oh kampungku.
huhuhu. dapat update. ada streamix sesat nih, tumpang mintak halal yea. =)
semalam sampai Labis jam 3.45 pagi. mak dan abah dah tunggu kat stesen keretapi. dan pagi tadi, aku bersama emak dan abah balik Kg. Tiong Baru (kampung emak), sebab atuk saudara belah emak meninggal dunia. tapi kami sampai agak lewat, betul-betul jenazah sedang disembahyangkan. sebenarnya memang tak sangka atuk saudara akan pergi secepat ini, sebab usianya hanya lebih tua setahun daripada usia abah. paling kesian, kat anak-anak arwah, dah jadi yatim piatu. emak diorang pun dah meninggal dunia 4 tahun lepas. sebak gak tengok anak bongsu arwah yang form 4 menangis tak henti-henti.
itulah, ajal maut itu rahsia. tak siapa yang tahu bila tiba waktunya.
kami bertengahari di rumah atuk abah. memang tak ada sesiapa kecuali nenek dengan cucu yang beliau besarkan. sembang-sembang dengan nenek, aduhai, nenek pun dah makin tak larat. mengah-mengah selalu. tapi tetap rancak bercerita. mungkin nenek sunyi. so bila anak cucu datang, beliau tetap gagah bercerita. bagaimana pula dengan kita akan datang?.. sempatkah meniti usia tua.
ok. selepas zuhur. terus bertolak ke rumah ibu saudara, lebih tepat lagi. rumah abang Udin (si pengantin baru). on the way ke sana, tayar kereta tempat aku duduk meletup tiba-tiba. nasib baik abah terus berhenti. fuh. sudahlah tengah panas. alat-alat nak tukar tayar pulak tak cukup. aku terus call adik aku yang dah ada kat rumah pengantin. suruh mintak tolong sesiapa hantar bantuan.
sepupu lelaki (adik abang Udin) dan dua rakannya pun sampai. paling terkejut. kawan sepupu aku ni student UM. ceh. kecilnya dunia.
cerita kenduri belum ada. sebab kenduri dijalankan pada hari esok, maka esok sahajalah kita bercerita. tema perkahwinan mereka adalah hijau. tapi penulis cuma bawak baju kaler purple sahaja. so macam mana, kita hentam sajalah labu.
ok, ini ada disertakan dua gambar, yang diambil sendiri oleh mereka berdua. mereka adalah adik-adik ku yang extra vaganza. (sebat je frasa ini. tak tau sesuai ke tak diguna pakai, bedal ajelah).
8 tahun.
11 tahun
entry berhenti di sini. jumpa lagi esok hari.
p/s: earth hour kan sekejap lagi. tutup lampu 10 minit kira ok jugak kot. weeeeee!
p/s: earth hour kan sekejap lagi. tutup lampu 10 minit kira ok jugak kot. weeeeee!
Comments
rumah dah terang benderang
hahaha
hahahaha...