makanan mentah~ selera korea japan.

ok, hari ini, penggemar cerita korea jepun nak bercerita. pertama sekali, ingin saya mengingatkan bahwa, kalau selama ini  anda beranggapan bahawa menonton cerita korea dan jepun adalah buang masa kerana berjiwang saja, memang anda silap. kerana bagi aku, menonton drama luar sebenarnya memberikan kita 'pengetahuan' secara tidak langsung. menonton drama korea jepun bukan hanya best kerana dapat tengok hero handsome, malah boleh tahu tentang adat dan cara hidup mereka yang berbeza.

kalau aku menonton sesebuah drama luar, sama ada drama korea, jepun, mahupun hollywood dan bollywood, aku memang tidak menontonnya secara 'kosong'. I will try my best to get 'something' from what I watch. dan 'masa' yang diperuntukkan untuk menonton akan jadi bermanfaat kalau kita learn something. malahan jauh lebih bermanfaat daripada hanya menonton drama local yang asyik cerita pasal syarikat dan buat scene berlatarkan k.l.c.c. (modal itu saja untuk setiap drama, borink). 

ok. kembali kepada tajuk entry. dan sebelum itu, lets see the pictures below:-






besar punya!





mentah beb!





sedia untuk di makan.




gambar-gambar diatas aku print screen daripada drama Boys Over Flowers.


serius. kalau you all tengok scene Jan Di makan 'the ikan mentah' tersebut, memang berselera je dia. but for me, as malaysian. yang berdarah Melayu dan punya anak tekak selera tradisional memang tak lalu langsung tengok makanan (berunsur daging) yang mentah-mentah ini. nak makan telur mentah pun aku geli. apatah lagi makan ikan atau daging mentah. sure muntah.

kebanyakan masakan korea jepun adalah berunsur steam dish atau yang mentah-mentah inilah. tapi aku pernah baca. makan daging mentah ini berisiko untuk dapat 'kecacingan'. kita masak makanan dengan sebenar-benar masak supaya kuman ke telur cacing ke semua mati. tapi kalau kita tak masak daging-daging tersebut dengan betul, maka ada kemungkinan cacing itu bakal hidup segar malah boleh membiak-biak dalam tubuh kita. how scary! sebab itulah aku loya dengan hidangan sushi ke apa yang half cook semua tu. bagi free pun belum tentu aku telan.

entry ini bukan nak suruh you all ikut cara pemakanan aku. terpulang pada diri anda masing-masing. yang penting, makan untuk kekal sihat. bukan untuk mencari penyakit.




makanan mentah yang terbaik adalah ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan. bukan hanya berkhasiat malahan juga menyihatkan tubuh badan. berbaloi-baloi.




Comments

myQza said…
yuP! aku tak boleh. sushi tu pun aku belum pernah makan sampai sekarang! :)
aku sokong...
sayur ulam memang terbaek...
cecah lak belacan...
perghhh...
terbaek...
Hafiz Yusof said…
sayur buah-buahan terbaik...

citer korea best la..lebih terasa
adik aku ini serba boleh.. sungguh

pengkritik drama, pakar makanan, pakar cinta, pakar macam macam lahhh

esok keja pon ...semua kerja oghang nak buat
MyaFiza said…
betul2x..
dulu teringin gak nak try makan sushi. tapi lepas terbaca kt blog mana ntah.. dia tunjuk ada ulat kt kepala..sbb suka makan makanan2 mentah...
heee...terus tak lalu nak makan sushi.
¶A.K.I¶ said…
gambar2 terbaek.. sggup print screen.. huhu.. neway.. aki rce... mkn slalu mmg x ok kot tp skali skala rasa ok la~~
Hidier said…
sedapnye...dah lama x makan sushi ni..nak kena ke sushi king la mcm ni..
tapi sushi kat malaysia ni x sedap..huhu
Unknown said…
aku kureng skit mkanan jepun nie
hanafijaafar said…
mak saya marah kalau goreng telur pun ada tinggal bahagian yang cair-cair, walaupun saya suka bahagiam yang cair-cair itu.

lagi satu, makanan dah dimasak la sedap, baru la nampak tak malas sgt nak memasak.
s said…
tak lalu nak makan kalau mentah camni..errrr
Adila Ady said…
makanan dorang memang nampak menyelerakan...walaupun tak dimasak..urghhh,camne la agaknya rasa makan mende2 camtu.sy bukan setakat telur mentah,,separuh masak pun geli nk makan.
.::WaNiE::. said…
heheheheh geli la makanan mentah

even telur setengah masak pun masih rasa loya2 nk makan
zhrhtoodem said…
huhuh
sikit boleh la makan
kalau nak makan banyak2,,
ewwwwwww
aisHa 'S' said…
dah tgk scene tu dlm BOF...
mmg cara die mkn tu cm best giler...

for me..kalo nk diet mkn la buah.bile da kenyang mkn buah mesti xnk nasi..hoho...
fatint said…
samerlah..
tak lalu nak makan benda mentah2 ni..
sushi pun tak penah makan..
mmg tekak dah biasa dengan makanan timur & dimasak je :D
Cik Akma said…
suke tgk diorg mkn ramen! then trus teringin nak mkn megi. haaahahahah :D
Unknown said…
wah..
mmg mknn kesihatan lah kalo sayur2an tuh..

huhuhuh...
apa lagi kalo di buat ulan jew..
khasiat pown mst byk...
awet muda gitu
hanafijaafar said…
eh?! mknn2 di atas bukan makanan timur ke?
ZACK ENTRY said…
ada kes ulat dekat otak sebab selalu makan sushi..sampai sekarang tak penah sentuh sushi..nak teringin pon tak..=)
Unknown said…
mentah2 a sedap mkn... kalo ley makan time benda tu idop.. lg sedap.. hehe
Atau pon makan laa sayur tapi telan teruih.. Hohoho.. ;p
s h a said…
sy x boleyh terima makanan mentah ouh...setuju2...baik makan buah-buahan...hehe... ^_^(v)
beautiful_rose said…
makan ubat cacing 6bulan skali,tok bunuh cacing2 jahat dlm perut.......y ini sgt2 perlu ye coz makanan2 kite skang byk y tercemar.terutama kalo mkn kat kedai...huhuuhuh

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S