Usharrr Awek! ada berani?







hari ni kita nak cerita santai saja. no.no. tutup kejap alkisah World Cup. team favret aku semuanya ke laut. merajuk lah. merajuk!. nanti kalau team aku mula 'menyinga'. kita bukak balik topik bola. okeyh. setuju ya semua.

tajuk tu bukan khusus untuk lelaki, tapi sebenarnya untuk perempuan juga. mari-mari, kita berbicara tentang 'meNgushar'. Ushar menurut kamus Nursarah bermaksud melihat/memandang/menengok sehingga tahap macam tertarik untuk cuba menarik perhatian orang tersebut supaya dia perasan kehadiran kita. Ushar tidak juga bermaksud mengurat/mentackle. tapi dia lebih kurang macam Test Market. macam suka-suka. macam seronok-seronok. tapi bergantung pada niat masing-masing.

tujuannya? bila lelaki Test Market. aim dia biasanya sekadar nak tengok, apa respon perempuan tu. sama ada +ve ataupun -ve, ia macam result kepada jauh mana seseorang lelaki tu 'market'. disamping nak tahu. level-level seorang perempuan. sama ada di tahap jual mahal ke, jual murah ke, ada diskaun 30% ke. and what so ever. mungkin lelaki pandai menilai 'level-level' tersebut. ntah betul ke tidak penilaian diorang tu. bergantung pada 'pengalaman meNgushar' masing-masing.


bila perempuan di Usharrr!

kalau aku. bergantung pada situasi. kalau angin hari tu tak bape nak elok. sebab malamnya pasukan favret World  Cup kalah dengan tak bermaruah.(contoh je) haaaaa. lebih baik. lebih baik jangan try test. aku ni dikurniakan wajah yang dari kejauhan boleh nampak mood aku sedang dalam lampu hijau ke lampu merah. kalau tatkala itu aku tiada mengukir senyum. muka serius saja macam sang Harimau sedang kelaparan. maka kau faham-faham sajalah.

tapi kalau mood sedang di alam fairytales (sedang berkira-kira mahu jumpa 'kawan tersayang'). itu contoh. haa. maka nak ushar sepuluh kali pun aku tak apa. macam semalam. ada seorang lelaki berani mengushar aku. sebabkan dia ada rupa. dan muda pula. dengan senang-senang aku bagi hadiah senyuman. ye aku tau dia nak tarik perhatian, so aku bagi senyuman je dia terus puas hati. (situasi dia ala-ala entry Encik Pengawas di pagar sekolah hari tu). ceh! kauuu! bukan main suka lagi kalau aku bercerita macam ini. :p

respon +ve dari perempuan tak juga bermaksud 'kami ni melayan'. tak semestinya. kadang-kadang aku macam dalam situasi nak tak nak kena 'layankan' je orang yang sedang Test Market nih. lagi kita menyombong lagi dia nak Test Power. sebabkan nak bagi dia perasan macam 'market' dia dah bagus dah. maka bagi jela respon +ve. YA. kau memang dah cukup power bab mengushar awek. sekarang kau boleh la perasan sorang-sorang. haaaa. bagi la dia feeling macam itu. biar hati dia berbunga-bunga keriangan.

bagi perempuan juga, lelaki yang tak pernah Test Market lagi mahal harganya. Yep. ada lelaki yang 'gila pemalu'. Ushar-mengushar ni bukan 'dunia' dia. sebab yang jenis macam ni percent dia sedikit. maka yang sedikit ni biasanya perempuan suka. tapi kadang-kadang golongan macam ini boleh jadi membosankan. sebab dia tak ekspresikan feeling dia. macam kita pun sampai kesudah tak tahu. dia ni suka ke tak, ada perasaan ke tak. takkan kita nak tanya direct. haa, dia jadi macam serba tak kena. walaupun perasaan serba tak kena/berteka teki ni macam 'indah'. tapi lama-lama jadi bosan. (eceh, macam ada pengalaman je. kahkah).

dan semua diatas adalah pandangan peribadi aku yang tak semestinya betul semua pada pandangan anda. tapi tak apalah. kita kongsi-kongsi cerita. kot-kot anda punya pandangan/cerita yang lebih berharga?


p/s: mood penulis sudah dinyatakan dalam entry. bab contoh tu bukan sekadar contoh. ~wink-wink~






Comments

dayana said…
hehe..nice story^^
salam kenal ya
visit me too @ my page
and my site Trimaksih
paling best zaman first year dulu, kitorang awek 8 orang kluar duduk makan 1 meja.Tengok sorang mamat macam control macho so sume kluar tanduk sekejap. Dengan happynye semua 8 org awek tu usha mamat tu sampai mamat tu gelabah dan garfu die melayang-layang.wahahahaha... kalau perempuan dah mengusha..wiiiiiii... :P
myQza said…
kalau setakat senyum tu okey lagi
ini ada yg meleret2 senyum sampai nampak hidung tak mancung pipi tersorong2 tu yg x menahan
Kujie said…
faham yang ni je " alam fairytales "

itu contoh..hehehe
hohohohi.

meh nak ngOrat kamuu. tengOk dapat tahan ke tak ?

teeeheeee

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S