nostalgia di zaman sekolah rendah: cerita Kasut Sekolah.

selamat berhujung minggu,


err, kalau tak silap. adik-adik kita baru mula bercuti sekolah secara panjang rite?.. wah. kalau aku dulu. sekalipun cuti panjang, acara nak basuh kasut tetap liat. still gak nak tunggu sabtu terakhir sebelum sekolah dibuka. baru nak terhegeh-hegeh pi basuh kasut. padahal dah berbuih-buih mulut emak memerintahkan. "pi basuh kasut. pi basuh kasut!". jawapan aku. "ye mak, sekejap lagi. sekejap lagi Sara basuh". ok. kalau tak silap. abah tak pernah bagi perintah suruh basuh kasut. abah cuma tanya je. "dah basuh kasut lom?". haaaa. secara magic. pertanyaan itu dijawab dengan "errr, belum, ni nak pegi basuh la nih", dan serta-merta mencapai kasut sekolah tanpa bertangguh. tu dia 'kuasa' my dad. power gila.

errrr. bila tidak lagi bersekolah. ketiadaan acara basuh kasut adalah yang terpaling diraikan. Heh!






masa zaman sekolah dulu. aku suka sangat dengan hari Isnin. sebabnya. hari Isnin adalah hari di mana kasut sekolah ditahap bersih yang paling superb! time duk ikat tali kasut yang putih bersih dan berbau segar. memang 'aura' dia lain macam. maka terus bersemangat nak kayuh basikal laju-laju. dan terus bersemangat nak hadiri perhimpunan pagi Isnin. dan terus semangat nak dengar apa cikgu ajar dalam kelas. dan tak happy bila loceng tamat sekolah bunyi Krinnggg! kalau boleh taknak berakhir hari Isnin (cewah. cerita gebang. mana ada orang tak suka bunyi loceng tamat sekolah. :p)

ishhhh. rindu meh suasana sekolah. you all tak rindu ke?

lagi cerita bab kasut sekolah. paling aku tak suka...bila hari hujan dan becak sana-sini. lebih-lebih lagi kalau hari itu ada acara senam kat padang sekolah. malam tadinya hujan lebat. terus terbantut semangat kesukanan aku. baru beberapa langkah masuk padang, kasut putihku sudah bertukar warna. lepas tu cikgu tetap suruh warm up lari keliling padang. aiseh. kalau boleh nak aje aku habaq kat cikgu.. "saya ada penyakit asma cikgu,!". ok. budak yang sakit asma/lelah selalunya tak payah lari keliling padang. tak aci! (fikiran dikala hingusan, aku mahu ada penyakit juga, then bolehla skip lari satu padang.)


bila aku dah darjah 5 n 6, dah pandai sket nak mantain bersih. balik je rumah. tengok kasut yang comot. rasa tak puas hati. pergi bilik air, carik berus gigi yang lama yang dah tak pakai. basahkan berus gigi tu dengan air sabun, pastu berus part-part yang kotor macam belacan tu. so bahagaian dalam kasut tu tak akan basah. cepat je dia kering. haha, comel gak perangai basuh kasut guna berus gigi nih. kan.kan. lepas dah kering mesti kena kapur kasut. tujuannya. nanti kotoran tu akan melekat pada lapisan kapur. so senang cuci. kalau tak kapur kasut. kotoran terus lekat kat kasut. haa. susah nak sental dia. so everytime dah basuh, mesti kapur.! (macam tutorial plak. :p).


mungkin you all dulu time sekolah ada memiliki lebih dari sepasang kasut. siapa yang ada banyak kasut sekolah. dia memang tak payah susah hati kalau hujan ke kasut tak kering ke kotor ke apa. (banyak kawan2 aku macam tula). but for me yang memang darjah 1-6 cuma ada 1 kasut je dalam satu-satu masa. memang kena pastikan keadaan kasut yang satu itu tidak basah dan tidak super comot. haaa. kalau kasut lembab je tak kering sebab hujan lebat Sabtu Ahad. kena keringkan kasut bawah peti ais. atau letak kasut jarak 1 meter dengan kipas. haish. sungguh nostalgia.


p/s: ehermmm. dulu aku suka pakai kasut sekolah jenama pallas jazz. hehehe


Comments

Mr. Asada said…
hohoho~ kisah kasut sekolah ni la best! rindu seyh zaman sekolah..

siap nak sakit asma lak tu. isk.. dah bagus sihat walafiat..

asal ada masa pj je kat sekolah mesti kotor. uhh..

**masa sekolah menengah ada byk pasang kasut. paling suka jazz. hee =)
Cuci okey lagi.. Bab kapur2 tu aku lemah sket.. Failed laa snang cite.. Haha.. Rindu zaman2 tu babe..
Frodo Baggins said…
hahahhahhaha ....
wa ske ari isnin!
kasut mmg menten bersih.
kene hempuk baru gerak nak
jaga "kebersihan" kasut yg bjasa.


ciz!


>>___<<
Fuz said…
rasa letak bawah peti ais tue semua orang buat.haha
Shahada Fauzi said…
eh2..sama..kite pun suke kasut pallas jazz masa time skolah..tak pandang kasut jenama lain dah..hehe..

memang nostalgia la..teringat pulak zaman2 sekolah..*_*
ZACK ENTRY said…
pallas the best..pakai smpai ibu jari terkeluar..=)
Cik Akma said…
muahhaha dulu mls gle nk basuh kasut hahaha~
beautiful_rose said…
hohoh mse skola dlu aku letak sikit nila pada kapur kasut nak bagi warna dia cantik macm baru...sapu dgn berus lukisan utk kekemasan =p
hans said…
hahahaha
aku malas kapur kasut dlu
Tiara said…
nak tahu x?
saya basuh kasut skola putih dulu pakai mesin basuh,
muahahaha, campak jek dlm tu,
dgn tali2 pn bersih,
tp tali kene bukak la,
sng gile,
ILA HonEyBuNNy said…
suka pkai jazz jgk n conves..ehhe..tgk zaman sekolah dlu...lau ila mls kasut..msk dlm mesin...xpun..kapur ja bg putih gebu...hahah
joegrimjow said…
sentimental ingat kapor kasut ni
;)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S