sy merajuk

sedang merajuk selama 3 hari...esok akan masuk hari ke 4..sy tahu ramai kengkawan yg bimbang..mesti diorang pelik, ke mana agaknya sy menghilangkan diri...sebenarnya sy mmg sedang jauh hati, tapi sy masih tak mahu bersemuka dengan sesiapa...kesian kat housemate sy yg tertanya-tanya..tak berniat nak buat you all risau...sy ada kat puchong..rumah pakcik...kebetulan pakcik takda sbb outstation...jadi sy duk dgn isteri dia kat sini...

handphone sy pun dah kehabisan bateri..tak dapat nak contact sesiapa..tapi sy dah bagi sms kat Hasni tengah hari tadi, bahawa sy belum mahu pulang...maafkan sy...Hasni ada bagitau bahawa Dr.Salihin cari sy sbb sy dah ponteng kelas culture tissue hari selasa n khamis..cam pelik.. baru ponteng 2 hari dah sibuk cari sy...macamlah org lain tak pernah ponteng kelas dia...

tahap emosi sy.....mmg sedang merudum..sampai sy rasa cam nak buang je blog nie...tapi kalau sy buang blog nie, sy akan kehilangan kengkawan alam maya yg sangat sy sayangi..maka sy pun bertukar fikiran..sy 'tukar' blog nie...supaya nampak macam blog yg baru...berkenaan sy ponteng kelas, sy tak kisah pun kalau you all nak maki sy..sy tak kisah kalau ada coursemate sy yg mengata dan mengumpat sy kerana 'kepontengan' ini...

p/s: kutuklah sy......dipersilakan

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S