bahasa malaysia. bukan sekadar subjek zaman sekolah.


sejauh mana kita berpegang kepada bahasa jiwa bangsa?
-mungkin setakat zaman sekolah. semata-mata nak dapat Gred A dalam SPM.


kita dah mansuhkan pelaksanaan PPSMI, (pengajaran dan pembelajaran sains matematik in English) dengan alasan nak memartabatkan bahasa melayu.

kita menolak untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dengan alasan grammar kita tak bagus. takut nanti jadi tunggang langgang. ~kononnya malu!

akan tetapi, kita sendiri mengkucar-kacirkan bahasa kebangsaan kita dengan menghasilkan ribuan bahasa 'baru' yang kononnya 'trendy' dan terkini. ----> tidak pula berasa malu?

bukankah tanpa disedari, kita seolah-olah telah mendiskriminasikan bahasa kebangsaan kita?



****************************************************



~ pada malam ini (5 Mac), akan diadakan pidato antarabangsa bahasa malaysia piala perdana menteri di PWTC. aku pernah pergi yang dua tahun lepas punya pertandingan. masa tu seorang mat saleh buta memenangi hadiah utama. serius aku rasa kagum bila foreigner yang bukan tinggal di Malaysia malah mengalami kecacatan mata boleh berpidato menggunakan bahasa malaysia dengan baik sekali.


*********************************************************


~ update- sedang menonton pertandingan pidato antarabangsa bahasa malaysia piala perdana menteri yang ditayangkan secara langsung di TV1.

~ jom tengok sama-sama!


 

TammaT.

Comments

Mr feckry said…
mengapa mat salleh boleh jadi begitu?sebb dia nak orang melayu buka minda yang bahasa melayu pernah jadi lingua franca..
myQza said…
seronok bila tgk bangsa asing bila di temuramah wartawan berita bertutur dalam bahasa melayu fasih!
Cik Akma said…
hidup bhse melayu! hee :D
Anonymous said…
bengang bila bahasa melayu nak jadi urban.
lagi2 kalo istilah dalam bio, bila xfaham perkataan dalam english, konon2 nak rujuk kamus. tengok2 perkataan dia mcm sama, cuma diMELAYUkan. contoh, sublimation = sublimasi. adehh. hampa
Hafiz Yusof said…
aku pencinta bahasa melayu
.::WaNiE::. said…
saya tak malu bercakap dua dua bahasa

tapi bila memaki dalam bahse ingglish sedap sikit short n sweet hahahaha

mcm WTF? kalau nak terjemah bahse melayu jadi panjang tu hahahahah
hanafijaafar said…
cakaplah apa bahasa sekalipun, hak masing-masing. tapi merojakkan mana-mana bahasa sekalipun ada pencabulan. tolonglah berhenti merojak, kalau makan rojak takpe la....

hehe, carutan bahasa inggeris yang dimelayukan adalah sangat mengujakan. contoh: WTH = apakah neraka.
WTF = apakah persetubuhan. SOB = anak jantan anjing betina.

maaf, jadi sesi mencarut pula.

mari baca hanafijaafar.blogspot.com

tengok siapa dapat jumpa kesalahan tatabahasa.
Azuan said…
bahasa jiwa bangsa...
Seimura said…
Okay entri kau kali ini langsung tiada short form. Semua di eja penuh.

Bagus memartabatkan bahasa Malaysia tetapi masih perlu jaga huruf kecil dan huruf besar dalam entrimu sekiranya benar-benar mahu memartabatkan bahasa kita.

Sekian, terima kasih.
Ibu Ammar said…
Mr.Feckry
huhu~ orang kita patut malu dengan bangsa asing yg hebat berbahasa melayu

si tedi
betul.betul!

cik Akma
~ sambil pegang sepanduk ~

Anon
haah, bahasa urban boleh dikatakan semakin berleluasa.

wanie
huhu~ asal marah je nak sebut WTF. adei.

hanafi
sedapnya rijak dah lama tak makan.

Azuan
hanya tagline mungkin

Seimura
aku dah lama meninggalkan shortform dalam entry, ko baru persan kah? ketinggalan nampaknya. nak buat huruf besar kecik kena tekan caps lock pulak, baik2 boleh publish dalam masa 15 minit terus makan masa jadi setengah jam.
Seimura said…
Hoho tak perlu tekan caps lock tetapi hanya tekan shift dan huruf serentak. Sangat-sangat mudah. Selamat mencuba. ;)
Aku suke pidato.. Rindu.. Lama dah aku tinggal.. Skang rase mcm dah tak reti nak cakap dah.. Hahaha.. ;p
aku pon bangga tgk...
hehehehe...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..