sembang World Cup:- 1st match England, Italy, France dan Portugal sekadar seri.

macam biasalah. kali ini, kita sembang pasal World Cup lagi.


team kegemaran ramai England hanya mampu seri dengan United States. Juara World Cup '06 hanya mampu seri dengan Paraguay. begitu juga dengan nasib Naib Juara World Cup '06 France, juga setakat seri dengan Uruguay. terkini, tempat ke-4 World Cup '06, Portugal juga seri tanpa jaringan menentang Ivory Coast. aik.. takkan masing-masing simpan taring kowt. hurm. anggap jelah begitu. :p

penjaga gol England  Robert Green dikatakan membuat kesilapan sehingga gawangnya bolos dengan mudah. United States, Uruguay dan Paraguay pastinya sangat berpuas hati dapat menyamakan kedudukan dengan 'pasukan-pasukan gah'. haa, siapa kata laluan mereka adalah mudah? Ivory Coast aku anggap sebagai pasukan yang tak kurang hebat sebab ada Drogba. tapi macam mana team dia perform aku tak amik port sangat. hehe.

ramai peminat berpuas hati dengan pencapaian pertama pasukan Germany, Korea Selatan dan Netherland. tapi antara tiga-tiga ni, Korea Selatan lebih dilihat sebagai 'HERO' kerana Greece adalah pasukan hebat kalau nak dibanding dengan Australia dan Denmark. rasanya Germany, Korea Selatan dan Netherland boleh pergi jauh untuk World Cup kali ni. kita tunggu saja. err, Argentina sekadar 1-0 dengan Nigeria. belum boleh dibanggakan laa. haha.

Jepun pula tak kurang berbisa. mungkin sebab naik semangat dengan pencapaian negara jirannya Korea Selatan, akhirnya berjaya menundukkan Cameroon 1-0 hasil jaringan Keisuke Honda. katanya pertahanan Jepun agak mantap. heh. orang Asia lawan bangsa Afrika. siapa kata tak boleh menang? kecil jangan disangka anak ayam. hitam jangan disangka gagah. hahaha. apakah?!

tengah malam ini Brazil bakal bertemu Korea Utara. pendapat peribadi aku. Brazil tak akan menang mudah. malam esok. Spain bertemu Switzerland. juara Euro '08 mungkin berlawan tanpa Torres untuk malam esok. tengok senarai pemain kesebelasan kat livescore.com tak ada nama Torres. mungkin direhatkan ke apa. tak bape pasti. tapi David Villa tetap ada sebagai tunggak utama. 

ok. setakat ini dulu sembang WC kali ini. kita tunggu pula nasib mereka di perlawanan seterusnya. England, Italy, France dan Portugal kena buktikan sesuatu untuk perlawanan kedua mereka. tak boleh kalah, dan tak boleh seri. mesti menang. okeyh.




Comments

wlpn seri, aku tetap puas hati sbb dpt tgk deco td. haha.
deus X machina said…
portugal vs ivory coast
dua2 hampeh tadi
Anonymous said…
masih awl lagi !
zool said…
biasalah awal2 belum panas lagi
fikregas said…
argentina akan menang haha..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S