aku layak join Bersamamu di TV3.

ini gambar hiasan semata-mata.



selamat berhujung minggu kepada semua.err. hari ini penulis bangun awal walaupun pada hari cuti. u know what, sesekali kita harus bertahan daripada tidur balik selepas subuh. walaupun dengan cara meng'update' blog. serius. aku bukannya suka tidur lepas subuh. rasa macam nak ketuk kepala ngan botol susu je bila amalkan tabiat ini. serius, menyampah! tapi kadang-kadang, tetap jugak buat perangai cam ni.

~ sorry, rumah I takde barang such as botol susu, I minum susu guna gelas. muahaha~

semester ini dah berakhir. now sudah masuk minggu study week, rupanya penat lelah bangun pagi untuk attend kelas jam 8pagi sudah berakhir. (ceh, padahal bukan kah selalu ponteng?). yup! memang I mengaku, walaupun semester ini terpaling sedikit jam kredit. tapi semester ini terpaling kerap ponteng kelas. sebab kelas-kelas tersebut siapa suruh buat jam 8pagi dan 1 tengah hari? maka gejala terponteng-ponteng macam tak dapat dielakkan. (kalau abah baca ini mampus la I kena beduk). shhh!

-------------------------------------------------------------------------


berbalik pada tajuk, kebelakangan ini,  rumah sewa kami ini agak kurang terurus keperluan dapurnya. aku pun dah pencen memasak.(sindrom malas, bukan tak reti, mind you). housemate memasak aku makan, housemate tak masak aku pun makan nasi putih lauk kicap dan ikan bilis goreng. pastu potong cili api kecil-kecil, dan makan bersama nasi. serius. boleh kenyang. agak-agak bosan dengan lauk macam itu, goreng la telur mata kerbau. haa, macam itulah aku saban hari.

bila dah tak alert pasal keperluan dapur, gula habis pun tak sedar. dan semalam telah melalui kehidupan tanpa gula. pergi ke dua buah kedai runcit berdekatan, kedua-duanya kehabisan gula. ada satu perasaan menyampah bila kedai runcit cakap kehabisan gula, rasa macam nak sound, "ang tutup ja kedai nih kalau gula pun tadak jual". ok. itu bunyi sound dalam hati je. macam berani nak buat onar. sopan santun harus dijaga. baiklah. gula habis, kita beli kicap kipas udang saja, rm3.80sen untuk sebotol comel.

lain-lain barang dapur, cuma beli bawang putih bawang merah dan cili api. sekadar cukup untuk buat nasi goreng cili api, kegemaran I, dan kegemaran semua.  menu terpaling selalu untuk semester ini ialah nasi goreng cili api. belum bosan- bosan. biasalah, tekak kampung girl. (statement paling ayu, haha).

oleh sebab gula sehabuk pun tak ada, semalam petang kami serumah terpaksa meminum teh O panas without sugar. then terus rasa macam kami layak apply jadi warga bersamamu tv3. untung-untung boleh dapat makan nasi daripada beras Faiza. anda suka makan nasi daripada beras apa? penulis prefer beras siam. (housemate yg kelantanese selalu bawak beras siam). beras ini sangat bagus, terlebih air pun nasi tak jadi lembik, malah daya ketahanan daripada basi adalah sangat tinggi, jauh lebih bagus daripada beras Pilihan Bernas.



hari ini, kita nak makan apa ya kawan-kawan serumah ku sekalian? mungkin kah nasi goreng cili api lagi? pheww!


entry habis secara tiba-tiba......






Comments

ardinihumaira said…
hehe.. kelakar la ayat pencen memasak.. dni lom dapat kerja bahagian masak2 ni.. ;p
hanafijaafar said…
ayoyo, silalh merajinkan diri membeli belah dengan kadar yang kerap.
AdIQuE said…
lapar? hehe kena pegi kenduri kahwen selalu... =D
D' said…
hehe..i pun pernah mengalami benda yg same..kte student harus la cenggitu..T_T
zhrhtoodem said…
haahahahahahah
minum sambil meleleh leleh air mata
aish
hujung2 sem memang lah semuanya tak terurus..
lagi2 stadi week
hhahahahahaha
myQza said…
ye setuju!

dah boleh register nama kat tv3 dah ni!

he h ehe
.::WaNiE::. said…
kekekek

ok nanti bagitau tau episod berapa keluar nanti nak tengok hahahhaa

nasi goreng cili api hari2 wani nangiss larr
Okeyh laa tu.. Untu kesehatan babe.. Heehee.. Minum teh takde gula.. Ahaks.. ;p

Tapi kan.. Tapi kan.. Ponteng memonteng tu kdang2 ade gak TERbuat.. Huhu.. Mmg kalau abah tau abes laa.. Huhu.
nasi goreng belacan la plak...
hehehehe...
Nadiene said…
standard la tue, dah namenye pon student kan,, huuh
Syima Syaz said…
ahahaha...sebab barang dapur dah habis nak sama kan dgn bersamamu ke??alah..alah...comel je...
meh lah dtg rumah akak...megi je ada.heheh
cik nurulain said…
boleh lak habis kan entry scr mendadak gitu. takde break takde apa. hahaha~
annfrendly said…
rajinnya memasak..
pasti sedap...
Hafiz Yusof said…
hahahhaa..takder gula apa rasa tu...cuba try apply..
joegrimjow said…
dapo umah selalu berselerak
kemas2 pon
oprg lain sepahkan
xbest2
Cik Akma said…
hahaha same laa
nsk grg je yg mampu~
hahah~ adehh
Ur Other Half said…
nasi goreng cili api?auwww.. berasap ler tinge superman.ahaha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..