buat kamu tersenyum!

aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi derapan kaki pelajar2 lain bergegas masuk ke dalam kelas. itu adalah signal awal bahwa cikgu sedang on the way. aku mengesat-ngesat mata. syoknyer tido berbantalkan lengan, aku bangga punya kelebihan ini. kelebihan boleh tidur dimana-mana pada bila-bila masa adalah kepakaran aku sejak kecil. sampai abah gelarkan aku 'sleeping beauty'. takpe aku tak kisah asalkan adanya title 'beauty'.kahkah!

"Stand up! Good Morning Sir"

fuh! smart gila Cikgu Zul hari ni, tergoncang keimanan aku bila menatap wajah bersih beliau. berkemeja blue black lengan panjang, berseluar slack hitam, ouch! mmg handsome! dari mana agaknya Cikgu Zul mewarisi ketampanan tersebut. walaupun aku cuba bayangkan Cikgu Zul cuma berkain pelikat dan bersinglet, aku masih mengatakan bahawa dia handsome. cuma ada satu kekurangan pada Cikgu Zul, wajahnya sentiasa serius, malah sukar sekali untuk lihat dia senyum, apatah lagi ketawa.

sedang aku leka berimaginasi, aku seperti terdengar nama aku dipanggil, rupanya Cikgu Zul meminta aku supaya membaca teks petikan di muka surat 17. cepat-cepat aku mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu dr beg, kenapalah aku berangan panjang time2 camni. dengan pantas aku menyelak ke muka surat yg sepatutnya, dan terus membaca petikan yg tertera.

selesai membaca, aku perasan bahawa semua mata sedang memandang aku dengan kehairanan, ada diantara mereka yg tersenyum-senyum memandang aku, dan tak kurang juga pelajar lelaki yg ketawa kecil. aku kebingungan. kenapa ni? apa yg dah berlaku ni?

aku memandang Aicah yg duduk di belakang ku.

" sara, kenapa ko baca teks Bahasa Melayu?"

"kenapa?". aku menggaru kepala yg tidak gatal.

" sara, Cikgu Zul tu cikgu Bahasa Inggeris kitalah! ko ni demam ke apa?"

Astaghfirullah. aku mengucap panjang. macam mana aku boleh hilang ingatan sampai begini sekali. aku memandang Cikgu Zul, muka beliau kelihatan semakin handsome kerana cuba menahan ketawa. serta-merta aku terus terduduk. dan akhirnya terburai tawa Cikgu Zul dan pelajar-pelajar lain. mereka ketawa berdekah-dekah seakan baru selesai menonton pertunjukan sarkas.

muka aku merah padam. Cikgu Zul mendekati aku. dan pelajar-pelajar lain akhirnya berhenti ketawa.

" terima kasih, kamu sudah menceriakan saya pada hari ini". ujar Cikgu Zul dalam nada ikhlas.

aku cuma tunduk kerana masih tersangat malu dengan kejadian sebentar tadi. perlahan-lahan aku mengeluarkan teks Bahasa Inggeris dari beg galasku. dan Cikgu Zul menyambung sesi pengajarannya pada hari itu dengan senyuman tidak lekang di bibir. mungkin dia masih rasa lucu dengan insiden tadi.


p/s: siapa rasa dia handsome, sila senyum sekarang!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S