cerita sengal ~ KFC
dalam pada tak sihat begini, ada pula rakan serumah yang baik hati nak belanja KFC. maka kita yang bagai orang tak bermaya ni terus jadi segar bugar.!. yea.yea! KFC free! jom.jom.!
ok. kita naik la motor pergi KFC. kalau KFC ada delivery tak payah susah-susah nak pakai helmet start motor bla.bla.bla. maaf, bukan aku yang bawak motor. aku mana ada lesen. setakat bawak motor round-round kampung boleh la. nak bawak motor kat k.l ni?..bagi upah 10 hengget pun aku sedaya menolak.. pheew!
gambar dari pakcik Google tersayang!
hari ini naemah belanja KFC yang 9 ketul ayam, coeslow, cheezy wedges dan yg lain-lainnya. aku apa lagi. request float pepsi+ice cream! dan lagi, kawan aku si Zati kirim set Dinner Plate. untuk mr.K dia. err. betul ke mr.K nama dia. haha, tak pasti sangat, sorry kalau tersalah.
apa yang sengalnya?
- haa, kakak counter kfc tu, memang comel! eh tak. tipu je. bukan itu topik dia. sebenarnya tadi, aku sampai kena pergi kfc dua kali. dah pergi, dah balik rumah, barulah aku perasan bahwa set dinner plate tidak ada. adesh. macam mana kakak kfc tu serve? macam nak kena cium dengan kingkong kah?
aku dan naemah pun pergi la 'bermotoran' semula ke kfc PJ tersebut. sampai je, terus pergi kaunter then kami dilayan oleh seorang mamat sederhana handsome. bila kami bagitau apa yang kureng, then mamat tu terus cepat-cepat serve kan set dinner plate. dan kakak comel berkenaan 'buat-buat busy'. buat muka tak bersalah langsung. apekah?!
haish. malas nak cakap lebih, pengajarannya ~ sila cek semula apa yang anda beli di restoran fast food. takut-takut si penjaga kaunter tu 'mamun' ke 'berangan' ke. kalau serve terlebih ayam tak apa jugak, ini sampai terkurang. dush!
p/s: masih tercari-cari idea untuk contest blog ariff.
Comments
hehe
pernah kene dulu
xsalahkan dieorg jugak
cume kite kene tengok2
klu xcukup
terus bgtau
;)
huuu~kalo tkena cmni msti berapi rase~ =)
sederhana hensem... huhuh
hehehehe...
"kitaorg jual ayam jek kak" ..hahahaha
***ko tak jengilll ke ppn itu..kurang asammm
saye lupa nak ambik balace duit masa beli tiket
bayar50,tiket 17.
melepas
salam kenal:)
kompom kaber cun lebeh je tuh...
Khaizarien @ atie Blog