jerawat oh jerawat..




ada tak sesiapa kat sini yang tak kenal jerawat? mungkin sebab dia tak pernah berjerawat walau sebutir pun. ok, menurut kamus 'nursarah', (olahan daripada wikipedia), jerawat adalah keadaan abnormal kulit akibat pengeluaran minyak (sebum) secara berlebihan yang menyebabkan kalenjar tersumbat lalu membentuk...erm, membentuk bintik jerawat lah, apa lagi.

jerawat biasanya 'keluar' di bahagian muka, tetapi ada juga kes jerawat yang 'keluar' di bahagian lain seperti di bahagian dada atau belakang badan, jerawat sebenarnya tidak merebak, dan tidak pula berjangkit. senang kata ianya adalah abnormaliti kulit yang biasa dan boleh dikawal dan dirawat.

nak tau lebih lanjut tentang jerawat, boleh search kat google.

sebut pasal jerawat, teringat kisah waktu tingkatan 5, cikgu BM kami Pn Sima, pernah bertanya kepada murid sekelas kami, "kenapa saya tengok pelajar lelaki ni berjerawat, pelajar perempuan tak ada pun yang berjerawat?" hakhak. nak gelak kejap. sebenarnya bukannya pelajar perempuan semuanya kulit licin, tetapi disebabkan pelajar lelaki kesemuanya duduk di bahagian depan, dan pelajar perempuan duduk di bahagian belakang,  maka dah tentulah Pn Sima akan nampak jerawat diorang lebih ketara.

........................................................................................................


sebenarnya topik jerawat ini dipilih kerana penulis diserang jerawat. (macam poyo, tumbuh jerawat pun nak kecoh). eh. suka hati aku lah. ada kau susah. biasanya jerawat akan menyerang empunya badan pada waktu tertentu, terutama sekali di waktu menstruation. kerana pada masa ini, tindakbalas hormon sedang berlaku. oleh sebab dia hanya ada sekali sekala maka kita tidak perlu buat treatment ke apa. nanti bila habis tempoh dia akan hilang dengan sendiri. muka pun jadi licin semula. ayat perasan di situ.

jerawat favret aku selalunya tumbuh di bahagian dahi (so ini bukan perempuan dahi licin, sure takda yg terpikat). tak kisah sangat sebab kat dahi macam sakit dia kurang sikit. tapi sejak 3 hari lepas dia menyerang bahagian pipi, walaupun cuma sebutir tapi langsung rasa tak selesa. macam ada serangga tengah gigit pipi aku. lepas tu my hand macam gatal nak remove dia dari situ. shuh.shuh.

my dad selalu cakap, kalau ada jerawat, jangan gatal tangan nak usik jerawat tu, sebab tangan kita bukannya hygiene. tapak tangan kita ini terdedah kepada kotoran kecil ( habuk~ bakteria, kuman). kalau nak sangat usik jerawat tu sila lakukannya di bilik air (ketika tangan sedang bersih). jangan sesekali sambil duduk-duduk dengar kuliah lepas tu tangan gatal usik jerawat. itulah yang menyebabkan jerawat tu makin menyerang kulit. mula-mula tumbuh satu jerawat, sebab tangan yang gatal tu, esok tumbuh 2-3 bijik lagi.

satu lagi pesanan my dad, jangan kerap cuci muka dengan pencuci muka yang mengandungi bahan kimia yang entah apa-apa. yang terbaik adalah cuci muka dengan air sahaja. kenapa? sebab kulit muka kita originally telah dibekalkan dengan 'bakteria baik' yang membantu menyihatkan kulit. tapi kalau kita suka cemarkan muka dengan bahan kimia (krim ke alat solek ke), then cuci lagi muka dengan produk ntah apa-apa secara kerap, maka 'bakteria baik' itu akan musnah. so tiada lah lagi perlindungan original kepada kulit kita.

lagi satu, kalau kita ikut pesanan orang tua, mesti berkat punya. demi kesihatan kulit yang lebih sejahtera, dengarlah nasihat orang tua anda. ^_^, peace!





Comments

xrugi ape pon kite kalau dekar cakap org tua²...
hehehehe....
Seimura said…
ohh abah ada pesan begitukah? kenapa seperti aku tidak pernah mendengarnya?
.::WaNiE::. said…
jerawat kat pipi ngn kat hidung paling seksa sekali
Ibu Ammar said…
meniti senja
tau takpe..

seimura
ko tak alert cam aku. wakaka

wanie
uish, kat hidung dulu time skola penaj kena, sakit gila
acap rahman said…
jerawat suka tumbuh dekat tempat yang senang nampak.
kenapa bukan kat ketiak?
atau kat pusat?
deus X machina said…
sebab aku start pakai pencuci muka time form 1 dulu la naik jerawat kat muka....celaka tol
nasib baik dah kurg skang
myQza said…
aku x boleh ubah2 pencuci muka nanti jerawat berterabur!
Hafiz Yusof said…
tak suka jerawat..tapi bila tak suka..lagi dia dtg..hahahha
Syima Syaz said…
sama lah sarah.jerawat biasa datang kat dahi.pastu bila sikat remos, auuucchhh... saketttt sampai leleh mata, air liur dan sebagainye!
tapi kan, org kate kulit gelap ssh dapat jerawat sbb kulit tebal? btl ke?
mamai said…
kena bas uh muka dengan kerap ambil air sembahyang kot
fara said…
tak suke jerawat!!!

kene matahari pon ley tumbuh jerawat.
bg yg kulit sensitif la...
cik sarah dapat jerawat..remaja...dan jerawat cinta..biasalah tu bila akhil hayyy ..uik silap ..akhil baliqh
hans said…
nasib jerawat xsuka muka aku
hehehhe
zhrhtoodem said…
baru tau ape tuh jerawat masa darjah f1-f2
heeeeeeeeeeee
Mr feckry said…
perah je limau kat jerawat
awek ninja said…
pakai kunyit hidup+bedak benang sila...seminggu jerawat mesti da berkurangan(utk yg berjerawat batu)
ZACK ENTRY said…
tak remaja la kalo tak ada jerawat..hehe =P

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..