coffee ~ orang muda pun minum.

cerita lucu @ sengal tentang coffee.

hari selasa lepas masa pergi library malam-malam (bukan kerana rajin), tapi kerana keesokkannya ada group presentation. sambil menunggu 2 orang ahli yang agak lewat sampai, maka aku dan hasni try ushar-ushar mesin minuman. bukan mesin air 'gedegang'. tapi mesin minuman yang bubuh dalam cawan pakai buang.

excited nak minum coffee!. harga dia murah je. cuma 60sen. fine, kita masukkan duit syiling. then butang-butang jenis air pun menyala menandakan air tersebut available untuk dibeli. ok, I tekan lah satu daripada butang yang menyala tu. then bunyi la macam air tu dituang. bila cek, eh, mana cawannya? tak ada. tak ada pun secawan coffee seperti yang diminta?

aku dah termalu disitu, berani mesin ini buat lawak dengan aku, cis! sudahlah tempat tersebut agak ramai orang yang terdiri daripada mamat-mamat bujang, (I main agak je yg diorang tu bujang). memang cilakak punya mesin minuman, tak canggih langsung lah kau ni main tipu plak dengan aku. bak balik duit aku 60 sen.!


 



semalam I request coffee then my housemate pun buatkan. punya jelita housemate aku. siapa yang murah hati perkenankan request kawan dia memang terus nampak jelita dari usia. (tiru iklan Safi Rania Gold). nasi goreng tu bukan request kat siapa-siapa. itu aku masak sendiri. tajuk dia Nasi Goreng Cili Api. InsyaAllah sedap. eh, memang sedap pun. resipi emak mana adaa yang tak sedap. pheew!



berbalik kepada mesin minuman.

wahai mesin minuman, kalau memang kau dah kehabisan cawan, kenapalah butang merah itu kau nyalakan. bikin aku tertipu sahaja, lantas air coffee itu terus mengalir tanpa ditadah oleh cawan. Habis kau nak suruh aku tadah hot coffee tu dengan tangan? bengong punya mesin.! siapalah yang design mesin tersebut. #*-$@%^$&^*!


siapa yang minum coffee sekali sekala, akan kelihatan awet muda <-------------percaya tak?



Comments

aNoZ said…
hahaha.. kesian.. patutnya tadah je pakai tangan.. bia la panas pun. asalkan 60sen x rugi. hehe
die memang xsediakan cawan k...
die suruh letak mulut terus la...
hahahaha...
Mr feckry said…
kalau minum selalu?
Queen said…
coffe tu memang faveret...
hari nie lupa bawak sachet 3 in 1 tu..rasa tak lengkap hidup..huhuh

tapi bab mesin tu memang lawak...ekekkeke....die suruh tadah dengan cawan sendiri...ekekke
aku harus ketawa ..hahahahahaha
Adila Ady said…
awet muda..?

ok..nak minum coffe sekarang
Syima Syaz said…
hehehe... mesin tu suh tadah guna mulut kot.nasib baik 60sen je...
Nadiene said…
mesin tetap mesin kan,huhu..

xde otak utk fikir,,huuh
Ibu Ammar said…
@anoz
ah, mesin itu tetap perlu disalahkan.

@meniti senja
tempat cawan tu hanya memuatkan cawan dan tangan untuk mengambil cawan. kepala tak muat okes.

@Mr Feckry
kalau minum selalu tak elok, caffein menyebabkan ketagihan,

@Queen
jom lancarkan perang terhadap mesin tersebut..cis

@kodok
ko ketawakan aku ya?..dush

@Adila
haha, sila.sila minum..=)

@Syima
ada je yang mahal lagi, rasanya yang mahal tu cawannya ada je, yg murah ni yg kehabisan----->ramai beli

@fId
aku mensalahkan designer mesin itu..dush!
Seimura said…
nampknya selepas ini perlu bawa cawan sendiri ke mana sahaja kita pergi. huhu.
hanafijaafar said…
kopi mmg baik utk kesihatan sebenarnya, tapi jgn minum byk2 la... nnt minumbulkn masalah yg kelakar..
Unknown said…
haha.. biasa la tu... daH penah kena skali.. lasyly buat bodo jer la// malu ni jgn ckap la...
Khaizarien said…
ingt cawan die x pnh abes...hehe malu woo tapi kopi memang sedap..peberet

Khaizarien @ atie Blog
owh...
mayb kene bwk cawan sendiri kot...
1tomyam said…
sesekali jer layan kopi pasal takut tak leh tido malam...hehe
sharamli said…
eh..ntah2 kena tunggu lama sikit k0t..ha3
Hafiz Yusof said…
bagi saya coffe menyakitkan kepala
deus X machina said…
kopi memang feveret aku
esp nescafe
sehari tanpa nescafe hidupku celaka sikit
erk888
.::WaNiE::. said…
hehehe nasib baikk 60 sen jek
Solehah said…
tak baik kan mesin tu..nak tadah guna mulut pun panas berapi nnt..haha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..