sembang World Cup: Korea Selatan berpotensi besar?
hai semua. hai.
demam bola sudah bermula. tapi aku masih belum sempat menonton mana-mana match pun. letih dan mengantuk saja menjelang malam. tapi tadi sempat tengok gol tunggal Argentina vs Nigeria. itupun sebab gol dia di minit-minit awal. lepas tu aku pun surrender. dalam hati dah pasti. takkan lah Argentina akan kalah dengan Nigeria. tak akan kowt. haha. tapi Nigeria still ok sebab cuma bolos satu gol saja.
walaupun tak bertahan nak menonton bola, tapi masih berupaya mengambil tahu keputusan-keputusan perlawanan. setakat ini, belum ada lagi jumlah gol yang berciri SuperSaiya. Afrika Selatan vs Mexico 1-1, Uruguay vs France 0-0, paling terror punya result dilakar oleh Korea Selatan. Greece (juara Euro '04) tumpas. 2-0. Argentina vs Nigeria 1-0.
tengah malam nanti perlawanan antara England dan USA. walaupun aku suka team England. tapi aku macam tak yakin pasukan ni boleh pergi jauh. tapi at least England harus melepasi peringkat kumpulan dan mara ke peringkat seterusnya. hah. macam tak percaya World Cup kali ini tiada David Beckham dan Micheal Owen. macam hilang seri di padang. tak apa lah. ermm. belalang kan ada?.. Eh!
lihat. korea selatan bukan sahaja hebat dengan drama cinta, malah hebat di 'ranjang bola sepak'. ok. makin jatuh cinta dengan South Korea. sungguh jeles dengan rakan-rakan sealiran Biotek yang berada di korea selatan untuk program 'pertukaran pelajar'. untungnya dapat berada di sana di kala musim World Cup. mesti meriah sakan. ok. take note. aku penyokong South Korea. welcome to mata sepet club. HaHaHa!.
oh ya, Argentina dengan South Korea satu group kan. agak-agak nya. siapa menang antara diorang nanti?. heheh. tunggu jela. tapi teringin gak. nak Messi tebal muka. kahkahkah!
oh ya, Argentina dengan South Korea satu group kan. agak-agak nya. siapa menang antara diorang nanti?. heheh. tunggu jela. tapi teringin gak. nak Messi tebal muka. kahkahkah!
disebabkan kita berada di musim bola piala dunia. maka akan mengupdate tentang sembang World Cup secara selalu. tak lama pun demam bola nih. sebulan je pun. and this is for my record. akan datang kalau anak lelaki aku baca blog nih. maka dia tahu bahwa mama beliau seorang 'kaki bola'. walaupun realitinya. berkaki bangku. kehkehkeh.
p/s: saranghae, Park Ji Sung!. :p
Comments
FREE: Jadual World Cup 2010
FREE: Software Lajukan Win XP anda
tengok la kelab mana...erk888
South Korea paling banyak pemain cute2 agaknya.
yeahh hidup korea~ tanah air no dua ku. ngeh3