gejala cinta Lombok.

my name is Lee Min Ho. Im not Lombokian.



semalam kan. eh. tak pasti semalam ke bila, (lupa dah, mungkin kerana terminum air yang ada semut, =p). ok. ceritanya begini. baru-baru ini, ada dengar berita kat TV pasal negara kita nak stop serta-merta daripada mengambil pekerja asing dari Lombok. ini adalah untuk mengelakkan gejala Lombokians ini 'mengheret gadis tempatan' bawak balik ke negara diorang. sebab kes ini sudah sampai tahap membimbangkan.

ramai gadis tempatan yang berkahwin di Lombok akhirnya 'merayu-rayu' untuk pulang ke tanah air. dan diantara mereka, kebanyakannya sudah beranak-pinak di sana. bila dah ada anak kecil, baru sedar bahwa cinta saja tak cukup untuk 'hidup'. sebab kita hidup ni bukan 'makan cinta'. kita semua makan nasi. anak kita nak membesar sihat minum susu nespray. (bukan murah tahu!).

sebenarnya, gejala 'cinta Lombok' ini lebih banyak melibatkan gadis tempatan yang masih mentah. yang belasan tahun mungkin lebih ramai terlibat. ada orang kata gadis tempatan ini 'buta'. tapi ironinya bukan lah salah si gadis sahaja. perempuan yang masih muda. naluri remajanya memang nakkan cinta. apabila dipujuk di rayu dengan kata-kata manis, memang mereka mudah cair hati. ini adalah fitrah gadis mentah. mereka mengutamakan perasaan dari akal fikiran.

apa yang lebih penting, kawalan ibu bapa terhadap 'gadis mentah' ini sepatutnya lebih dititikberatkan. jangan tunggu hingga anak lari dari rumah kerana ikut jejaka Lombok baru nak menangis. cuba faham the power of parents. anak-anak adalah hak dan tanggungjawab ibu bapa. memang bukan mudah nak jaga anak gadis, tapi susah mana pun, she's your daughter! ingat satu perkara. 'prevention is the best cure'.

kadang-kadang bila tengok berita kat tv, tentang gadis belasan tahun yang berjaya dibawa pulang, ibu bapa diorang nangis-nangis sedih dan terharu bila dapat balik anak diorang. (bukan mudah urusan nak bawak kau pulang, ingat benda ini main-main?) betapa tingginya nilai kasih sayang ibu bapa. kalau seorang anak itu masih tak faham lagi, memang taktau lah nak kata apa.


p/s:- aku suka jejaka korean ja. tapi malaysia tak ambik pulak pekerja asing dari korea, =p

Comments

Nadiene said…
hehehe...

tempat U aku nga wat bangunan baru, semau pekerja buruh tu cakap korean,
sebenarnya dorang warga china, tapi ddk bhgan yg paling dekat dgn korea,so ckp bhsa korea.

aku pon terkejut mula2, ngatkan engineer korea datang sini, heheh
shaffique said…
sebab org korea x reti nk ckp bahas melayu..haha..


http://belogbagus.blogspot.com/
Unknown said…
ouh..kirenye kalo min ho dtg malaysia nk die lah?ceit..hihihihihi.
amek middle east man sudey.kaya2. anta maismuka? =p
Mr feckry said…
hensem sangat budak lombok ni?
kalau ramai pekerja korean kat sini sure ko xsenang duduk...
hehehehe...
myQza said…
derang ada ubat guna2 kot..
tp majoriti yg pergi mesti meraung2 nak balik.

x biasa hidup susah
Rara said…
yep,isu ni mg sgt brt la..mlibtkn gdis blsan umur..kdg2 tpk gk,cne dgn pljaran n msedpn dowg t..ksian dgn mkayah..tp sbnrnya,mkayh la y ptot memainkn prnan pnting..sokong anda! :)
Hafiz Yusof said…
i suka gadis korean
deus X machina said…
takkan la orang korea datang malaysia nak jadi buruh kontrak kot
erk888

nak hentikan mungkin sukar...
tapi perlu ada undang2 n pemantauan yang ketat
zool said…
Tu le pasal..
yg kena biasanya remaja yg muda amat.. belasan tahun ..
ada kes tu mak dia sakit sanggup ditinggalkan..
bapa dah tak larat mana.. sapa salah?? ntah..
Cik Akma said…
muahahha kalo amik korean workers. sure ramai gadis2 serbu haha :D
topo said…
hohoh kat sini baru aku tau apa itu fenomena cinta lombok.. hahaha selama ni dengar2 macam tu je (hoho nampak sangat tak baca paper)
Seimura said…
Lombok? bunyi macam bubur lambok je? negara manakah itu?
tuan director said…
berfikirlah dengan bijak dan matang wahai perempuan
Betul.. Lepas kahwin, takde makna nak makan cinta.. Tak kenyang pon.. Hmmmmm..

Kalau jejaka korea dtang sini, abes laaa.. Hahahaha..
Betul.. Lepas kahwin, takde makna nak makan cinta.. Tak kenyang pon.. Hmmmmm..

Kalau jejaka korea dtang sini, abes laaa.. Hahahaha..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..