Koc Wanita & komen tentang Lagenda Budak Setan.

hari Sabtu lepas dalam sejarah:-

- 1st time naik komuter koc Wanita.
- 1st time tengok wayang kat TGV The Mines.
- 1st time tengok wayang cerita melayu. (Lagenda Budak Setan)


dah lama dah tau pasal adanya koc wanita untuk perkhidmatan komuter. baguslah kan. tapi that day was saturday. sangat ramai orang yang naik komuter. nak tak nak kalau penuh, mesti ada sikit-sikit lelaki yang 'termasuk' kat koc wanita nih. then ada sorang kakak/makcik taktau la status dia apa. punyalah garang giler. awal2 kat kl central dia dah 'halau' lelaki2 daripada menunggu di hadapan area koc wanita. dia sound bukan perlahan. jarak sebatu boleh dengar, just like, koc tu macam dia yang punya. macam menjengkelkan la dia. kalau tegur elok-elok macam tak boleh.

then dalam komuter, bila sampai stesen Mid V. biasanya memang ramai orang akan turun dan ramai gak akan naik kat stesen nih. biasalah kan ada penumpang yang terkejar-kejar ingat komuter dah nak jalan. so kita pun gabra lah. maka ada la beberapa lelaki yang rush2 terus redah je masuk koc wanita. at that time aku plak duduk dekat dengan perempuan jengkel tersebut. guess what, mata dia melilau-lilau cuba tengok kalau ada lelaki masuk koc wanita ni then dia dengan minah sebelah dia buat muka tak puas hati then cakap penumpang2 lelaki tu bodoh lah tak reti baca signboard lah apelaah. how 'kerek' she is.

yes. koc wanita tu memang more than 80% adalah wanita. sikit je pun lelaki yang termasuk kat dalam tu. for me, as long as diorang tu tak bikin masalah, n berdiri diam-diam berhampiran pintu, biar jelah. normal la kan public holiday. dan permulaan cuti sekolah. memang ramai la orang. aku pun masa balik dari serdang ke kl central berlari-lari turun jejantas coz komuter dah sampai. aku ngan Jihan pun mana sempat nak pi cari koc wanita ke apa. just masuk je la mana-mana pun. janji dapat masuk. so consider la dengan orang lain. tak payah nak hamun orang tu bodoh la apelah. jengkel!


----------------------------------------------------------------------------


tentang acara menonton wayang pulak. Sabtu lepas merupakan hari pecah panggung untuk filem Lagenda Budak Setan. memang penuh dan penuh dan penuh la setiap panggung yang tayang citer nih. maybe sebab penangan Lisa Surihani dan novel asal dia yang laris gila. so everyone rasa macam, mesti tonton, mesti tengok sendiri. tak terkecuali aku. no.no, aku sebenarnya nak tengok Farid Kamil je. my hero malaya. HahaHa!

aku tak expect tinggi sangat setiap kali aku tengok wayang. dan b4 ni pun aku memang ada mindset. "alaa, filem melayu kan, jauh mana lah boleh pergi, setakat mana lah boleh dipuji." berpuluh kali tengok wayang, ini adalah pertama kali aku tengok filem Melayu. haaa, pecah dah rekod.


so, in my opinion:-

duration filem 106 minit. tak sampai pun sejam setengah. boleh imagine tak macam mana scene2 filem ni bergerak. ianya macam sangat pantas. sampai aku tak sempat nak feeling. kenakalan Budak Setan tak banyak ditonjolkan berbanding novel, begitu jugak macam mana Ayu boleh 'terima' Kasyah. it was like. "eh, dah jatuh cinta ke ni, laa. dah start bercinta ek?".

bab lakonan teraju utama, memang tak dapat disangkal. Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar memang dah terbaik dah. cuma itulah, kekurangan boleh nampak pada jalan cerita. contohnya, watak Raja Farah as kawan Lisa macam tiba-tiba hilang sejak Emilia and Kasyah kembali bercinta. sampai kat wedding diorang pun tak muncul watak ni. aishh. pelik sket disitu. 

