perlu ke slot 'mengumpat' dalam TERJAH?
setiap hari Isnin, jam 11 malam di TV3. haaa. dulu-dulu sejak zaman berzaman, hanya Melodi saja yang ada segmen Terjah, tapi rite now abang rambut ketak sudah ada slot tersendiri.
bab 'gosipping', orang melayu memang terpaling juara, juara jadi bahan gosip, juara juga bab bikin gosip. malah turut mejuarai bab menonton/membaca hal gosip. kalau tak percaya. try tanya pakcik google.
kalau google search ni menipu, maka entry ini menipu lah juga.
dalam banyak-banyak artis malaysia, hanya nama Fasha Sandha yang tertera. dan paling terkejut, jenama 'blogspot' pun tersenarai juga. hurmm.. yang bab 'panas' yang terpaling laku. hingga mencecah 1.9 juta! apa yang 'panas' sangat pun aku tak tau.
nak kata aku ni baik sangat, memang tidaklah. aku pun suka gak tengok Melodi. bukan suka apa, suka dengan soalan-soalan yang di'create' oleh wartawan melodi tu. nasib baiklah soalan sebegitu bukan ditujukan pada aku, kalau terkena kat aku, memang dah lama aku bagi 'Panggg!' je sebagai jawapan. hahaha!
ok, berbalik pada tajuk.
siapa yang pernah tengok Terjah TV3 mesti sedia maklum akan flow rancangan ni. kalau yang tak tengok, meh nak bagitau, sebenarnya rancangan ni bukan 100% terjah artis, tapi cuma 50% sahaja. (sila kecewa).
then yang 50% lagi adalah slot 'mengumpat' yang terdiri daripada beberapa lelaki (laki pun mengumpat, jangan main-main) dan sebilangan perempuan.
orang kata mengumpat tu perkara normal, sebab orang kebanyakkan pun mengumpat gak. tapi yang tak tahan nya, sesi 'mengumpat' ini dirakam dan ditayangkan di kaca telebesen. dan ditonton seantero malaya, juga boleh ditonton di internet melalui TV3.Com. (kalau you all berada di Germany or Rusia pun boleh layari web ni).
apakah rasionalnya slot mengumpat ini diadakan dalam rancangan Terjah TV3?
mungkin anda punya jawapan~
mungkin anda punya jawapan~
Comments
jika tak semua wartawan sakit kene panggg wooo...
hehehehe....
ada jugak tengok rancangan terjah yang baru lepas nie (itupun sebab chanel lain dah tak de siaran yang boleh ditonton..)..memang obvious diorang mengumpat...dan saya sound hubby yang masa tu tgh tengok TV..
"ha..bagusla..kita pun dapat saham"...
kenapa mesti nak mengumpat dek non...kalau nak temu ramah..nak bertanya tu tak apela lagi. Ni benda tak tentu sahih awak war-warkan pulak... Sudah...
sekarang rancangan TV makin mengarut-ngarut
tapi ape yg atie x suke, kenpe wartawan nie cepat sgt melatah bila org tegur? dorg nk sound artis o org len bleh je. tp bile kene btg hidung sendiri dgn kepala2nye naik.huhuhu
Khaizarien @ atie Blog
mungkin rancangan mcm tu je kot leh tarik penonton..
erm x fhm langsung
cer rancangan2 yg ilmiah..berapa kerat je nak tgk..
sy da lama xtgk tv..sekian... (tu p0n sbb xde tv..ha3)
Melayu memang suka mengumpat.
http://azymechanical.blogspot.com/2010/03/artis-malaysia-banyak-gosip.html
Tp aku paling xsuke segmen wartawan duk mengumpat tu..bazir masa je, baik terus buat segmen terjah artis..adess~
eii tapi motip slot mengumpat tU????