terima kasih Kong.

bukan cerita KingKong okey. ini cerita manusia.

ok, benda happy. kita kena kongsi sekalian alam. benda aib, simpan diam-diam. tak aib sangat tapi scary. hei. bila teringat memang rasa nak kasi penampar saja kepada pemandu kereta Honda yang hampir melanggar ku semalam.

ok, ada selingan kejap, baca dulu.

ada kan, bila lampu isyarat sedang merah. dan susunan kereta kat jalan raya macam rapat-rapat. dan kita berada di tengah-tengah. (bukan di garisan belang-belang yg bunyi TEET.TEET untuk melintas tu, bukan yang itu) so ianya macam peluang untuk kita melintas jalan. (eh kau boleh bayangkan tak situasi ni?). ok. ada diantara kereta ni, agak lah berjarak sedikit. so si pejalan kaki yang innocent ini berfikir bahawa "mesti minah ini nak bagi laluan kat aku melintas". dan sebaik sahaja aku berjalan nak melepasi kereta tersebut. dengan poyonya kereta itu bergerak (macam nak langgar aku). YA Allah! scary u know?!

tinggal  1 cm je kot jarak kereta tu dengan aku. I dun know kat mana agaknya minah senget tersebut letak mata dia. aku pakai baju kaler hijau tudung putih takkan lah dia masih tak nampak. so Im really sure yang dia sebenarnya tak pandang depan. nasib baik. nasib baik aku tidak kecelakaan. (ha kan dah keluar bahasa indonesia).

ok, sebenarnya semalam, cerita yang aku nyaris kecelakaan ini, adalah sebelum aku pergi Mid Valley. alkisahnya. aku sebenarnya dapat tiket free menonton movie. tiket free tersebut adalah pemberian Kong, admin gengblogger.com. Kong bagi aku dua tiket free. (mesti bagi kat blogger). so aku bagi Haziq. kebetulan dia ada blog walaupun dia tak aktif pun berblogging. tapi at least aku ada kawan. thanks Haziq kerana setuju teman aku tengok wayang free semalam.

ok. movie ini belum ditayangkan lagi kat pawagam. so aku diantara yang pertama lah tengok movie ni. dari pengarah Shrek dan Madagascar. tajuk movie ni, How To Train Your Dragon. ini adalah pertama kali aku menonton citer kartun kat panggung, dan ini juga adalah pertama kali aku menonton movie 3D. pada aku cerita ni best! aku boleh bagi 8.5/10. tentang sinopsis cerita, aku akan buat entry khas untuk itu selewat-lewatnya esok.

ok, terakhirnya. nak bagitau, semalam juga BOM321 ada bersama. kiranya Kong bagi tiket movie ni pada beliau jugak. so kami duduk seat sebaris siap bersembang-sembang sebelum movie bermula. beliau adalah ahli GengBlogger pertama yang aku jumpa. untuk ke blog beliau, boleh klik BOM321. walaupun mamat ni macam selalu 'mengarut' dalam forum GB, tapi tengok orangnya macam serius juga. huahuahua!

ok. penat taip. thanks to Kong, lain kali boleh bagi tiket free lagi ya. hehe


ok, dah kata penat, berhenti menaip sekarang.

Comments

myQza said…
kong,
lepas ni boleh beri aku pulekkk..
deus X machina said…
penat aku bacanya!!!
joegrimjow said…
nape kong xbagi pon kat ku?
huuhuk

GB ada problem ek skrg?
chokio_nia said…
slamat la sarah tak pape kan..huhu..

tatau pon pasal cte katun ne..br ek??
Kujie said…
ish...cerita kereta2 ni..kak jie lagi ngeri.... hari ni ade kes makcik jie dgn pemandu bmw..hahaha


cadang esok nk p tgok movie gak..bawa anak2 jejalan cuti sekolah..tapi belum booking tiket lagi....kena bodek Kong le ni..
.::WaNiE::. said…
ceroi kalau nak kene bawak sayepp *angkat tangan tinggi tinggi walau tak tinggi pun**

seronokknyeee tengok wayang freee
zool said…
Kalau kat Melaka boleh lah.. Kalau KL alamat kirim salam le..
hanismalik said…
datang cucuk iklan=)
mamai said…
awat tak bagi kat pakcik satu
hisham said…
mungkin org tu org BN..sbb u pakai baju mcm ahli PAS...hahahha
joegrimjow said…
GB dah boleh bukak

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..