Tuesday, March 2, 2010

'drama korea'~ industri seni terhebat di asia?

apakah faktor yang menjadikan drama-drama korea begitu mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia?


walaupun 100% dialog dalam drama adalah menggunakan bahasa ibunda mereka, tetapi sambutan yang diterima adalah dari seluruh dunia. bagaimana drama korea boleh menjadi kegilaan ramai? 


let's check it out!




 

1- kalau you all perasan, pelakon wanita dalam drama korea tidak perlu kepada solekan tebal-tebal seperti memakai eyeshadow dan maskara bagai. pakai rambut palsu jauh sekali. yelah, nak buat macam mana, diorang memang cute tak kira dalam scene apapun. kulit cerah lagi mulus. siapa yang tak suka tengok?
.
.
.



2- kalau hero korea plak, muka semua adalah terpaling jambu. a-la-la. cute miut, senyuman menawan. bukan saja bisa mencairkan hati wanita, malah lelaki juga. kalau ada kat depan-depan, memang rasa macam nak 'terkam' je dey all ni (imaginasi terlampau.=p)
.
.
.



3- lakonan yang mantap walaupun baru pertama kali berlakon!. kalau menangis, memang real hingga meruntun jiwa (sampai kita pun termenangis sama), kalau buat aksi comot pun, memang menjadi juga. menonton drama korea, memang boleh buat kita menangis dan tertawa. pheeww!

.
.
.

 
 

4- cinta bersegi-segi dalam drama korea memang terpaling menjadi. paling tak tahan, bila kita selalu nak menangkan hero yang tak dapat heroin@ second hero. 2nd hero biasanya lagi handsome dan bersikap gentleman. tapi heroin selalu 'tak nampak' kehadiran diorang. then yang jadi penonton ni mulalah emosi.   

.
.
.

5- drama korea selalu 'dihiasi' dengan adegan romantikus yang tak gedik dan tak membosankan. weeeeeeee!
.
.
.



6- soundtrack drama yang sangat ~ membuai-buai. kita yang tak paham bahasa korea pun boleh hafal lagu soundtrack drama korea. ini contoh bukan pada orang lain, tapi aku sendiri. huh! 


p/s: all pictures credit to Google!




anda pula? apa yang membuatkan anda tertarik untuk mengikuti drama korea yang panjang berjela-jela ni? Boys Over Flowers ni 26 episod beb, gila lama nak tengok sampai habis..

21 comments:

Syima Boyd said...

masa zaman kita, zaman citer jepun...skrg zaman korea lah plaks...

FarhanaDr said...

Sedar tak sedar gak cerita korea mcm ni laa banyak juge ajar kita tentang hidup.. Tentang cinta.. Heehee..

~ aku suke quote ko kat atas tu.. pinjam ek. ngee..

keiroro said...

roro sudah mula minat dengan korean drama... romantikus :)

~aSHa~ said...

masa muda2...sgt suka cerita korean ni..masa dah dpt anak...terpaksa pg ke channel 611 - 613 ehehhheee

Mazeed said...

aku layan je Kdrama, tp...skip manjang~! ;p

ko dh tgk brilliant legacy?:o

Amanina said...

dah lama tak tengok drama2 baru. apa yang mak sy beli cd, baru saya tengok. yang latest, cerita boys over flowers ni la. kira dah lama sangat cerita ni, baru nak tgk. haha.

cerita korea macam2 ada. semua jenis perasaan boleh timbul. :)

Moon BlooDy Spell said...

kenapa diorang gebu2 hah?

cambesje said...

bes sgt cte korea~~ xmcm cte myu...

deus X machina said...

walaupun aku tak layan cite2 korea...awek2 korea memang tak dinafikan lawa-lawa belako
erk8888

Qiha Aziz said...

maybe sbb dia takde scene bilik tidur sgt macam drama org putih.

seimura said...

kulit cerah dan mulus tu aku sgt jeles ngn mereka. huhu.

i'msosupernotcool said...

ok i watch fullhouse..
but it just dat one..

other r less interesting..
mmg x msok..
haha..

but their films r quite good..

hanafijaafar said...

mereka tak pakai mekap tebal sebab mereka pakai pembedahan plastik. semua orang tahu kan.

NURSAFINA SALIM said...

korean drama??absolutely my cup of tea..mmg msok ngn jiwa aku.aku mmg jrg tgk cte melayu sbb dr kecik tgk cte melayu xde apa2 effect after tht.tp cte korea, mmg gempak gle r..mmg tkesan kat hdp.hidup drama korea!!kya~~

Sakira said...

Dorang tak yah pakai makeup sebab tempat dorang tu sejuk sgt. Kalau tak silap larh. Hehe :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

korea lagi...
hehehehe...

.::WaNiE::. said...

haha perasan jugak tu, 2nd hero yg suka kt heroin tu mestiii lagi hensem dari yg hero utama hahahah

gooseberries said...

suke cter korea sbb pelakon, jln cerita yg romantik n then yg paling best cite korea nie if lagu2 dlm cyer nie best n kena jalan ceritanya..wee =) love korean drama

¶A.K.I¶ said...

ngeh2~ sara da bp kali khatam bof ni? hahaha... cete dia pnjg pon each tyme endg mst ad tanda ? so mst nk tgk sterusnya... but then... kdg kala jalan cete dorang so slow~

flygurl said...

dulu memang layan jugak la..citer korea..
tapi skrang ni dah kurang sket.. agaknya sebab dh slalu tengok..jadi mcm dh leh agak storyline citer dia.. mcm lebih kurang je sumernye...
tp mmg betul la.. semua plakon cun2 n handsome2.. hehhee....
berlakon pun real je...

Queen said...

suka cerita korea sebab aktor sume gile hensem, pastu lagu membuai2, pastu aktress dia semua macam anak patung..sampaikan style diorang pun rasa nak tiru...

first terjatuh chenta film korea ialah winter sonata...nangis beb...