cerita alam sekolah..II

perhimpunan sekolah pada hari itu aku rasakan seperti lama dari biasa. tetapi aku tidak kisah. aku memang suka untuk hadir ke perhimpunan pagi. sebabnya, aku akan dapat melihat dia dengan lebih lama. dia siapa? dia mr.S. ketua pengawas sekolah kami.

...............................................................................................

"weh sara, betul ke apa yg aku dengar?"

"apa?"

"pasal kau dengan mr.S, betul ke yg korang berdua ada apa-apa?"

"kau dengar dari siapa?"

"adalah orang bagitau aku, terus-teranglah, betul ke tak?"


aku hanya membiarkan soalan dari Murni itu tidak berjawab. macam mana aku nak berterus-terang dengan Murni, sedangkan dia pernah bagitau aku yg dia dah lama meminati mr.S secara diam2. dan entah kenapa cikgu matematik kami tidak muncul pada pagi itu. aku mencari-cari kelibat mr.S. ternyata dia pun tidak ada di dalam kelas. mungkin dia ada hal agaknya. maklumlah, orang penting sekolah.

sedang aku leka berbual dengan Murni, tiba-tiba mejaku dihentak oleh seseorang. wajah Fatihah yang sedang marah memandang tepat ke arahku.

"hey perempuan perasan! kau jangan nak berlagak bagus, pasal mr.S syok kat kau tu, cuma khabar angin je! ntah-ntah kau je yg syok kat dia".

entah kenapa aku berasa sangat malu apabila dijerkah begitu, lebih-lebih lagi dihadapan teman-teman sekelas. nasib baik aku duduk di barisan hadapan sekali, maka mereka tidak perasan akan air mukaku yg sudah keruh ketika itu. Fatihah terus menghamburkan kata-kata kesat seolah-olah memang aku ni yang terhegeh-hegeh nak kat mr.S.

..................................................................................................

sebaik sahaja mr.S masuk, Fatihah terus beredar dr tempat duduk ku. dan pelajar lain semuanya berlagak biasa macam tiada apa2 yg berlaku. oleh sebab aku tak dapat menahan sedih dan terkejut, aku segera pergi ke tandas.aku mengesat kebanjiran air mata yang tumpah ibarat empangan pecah. bukanlah aku tidak mampu melawan balik kata-kata Fatihah. cumanya aku tau bahwa sebarang perkataan yg aku keluarkan hanya akan menambahkan lagi api kemarahannya.

dari cerita rakan-rakan, Fatihah mmg sukakan mr.S sejak zaman tadika lagi. dan bukan Fatihah saja yg gilakan mr.S, malah ramai lagi. dan aku pula cuma pelajar baru yang memang tidak tahu apa2 tentang mereka semua. dan disebalik semua ini, hanya aku yang tahu, bahwa aku sememangnya tidak bertepuk sebelah tangan.


p/s: bersambung lagi.........................

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S