Tuesday, June 1, 2010

nak bukak kedai mee!








semenjak kebelakangan ini. aku dilanda rasa kempunan nak makan mee! nak makan mee!. nak makan mee! tapi bukan mee segera. ada sedozen mee segera dalam almari dapur. tapi dah luak 3 sejak 2 minggu lalu.

ok, aku sebenarnya nak makan mee kuning yang dimasak sedap-sedap. tapi tiap kali beli mee kat kedai. langsung macam hampas. Oi! ang tak pandai masak toksah meniaga buleh?. wat rugi duit aku ja. grrr! aku pesan mee goreng basah kat food court kl central. dia bagi aku mee kicap macam mee hailam yang tawar. aku beli mee rebus kat pasar malam kerinchi. rasa kuah dia macam bancuhan tepung gandum. makan sesudu. terus buang.!

serius. bila aku makan masakan mee yang tak sedap. hati aku cakap. aku boleh masak 10 kali ganda lagi sedap. justeru aku haruslah buleh bisnes mee! cakap ja mee apa. mee bandung,mee udang, mee kari kerang. mee rebus. mee sup, mee goreng mamak. semua aku nak blaja masak yang sehabis sedap. sebab aku sangat benci perasaan selaku customer yang sedang lapar lagi kempunan tapi dapat makanan yang dibeli macam hampas. sakittnyaa hatiiiiii!

*ok. now aku dah berangan bahwa aku ni tauke kedai mee. boleh makan mee yang sedap hari-hari. eceh. macam Naruto pulak.! mee ramen 1 plez.. Heh!


*menu special kedai mee aku kelak. ehemmm! Spagheti Bolognaise Puteri Biru. RM10 sepinggan.! hehe. ada gaya tak?! =)

6 comments:

sI tEDI said...

aku mee gemuk aku jarang makan.
mee kurus selalu.

mee gemuk rujuk meee kuning
mee kurus rujuk mihun.

masa kecik2 slalu gaduh dgn abg aku sbb, dia kurus suka makan mee gemuk, aku gemuk suka makan mee kurus.

mee ni boleh di pelbagaikan kalau masak. kalau id beri pilihan aku suka mee basah dari mee goreng!

FarhanaDr said...

Heehee.. Aku suke makan mee gak.. Tapi mee kuning sangat susah nak carik yang sodap2 punye.. Huhu..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

adakah mee itu juga kalernya biru ?

Eazy Izzuddin said...

nak mee 1
xD

mama zharfan said...

salam ziarah...me blogwalking :) nice blog:) yum yum sedapnya mee

hanafijaafar said...

mungkin rasa tepung dalam kuah mee tu mmg betul2 tepung, hasil dari cubaan tak berapa nak berjaya memekatkan kuah mee. sepatutnya larutkan dulu tepung tu dengan air berasingan, mane bleh masukkan tepung trus dalam kuah...