Thursday, June 24, 2010

kedai mamak? kan ke mahal, tapi tetap ramai customer.

siapakah dikalangan anda yang langsung tak pernah makan kat mamak stall?

walaupun anda mungkin bukan 'kaki mamak stall'. paling kurang pun, mesti ada sekali kot pernah try. kalau lelaki jangan cakaplah. kalau pempuan lak. memang jarang-jarang. tapi tetap ada.  sekalipun bukan semua kedai mamak ni owner n pekerja dia semuanya beragama Islam. tapi still gak. ramai orang kita yang 'layan kedai mamak'. apa yang istimewa sangat ya?

orang kata mamak stall ni adalah ibarat restoran 1 Malaysia. orang India, Melayu malah Cina pun layan kedai mamak. padahal semestinya layan kedai mamak sebab teh tarik dia yang kaw, takpun roti canai yang macam-macam, roti bom lah, roti kapas lah, dan macam jenis. nak carik kedai makan melayu yang ada variasi macam itu. dalam 28. satu pun belum tentu ada.

cerita sket pengalaman aku layan kedai mamak. 1st time dulu masa aku 2nd year. keluar lunch dengan kawan lelaki bangsa cina. dia belanja aku makan kat kedai mamak kat area Bangsar. masa tu aku makan nasik lauk sotong pedas, segelas air oren. kawan aku makan nasik lauk kari daging kambing dengan air sirap limau kot. tau bape harga dia? RM26. terkujat aku. ni macam makan kat KLCC je harga. aduhai.

pagi tadi sebelum ke Mihas 2010. aku sarapan dengan kawan aku kat area Jalan Duta. boyfriend dia la bawak gi situ. nasik lemak daun pisang (sambal+telur rebus dipotong separuh). harga dia RM 3.50. padahal kalau nasik lemak setaraf itulah, dekat Stesen U cuma RM1. alahai. mamak owh mamak. kalau hari-hari layan mamak stall. memang cukup bulan 'kopak' gak la poket aku. ekeke

tapi kan, aku heran gak, cam mana orang leh tahan pi layan mamak setiap hari. (makan sambil sembang-sembang baca newspaper) cuba kira. sarapan sekali, lunch, then malam layan bola pun mamak stall lagik. eii. janganla laki aku kelak 'kaki mamak stall'. daripada dia melabur kat kedai mamak, baiklah berjimat simpan duit untuk aku shopping kasut. :p


--------------------------------------------------------------------------------


walaupun tidak mempersembahkan kelayakan bergaya seperti Argentina dan Uruguay. at least England tidak mensia-siakan peluang terakhir mereka pada perlawanan akhir menentang Slovenia malam tadi. dan peminat England tidak perlu berasa hampa. dan seperti yang diduga oleh aku pada awal dulu. England harus sekurang-kurangnya tidak pulang di peringkat kumpulan. ramalanku benar. no.no. saya tidak berjudi. :p

tengah malam nanti giliran kumpulan D pula mencuba nasib. apapun aku sokong kemaraan Ghana sebagai wakil dari benua Afrika. dan Germany pula. aku tak kisah dah akan nasib kau. haha. gile kejam ayat aku. kahkahkah! Australia sememangnya akan pulang. Serbia pula masih lagi boleh menyandarkan harapan. tak kisah. tak kisah. asalkan jangan Miroslav Klose kena kad raya lagi sudah. Podolski jaga-jaga. penalti pun takleh nak umpan. alahai. berat tuh.

oklah. kerja esok nih. nitez. esok pagi tengok berita je pasal bola. nak nonton memangtak larat ah. haha

9 comments:

mR.sYaH said...

hahha.. germany boleh!

Khairul Azmi said...

biasa la org dah kaya...
tpi best jgk makan kt kedai mamak especilly kt area penang

fikah mus said...

takleh nak layan germany sangat pagi ni.
sebab siang nanti nak keluar.
oh,podolski~~
heee.
nampak gaya kena tunggu ulangan jugak.

hanafijaafar said...

game germany-ghana tadi klose tak bleh main, aritu dah kne gantung satu game. haha...ok la jgk oezil ada skor cantik... tapi aku rase game australia-serbia lagi cantik. lagi byk gol, lagi byk peluang, lagi byk drama.

beautiful_rose said...

x tau nak komen pe pasal bola sebab tak tahu..huhuuhuh

rmi org ske g kedai mamak sebab servis dia y laju dan cepat.kalau kedai melayu,aku oder nasi goreng sepinggan pun makan masa yang lama sampaikan air satu gelas dah habis aku minum nasi tak sampai2 juga.

pernah 1 hari ni aku nak lunch kat kedai melayu pesan nasi goreng ayam dan milo ais.situasi kt kedai tu lengang je x ramai orang.1/2jam nasi aku tak sampai2 pun sedangkan air dah habis aku minum.sudahnya aku letak duit air milo atas meja then blah dari kedai tu g cari kedai lain.hampas betul aku lambat masuk keje time tu...huhuhuhhu

yoro okino said...

wehh aku xpernah mkn kedai mamak~~aper rase ea?..teringin gak

FarhanaDr said...

Aku dulu tak suka kedai mamak.. Tapi lepas dok kat Ipoh dan pekena nasik ganja, mamak boleh kate jadi menu wajib aku tiap minggu.. Hahahaha.. Gemok laa camni..

Thoha said...

salam.
memang layan kedai mamak ni..

Hasrol Nizam said...

hari2 makan kat kedai mamak sebab kari dia best..hehe