How To Train Ur Dragon.(3D Animation Movie)

Animasi terbaru dari director filem Shrek dan Madagascar! bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Mac 2010!.

siapa yang tak pernah tahu tentang movie Shrek dan Madagascar? dan kali ini, pengarah yang sama sekali lagi menghasilkan 'buah tangan' terbaik untuk tatapan peminat animation movie seluruh dunia!


How To Train Your Dragon.


Sinopsis:-


tersebutlah sebuah kisah. di satu perkampungan manusia yang hidup bersama komuniti naga. (bayangkan cerita ini bersuasana purba, macam zaman batu la lebih kurang).  oleh sebab mereka hidup bersama dengan komuniti naga. membunuh naga adalah ibarat tradisi perkampungan ini. membunuh untuk mempertahankan diri, keluarga dan ternakan. (kambing biri-biri sangat cute dalam animasi ni, haha!). 





akan tetapi segalanya mula berubah apabila suatu hari, anak kepada ketua kampung ini telah bertindak menyelamatkan seekor naga dengan melepaskannya daripada ikatan. dan semakin hari, beliau telah menjadikan anak naga ini sebagai haiwan peliharaan. tetapi semuanya terjadi secara rahsia! (anak naga ini sangat cute! mata dia kaler hijau jade).




semasa terperangkap, anak naga ni telah kehilangan bahagian sebelah ekornya (menyebabkan dia tak boleh terbang). tapi semuanya berubah selepas tuannya mencipta bahagian ekor palsu. tetapi anak naga ini hanya boleh terbang sekiranya dipandu oleh tuannya. (you all kena tengok sendiri bab ni, susah nak explain dalam bentuk ayat).



sedaya upaya hero kanak-kanak ini mahu mengubah persepsi orang kampung, bahawa komuniti naga sebenarnya tidak seganas yang mereka sangkakan, malah naga-naga ini hanya mengganas apabila keselamatannya terancam. semasa training 'membunuh naga'. kanak-kanak ini dapat menackle semua jenis naga dengan baik lalu menimbulkan syakwasangka di kalangan rakan-rakannya.



adakah rahsia yang disimpan bakal terbongkar? berjayakah beliau mengubah persepsi masyarakat kampungnya terhadap naga? jangan lupa saksikannya di pawagam berhampiran anda!


pesanan:- setiap scene adalah sangat cute, buat aku tersenyum dan tergelak dalam panggung, this movie was really sweet!



~ this promotion section is brought to you by United International Pictures!~

Comments

hisham said…
salam...mgkin mggu dpn i tgk citer ni...tq
chokio_nia said…
nie yg sarah dpt tiket free dr kong kan??nati lah aku tgk ep..=)
mrs.ecam said…
salam knal...
smlm br tngk eklan die kt tb....cam best jek...ank2 ai msti ske...hek3
kalau dari pengarah yg same sure best punye la...
bes sgt ke cita tu cik sarah..macam berminat jer sy nak tgk
fara said…
memang menarik cite ni!

:)
Cik Akma said…
bru tgk smlm. bestttttt! :D

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S