Tulis & Menang ariffshah.com


Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com, ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.myDenaiHati, & myliriklagu.com.



Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com.


~ Ceritakan tentang blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog kegemaran anda ~







first of all, nak cerita, macam mana aku boleh jumpa blog ni. ianya berlaku pada hari pertama aku join GengBlogger.com. masa tu blog mr.zukhairi ni dipilih sebagai blogger bulan ini (Januari 2010) di web Geng Blogger. aku pun baca wawancara bersama mr.zukhairi nih. dapat la tau serba sedikit tentang kerjaya beliau sebagai seorang blogger. jadi blogger pun kerjaya juga. kerjaya sampingan untuk masa-masa terluang. tak percaya sudah.=p






nak kata blog realiti konspirasi mr.zukhairi ni menarik sesangat tu tidaklah. sebab blog beliau ni simple je. tak ada pun letak gambar 'handsome' beliau sampai sedozen kat sidebar. dalam entry pun beliau tak ada letak gambar diri sendiri. senang kata, beliau tidak menggunakan modus operandi 'jual rupa' dalam blog. kalau dia jual mesti berbondong orang nak beli. 'ok, puji jangan lebih-lebih, sebab beliau ni walaupun single tapi dah tak available, nak minat boleh nak ushar jangan, kang tak pasal-pasal you all kena sembelih'.

apa yang buat aku tertarik dengan blog mr.zukhairi ni adalah disebabkan setiap entry di dalamnya yang panjang lebar macam karangan SPM. tapi kalau buat karangan style macam yang dia tulis alamatnya tak akan dapat A lah, sebab dia guna loghat utara dalam content blog dia. padahal sebenarnya dia bukanlah orang utara. lahir kat Melaka menetap di Seremban. eceh. detail pulak aku bagitau. phew!

entry mr.zukhairi nih kalau tidak bersifat panjang berjela pastinya akan jadi tidak best untuk dibaca. kadang-kadang dah 3 perenggan dia tulis tapi still belum masuk cerita sebenar. mukadimah selalunya santai dan berunsurkan flow kehidupan beliau di Jepun. bab bersihkan rumah pun boleh jadi bahan. yang hairannya, walaupun berjela tetap tidak bosan untuk dibaca. mungkin beliau ada guna jampi istimewa sebelum post entry.  ok. bab jampi tu fitnah je. tak baik fitnah wo. berdosa. (siapa yang fitnah, aku kan bergurau ja. betul tak zack?.=p).

membaca entry berunsurkan cerita benar ditambah dengan gaya bahasa yang kadang-kadang macam poyo dan sempoi memang boleh buat aku gelak. sampai housemate aku pun tertanya-tanya apa yang lawaknya. dan selalunya aku siap cerita kat housemate tentang jalan cerita entry mr.zukhairi yang berunsur humor then kitorang pun sama-sama tergelak.

blog realiti konspirasi zackzukhairi ini juga kadangkala diselitkan dengan entry bergambar dari hasil seni tangan beliau sendiri. biasanya entry bergambar akan dijadikan kisah berangkai yang mengandungi cerita yang bersambung. selalunya entry yang begini mengandungi mesej mendalam. terkadang macam ala-ala jiwang pun ada. contohnya pada entry ini.



 antara entry bergambar di blog beliau yang best-best!


tentang pencapaian blog mr.zukhairi nih, memang tak boleh sangkal lagi 'kejayaannya'. walaupun usia blog 'masih muda' tapi sambutan dari peminat memang sangat memberangsangkan. kalau tak hebat, takkan 'rakyat jelata' boleh begitu ramai kan?.







bila saja mr.zukhairi lambat update, mulalah rakyat jelata tak senang duduk.



nampaknya penulisan mr.zukhairi ni bukan sebarang, sampai boleh membuatkan orang 'addicted' suruh update cepat. tapi tak boleh nak paksa mr.zukhairi ni update kerap sangat, dia pun ada life juga. nak main futsal lagi. nak buang sampah lagi, nak pergi beli kebab lagi. haa, kompleks ok. bukan senang jadi blogger popular dan disayangi ramai ni. 

ok, macam dah panjang pula aku menaip. rasanya macam dah habis dah cerita yang perlu diceritakan.

akhir sekali, apa yang boleh aku katakan adalah:-

inspirasi untuk menulis dengan lebih baik adalah dengan cara memperbanyakkan membaca penulisan orang lain.  percayalah. ianya benar-benar berkesan.!


p/s: pilihan awal untuk blog kegemaran sebenarnya ada dua, iaitu blog zackzukhairi dan blog ariff shah. tetapi akhirnya blog zackzukhairi yang dipilih kerana contest ini adalah anjuran ariff shah.

Comments

Ariff Shah said…
ok. diterima. cuma nanti gitau lah encik zack =)
Hafiz Yusof said…
ramai gak yg follow
Cik Akma said…
a'ahh blog dye mmg sempoi je :D
khai said…
blog dia mmg hebat :)
fndrocka said…
join gak

http://fndrocka.wordpress.com/2010/03/18/tulis-menang-ariffshah-com-monolog-sebuah-blog/
Kujie said…
tak boleh disangkal lagi...dia mmg ada peminat yg tersendiri..mcm artis korea..kehkeh
Ariff Shah said…
voting dah start. kat sini http://orange4k.com/201004/vote-untuk-penyertaan-popular-tulis-dan-menang/

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..