Blog anda, Maruah anda.
hi semua, selamat Hari Isnin.
hari ini kita nak sembang pasal blog. mungkin blog saya dan mungkin blog anda. mungkin blog sesiapa juga.
hari ini kita nak sembang pasal blog. mungkin blog saya dan mungkin blog anda. mungkin blog sesiapa juga.
actually, tengah hari tadi, semasa bersembang di ruangan chat Geng Blogger. ada diantara ahli-ahli di sana yang sedang bersembang pasal blog. dan satu yang buat aku sangat tertarik, adalah apabila bro Ben Ashaari yang mengatakan bahawa 'Blog Kita adalah Maruah Kita'.
bagaimana kita menghasilkan entry, bagaimana kita membina hubungan dengan blogger lain. itu semua mencerminkan siapa kita. bagaimana kita mahu dikenali, bagaimana kita mahu dinilai. semuanya tergantung bagaimana 'tindakan' kita dalam berblog.
malam tadi, ada terview satu blog yang memaparkan gambar 'tak senonoh'. sememangnya gambar dalam entry itu 'tak senonoh'. malah meloyakan dan menjijikkan. hingga membuat aku terfikir, apa yang ada dalam fikiran tuan blog semasa dia press kotak 'publish'. maaf. itu saja yang bermain di benak fikiran tatkala melihat gambar 'tak senonoh' tersebut. aku langsung tidak memikirkan tentang 'seni' gambar. dan terus-menerus berfikir. apa yang tuan blog itu mahukan. mahu berkongsi/ mahu buat kelakar/ atau apa sebenarnya.
blog anda, maruah anda
memenuhi Tagline di atas, ingin sekali memberi tips, bagaimana kita boleh make sure yang blog kita adalah blog yang bermaruah.
sebelum post satu-satu entry. fikirkan dulu perkara-perkara di bawah:-
- kalau yang baca/tengok entry ini adalah emak aku, atau ayah aku, atau nenek aku, diorang nak mengaku tak yang tuan blog ni darah daging diorang?
- kalau yang baca/ tengok entry ini adalah bakal bapa/mak mertua aku, akankah diorang terima aku sebagai menantu?
cukuplah fikirkan dua benda diatas. InsyaAllah kepala otak akan berfungsi seperti sediakala. aku bukanlah nak blame sesiapa. memang blog kau suka hati kau. memang blog kau bukan blog aku. dan memang kau boleh kata kalau tak suka tengok sila blah. I know that. fine. tapi satu je aku nak tanya.
" kalau apa yang kau post tu boleh mendatangkan dosa, bukan kah aku patut menegur "
entry ini bukan aku nak spesifik pada sesiapa. kalau yang pernah buat silap tapi dah sedar, Alhamdulillah. lain kali jangan buat lagi. dan kepada sesiapa yang ada rancangan dalam kepala otak dia nak letak gambar-gambar tak senonoh dalam blog demi meningkatkan trafik 'haram'. sila buang rancangan sebegitu jauh-jauh. plez la. tolong bersikap senonoh sikit. jangan kau kata 'ala, suka-suka je'. kalau suka-suka tu boleh dapat dosa dan menambah saham dosa orang lain. siapa nak jawab?
melainkan kalau blog kau tu kau saja yang baca. nak masuk longkang ke nak apa ke, silakan.
teringat kata-kata seseorang.
"kita ni kalau tak mampu nak ajak orang buat pahala, jangan kita jadi pencetus orang supaya buat dosa".
p/s: I hope, there's no hurt feeling. peace no war ^_^
Comments
okey ~~
>>___<<
aku ske entry ni.
seyes. betul blog kita maruah kita
phewwww ... mendalam.
apa yang kita tulis melambangkan siapa kita sebenarnya..BLOG KITA MARUAH KITA..that's a PERFECT tagline..i like it..(^_^)
adakah entry yg loya tu sama dengan entry yg cikguisza tegur?
aku sudah tertinggal sbb aku dgn geng blogger tak rapat sgt.
ekekekeke..
aku setuju lah dengan tag line tu!
buat sendiri2...
hehehe...
betul tu. kalau parents kita tgk blog kita, tahu kita macam ni macam tu, mesti dia malu. sbb tu better kita jadi diri kita sendiri je.
kalau boleh before nak post tu baca byk kali
sama ada sesuai atau tidak utk di publish..
pasal artis - ini ramai yang tak sedar, jari tu akan jadi saksi di akhirat nanti.
lanunsepet dtg, singgah la balik kalu sudi n drop komen mane2 pun takper.
bahasa jiwa bangsa,buruk bahasa buruk la jiwa...erk...
selemah2 imah terpaksa la kite guna hati nak tegur mereka..
huhu