ada apa dengan rumah?

selamat sejahtera semua.

ok, hari ini kita nak ushar sikit tentang apa yang kita biasa tahu. biasa nampak. tapi now aku jadikannya topik dalam entry.

pernah tak you all ushar kenapa rumah kat malaysia kebanyakkannya berpagar agak tinggi. dan kenapa rumah orang putih (oversea) berpagar rendah, atau tak ada pagar langsung.





kalau tengok cerita orang putih, boleh nampak style rumah-rumah diorang macam mana. kebanyakannya macam gambar di atas, berpagar putih setakat ketinggian atas sikit daripada lutut orang dewasa. kalau fikir logik. apalah gunanya pagar serendah itu mengelilingi rumah. bukan setakat manusia, anjing dan kucing pun boleh melompat masuk. dan lagi, pagar begini tak ada nak kena tekan loceng apa semua. masuk aje. mesti tuan rumah welcome punya.





standard rumah kat malaysia, kalau dekat taman perumahan, mesti berpagar bertembok. lepas tu ada loceng kat tepi tembok tu supaya orang yang datang boleh main tekan-tekan lepas tu blah. main-mainkan tuan rumah, siapa pernah buat kerja ni? (my cousin darjah 5 suka buat).

kadang-kadang orang beranggapan rumah style ini tak mesra pelawat. bila loceng ditekan, paling koman yang jenguk kat tingkap adalah orang gaji. pastu dikatakan bahawa tuan rumah tak ada. (ini yang selalu aku tengok kat drama tv).

banyak pendapat kata rumah berpagar macam ni adalah untuk mengelakkan perompak pecah masuk rumah. taktau la sejauh mana ianya benar, sebab aku rasa perompak bukannya bangang, setakat pagar macam ni dah tentu lah diorang boleh panjat sambil pejam mata.



ini style rumah yang aku suka. macam dalam taman. tak perlu besar-besar sangat. tak perlu bertingkat-tingkat. nanti jenuh dan berpeluh-peluh nak bersihkan. kalau ada orang datang senang aku nak pi jengah keluar. dan aku prefer rumah 'atas tanah'. ada halaman. boleh la anak-anak aku main kejar-kejar dengan ayah dia. (haha, berangan sampai tahap ni, poyo!).

buat rumah besar ke, berpagar ke tak penting. apa yang penting. jadikan rumahku syurgaku. biar kita benar-benar mendiami rumah kita. kerana di rumahlah tempat kita membina kasih sayang dengan ahli keluarga, dan di rumah jugalah tempat beramal ibadah. InsyaAllah.




p/s: all pic kredit to uncle google.

Comments

Anis. said…
hoho cantik rumah yg dalam pic last tu..nak jugak rumah mcm tu haha
kak gojes said…
ha ah la mmg cantik..sy pon nak...bleh bagi ker?
Irenelim said…
Rumah dekat Putrajaya tiada pagar eh.
hanafijaafar said…
orang m'sia rase insecured, dalam bahasa yang benar. tiada rasa pasti dalam diri. aku rasa rumah terus tak "cool" bila ada pagar.
miss anne said…
rumah itu sangat cool..
Ieqa Swetluv said…
pagar uma ika x macam pagar pown.. rendah ja hehe
kuyam said…
ouh..semua rumah dlm gmbar diatas nice2 belaka :)
fara said…
comel sgt rumah idaman ko.
tp susah la de umah camtu kat msia ni.
pelawat tak diundang byk sgt...
yg suke pjg tgn tu la...
hish
chokio_nia said…
design umah tengah tu cantek..tp mang safety kat luar negara beribu2 ganda kali lebeyh bagus la sarah..siyes..huhu
Anonymous said…
keren rumahnya !!!
Mantap....coba perumahan di negara kita kek gini juga...
mamai said…
rumahku syurgaku...impikan rumah yang selesa
sarah..macam itu umah syg nak ...bila kita diijabkabul nanti ..abg buat macam iitu utk syg k
acap rahman said…
rumah aku takda pagar pon
.::WaNiE::. said…
huhuhu ok rumah omputeh adalah cantik kan..

yep mcm xleh terima kalau long term duk rumah flat/apartment/kondo..tak puas ati den ! tu yg beli rumah jauh sikit dari tempat keje asalkan dgn budget tu dpt rumah ado tanah. hiks !
myonlyphoto said…
Nice photos of the houses.
Thanks for sharing.
Anna :)
Baguuusss said…
rumahnya bagus banget
wah....cantiknye rumah idaman sarah...mau jugak!!!!!!
Rara said…
jnuh gk pk dlu..awt umah mlysia ad pgar,tp mat saleh relax je xde.. hmm..
ape2 pon bersyukur ade tempat berteduh...
am i rite???
hehehehe...
Aku terase mcm nak duduk kat ober the sea lak nengok rumah2 tu sume.. Hehe..
Hafiz Yusof said…
tekan loceng lari...hahahha..pernah juga buat dulu
hisham said…
salam..rumah kt msia ni slalunye pagar tinggi2..takut org nmpak kut...hhehehe..tp umah yg u suke tu , i pun suke gak,,,tenang jer
Unknown said…
cantek sioot.. aku nak satu. boleh order?
NADIRA SALIM said…
wahh cantek2 rumah..
erm tapi tak kesah la rumah besar ke kecik ke..
ada pagar ke takde pagar ke..
setingkat ke bertingkat2 ke..
yg penting kita bahagia tinggal di dalamnya..
itu la namanya RUMAHKU,SYURGAKU..
:D

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..