saranghae David Villa.. miss you Fabregas!

malas nak komen pasal Goal SuperSaiya TUJUH bijik oleh pasukan Portugal. tapi ia memang SuperSaiya macam Dragon Ball. ada tujuh bijik kesemuanya. sebijik di separuh masa pertama dan 6 bijik di separuh masa kedua. boleh tahan hebat. sehingga tahap tak sampai hati melihat Korea Utara kalah dengan tak bermaruah. err, terkena badi Korea Selatan yang kalah dengan Argentina b4 ni kowt. ekekeke..!!!  makin tak sabar nak tunggu perlawanan pelengkap kumpulan antara Brazil dengan Portugal. 

semalam Spain bangkit dari kekalahan memalukan keatas Swis tempoh hari. 2 jaringan dari David Villa akhirnya 'melegakan' para penyokong mereka. Chile juga turut menang ke atas Swis dan membolehkan mereka menduduki tempat teratas kumpulan H. Spain perlu menang bergaya ke atas Chile jika mahu menyandang kedudukan juara peringkat kumpulan. lawan mereka di peringkat kalah mati. sama ada Portugal atau Brazil. aishh. memang tak mudah.

Uruguay dan Mexico hanya perlu seri untuk layak ke peringkat kalah mati. tapi aku berharap Uruguay boleh menang. walaupun Mexico ternyata tak kurang hebat. kita tengok saja, ia mungkin antara pertemuan yang dijangka menarik malam ini. France dan Afrika Selatan dah boleh start packing barang. kasihan pula tuan rumah. kasihan juga atas France. mungkin England dan Itali bakal mengikut jejak mereka?. England deserve to balik kampung. Alahaii.. bekas juara Dunia '06 sudah hilang bisa. walhal di Euro '08. Itali bermain dengan bagus juga.

sebenarnya nak taip panjang lagi pasal World Cup. tapi.. ermm. kita sambung sembang bola malam ini sajalah ya. bola dan bola saja. kan I dah kata, tak lama. sebulan saja. haha


Comments

gua rase fabregas pun rindu kat lu..
jambang fabregas makin lebat. haha. ahh patut spain bleh score byk lg smlm. haish. tp takpa. yg pnting menang. portugal buat aku rasa malu jd asian. kah kah kah. poyo. tp terbaek la portugal smlm ;)
Si budak Aboi said…
mcm dragon ball? hehehe
Fuz said…
wah, susah nak cari orng perempuan yg tau byk pasal bola.
i mean " a lot".
ZACK ENTRY said…
france kalo nak ke pusingan seterusnya kene mengharap uruguay atau mexico menang..kalau seri, leh join sekaki dengan penonton je la lepasni..=)
fikah mus said…
nak layan k.selatan vs nigeria pukul 2pgi ni.
daehanminguk~~

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S