Friday, March 26, 2010

lintas langsung dari kl central.



 tuan blog berada di depan laptop, bertemankan sebotol vanilla Coke!



ini adalah entry mengisi masa terbuang di kl central, sementara itu, boleh juga tambah traffic ke blog. sambil menaip, kita minum air coke. (ini Dr. Sufian punya pasal, asyik minum coke depan student tiap kali kuliah, aish. terpengaruh beb).

pada mulanya aku menunggu pakcik untuk pulang ke kampung bersama-sama. senang citer, aku nak tumpang kereta beliau je. then lepas maghrib tadi dia bagitau aku yang dia tak dapat balik hari ni. dia balik esok jam 3 petang, sebab tunang dia ada hal. so.. aku tak bleh dah nak tunggu esok. sekejap sangat  kat kampung nanti. nak tak nak, aku decide untuk balik malam ini.

aku memilih untuk naik train, coz akan sampai lebih dekat dengan rumah. (dalam 15 minit), train aku pukul 10.30 malam ini. mungkin aku akan sampai Labis jam 3.40 pagi. masa aku call abah bagitau benda ni. cam biasalah, kena bebel seminit dua. dah tu. nak buat macam mana, pakcik kesayangan aku tu haa yang bagitau lambat sangat.  adesh.

walaupun aku menumpang wifi kat KFC, tapi aku tak beli pun set kfc ke apa. sebab aku dah makan nasi kerabu daging bakar (made in pasar malam) kat rumah tadi, dah kenyang sangat-sangat. sampai je kl central, pergi beli tiket train. then makan aiskrim kejap kat McD. sebabkan masa masih banyak, online la kejap kat KFC, kebetulan ada tempat charge bateri. hehehehe



nasi kerabu biru untuk puteri biru. HAHA!





 sundae cornetto chocolate at McD!



ok. kejap lagi dah naik train. bolehlah tidur dengan banyak dan nyenyak. hurm. padahal hari ini memang banyak tidur. macam terpenat sangat basuh selimut dengan tangan. apa ntah aku merepek ni. :p



lintas langsung tamat.

5 comments:

embun d tengah malam said...

wah..nasi kerabu...i selalu beli lau kat bazar ramadan...hehehhe

FarhanaDr said...

Aku baru lpas makan choco top.. Weehuu.. Sedap layan cuaca2 panas ni.. Heehee..

hans said...

lapaq plak tgok aiskrim tu
kejam la hang letak gambaq aiskrim tu
hahaha

YobSumo said...

wah rare skali dapat lintas langsung mcm ni. home sweet home kan, tu yg tak sabar tu. semoga bergumbira!

.::WaNiE::. said...

alah sarah, nak nangis tengok sundae ko :P

udahla acik tongah lapar ni ha