku tak suka dapat notification terus ke email. memang annoyingla tetibe email penuh je dgn notification...
aku sokong.. btoll..kadangkala aku siap penampor sapa yang ...buat macam tu hahahaha..


p/s tak ikhlas dtg blog dia ni hahahaha
masalah juga kemudahan yg ade nie...
adoiii...
¶A.K.I¶ said…
hahaha.. sara2~ xpe2.. bia la mereka dan variasi mereka... 2 laa ad gajet hebat2 skunk ni pon payah kan2??
.::WaNiE::. said…
haah benci bila orang shoutmix letak link website MLM geram jek
Murky said…
sedey..terasa neh..sebab slalu letak ayat blgowalking jer :(
yanz said…
Ape2 pun hidup kene teruskan.
Hasrol Nizam said…
letak ayat blogwalking takpe kot.
dulu guna gak ayat jemput2 tu..
tapi skrg dah tak sgt dah..
terus komen jek..
lagi kompem org tuan rumah dtg belog..hehe

bab klik link dapat wang tu mmg tak best..paksa2 lak camtu kan..huh
fikah © said…
stuju2.
yang part dapatwang tu la yang paling bengang.
orang niat baek nak gi jenguk blog die, rupe2nya,link dapatwang.

bab jemput tu kalu tak silap, ada beberapa top bloggers suggest gne ayat jemput ke blog.
tapi bila dah ulang ayat sama banyak kali, memang sahlah jadi sangat annoying.

sabar2 eh.
avid said…
mmg annoying tp x sampai mengamuk mcm ni kot...
Kujie said…
he he he..kita tak boleh nk halang orang
kita sendiri pasang 'perisai' utk diri sendiri
Unknown said…
nasib baik aku selalu komen yang lain lain.. kehkehkeh.. Still aku suka melawat hati sara ni.. yeay.. komen kadang kadang aje la.. tapi komen ni wajib " sarah, aku datangggggggg!" haha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S