budak demam tak sedar diri.
walaupun demam, ada beberapa urusan perlu di setelkan. semalam, urusan adalah ke puduraya. sepanjang tahun 2010, baru semalam menjejaki puduraya. semuanya masih sama. kecuali surau di puduraya. owh! suraunya sudah di upgrade sehingga bersinar-sinar dari kejauhan. and I really like this!
dan sebenarnya surau tersebutlah yang telah menyebabkan aku jatuh demam. air cond dia sangat super power macam berada di dewan kuliah fakulti sains UM. no.no. tidak menyalahkan surau tersebut. sebenarnya memang Allah nak bagi sedikit 'kesakitan'. anggaplah ianya kifarah dosa.
dan untuk hari ini, urusan adalah di kl central. heh!. kenapa hanya berurusan di tempat-tempat seperti ini. macam bekerja sebagai pemandu teksi plak. hahaha!
urusan berkenaan apa tak payah bagitau. tapi aku memang pergi ke tempat tersebut demi 'berurusan' sahaja. lepas setel terus pulang ke rumah. I dun care about others. eceh. speaking pulak!
tadi masa dekat stesen lrt universiti, ada berlaku kejadian. hahaha!
sebenarnya hari ini. aku keluar tanpa sebarang solekan. haiish, macamlah aku pernah bersolek. alat solek pun tak ada tiba-tiba buat cerita bohong dalam blog. memang nak kena nih! %*&*$^&!
senang kata macam ni, hari ini, aku ke kl central tanpa berbedak. (rupanya hanya bedak saja alat solek yang aku ada, sungguh kasihan). minyak wangi pun tak pakai. ini kerana orang yang sedang sakit tak perlukan semua tu. bila sakit terus alergik bau bedak, dan alergik bau minyak wangi. bau rokok apatah lagi. nasib baik juga tubuh sedang lemah. kalau tak rasa nak tumbuk saja perokok di persekitaran. hahaha! (macam berani.)
ok, bila saja adanya acara mengusung muka tak siap, automatik terus tak nak pandang muka siapa-siapa. juga taknak sesiapa memandang muka aku. fine, kita jalan straight sahaja tak payah toleh kiri kanan.
tiba-tiba. semasa sedang beratur di belakang seorang mamat, untuk masukkan tiket pass through, entah kenapa tiket mamat di depan ku ini ditendang semula. tiket beliau jatuh ke lantai. then mamat ni pandang aku. aku pun tunjukkan tiket dia yang dah jatuh atas lantai. fine. dia kutip balik the tiket. and try masukkan lagi. tapi still tiket itu ditendang kembali. dan jatuh lagi. sekali lagi, mamat ni pandang muka aku, mungkin dia nak kata yang kat situ tak boleh pass through tiket.
lepas pass through tiket kat tempat lain, aku terus jalan cepat-cepat. malas nak tengok muka mamat tu lagi.
aishhh! (malunya membawa muka pucat keluar rumah pada hari ini). dan kenapalah mamat tu adalah handsome! kan aku dah asyik teringatkan dia. cis! <-------- dasar budak demam tak sedar diri. demam-demam pun 'gatal' juga. ^%*&^*!
Comments
angau...
angau...
mungkin demam skang bukan sakit btol,
sebab angau...
hehehehe...
normal la tu...
salam kenal. :)