bab dialog pun. ada scene-scene yang dialognya macam kaku. contohnya masa Ayu hilang ingatan n Kasyah tunjukkan nama dia ada kat cincin Ayu. sama gak bila Kasyah bagi balik gambar-gambar Ayu sebelum pembedahan muka supaya Ayu ingat balik kat dia. dialog Ayu macam tak bape berkesan kat scene nih. tak sesuai. dan juga, sampai kesudah tak ada scene yang tonjolkan Ayu dah ingat balik siapa Kasyah. yelah. sebab cerita ni macam singkat. banyak part penting dibuang.

audio atau sound effect. ada yang tak berapa nak kena dengan scene. padahal sound effect sangat penting untuk penonton dapat feel. ok, tapi aku feeling gak masa Kasyah nak pergi tinggalkan Ayu untuk siapkan tesis dia kat pedalaman. sedih di situ. touching. heheh. lagi satu scene Azmi bakar artwork Kasyah depan Ayu. sangat gerun la tengok Ayu kena belasah dengan Azmi. haha, gila psiko watak Azmi memang hanya Que je boleh bawak watak tu.

ok. after all. cerita ni dah bagus sebab ia adaptasi novel terlaris. dan para pelakon pun bukan calang-calang. tapi yang kurangnya, cara ia digarap sebenarnya boleh diperbaiki lagi. senang kata. kena buat 'homework' lebih sketla untuk kepuasan penonton. tiket harga 11 ringgit kowt. dah macam harga tiket filem luar dah tu. so untuk sekuel dia akan datang, harap pengarah n produksi filem ni akan lebih 'bekerja keras'. filem unsur cinta, scene-scene dia mesti kena sampai di hati penonton. kalau tak, ia tidak dikira berjaya.

apapun, syabas kepada para pelakon! mereka memang hebat. for me, cerita ni best. tapi ada kekurangan. dan itu adalah biasa. siapa yg belum tengok lagik, dia sangat tak layak nak komen lebih-lebih. mind you!



p/s: err, 7/10 bintang. but 5 stars belongs to Farid Kamil. Hahaha!

Comments

Shahada Fauzi said…
RM11??mahalnye..ktorg p tengok rm9 je..tp kat penang la..hehehe..

a'a..my opinion just same as u..mcm ade slack sket..tp overall cite die ok la..not bad..

masa dorg kawen tu ayu still tak ingt lg sape diri die ekceli..masa dlm tmpoh perkahwinan dorg tu kasyah still bantu ayu remind diri die..tp sampai die mati beranak die tak ingat jugak diri die rsanye..

ooo..saya pun gerun tgk part azmi belasah ayu..gile ganas..huhu..takotnye kalau jumpe laki mcm tu..
.::WaNiE::. said…
tak penah nampak lagi koc wanita ni. betul ke sara ada sorg ppn ni ckp, koc tu bukannya warna pink tapi hanya diletak sticker warna pink that's why ramai lelaki tersalah masuk sebak tak perasan sticker tu

is it true?
Queen said…
tak tengoklagi lagenda budaksetan..dan mungkin tak dapat tengoksampai bila2..sebab awal2 lagi dah kene perli dgn yabang :

"Setan?takde nama lain ke..Jin ke..Hantu ke..Ceplos ke takde ke?"

Adeh..dah kekdah dia nie dulu mat brutal hati kering tak layan novel2..sabar jela..

pasal koc pink tu...maybe akak tu jenis yang hari2 naik train dan nak kene mengadap dengan lelaki2 yang tak faham bahasa..tuyang dia jadi gitu kut..but still tak patut....cuma yela..masing2 ade alasan..
myQza said…
belum tgk!

semua dah wat preview. teringgal aku ni. hik hik hik
MOFASAD said…
tgk la hari rabu.. tgk kat tgv... murah... :P
antuawe said…
This comment has been removed by the author.
antuawe said…
kat wangsa walk mall, tgv, rm13. gile tak ?

My New Post: MOVIE REVIEW: Lagenda Budak Setan
azuan said…
masa aku naek ktm baru nie...tak kira laki perempuan maen masuk je sebab memang dipenuhi manusia masa tue huhuu~

lagenda budak setan aku tak tengok lagi..
ye, overall cite ni best..
cuma ada la part2 yang tergantung..
Rina Rossoneri said…
yang pasti xsuka heronya... hahah
da agk da msti de yg kureng ni psl cite nie..syg tol
Cik Akma said…
yeayy da tgk gak smlm. farid kamil mmg mantap. haha. lagu pon indahh :)
x tgk lg...
tp cam malas jek..
xD

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S