perlu ke slot 'mengumpat' dalam TERJAH?

setiap hari Isnin, jam 11 malam di TV3. haaa. dulu-dulu sejak zaman berzaman, hanya Melodi saja yang ada segmen Terjah, tapi rite now abang rambut ketak sudah ada slot tersendiri.

bab 'gosipping', orang melayu memang terpaling juara, juara jadi bahan gosip, juara juga bab bikin gosip. malah turut mejuarai bab menonton/membaca hal gosip. kalau tak percaya. try tanya pakcik google.





kalau google search ni menipu, maka entry ini menipu lah juga.


dalam banyak-banyak artis malaysia, hanya nama Fasha Sandha yang tertera. dan paling terkejut, jenama 'blogspot' pun tersenarai juga. hurmm.. yang bab 'panas' yang terpaling laku. hingga mencecah 1.9 juta! apa yang 'panas' sangat pun aku tak tau.

nak kata aku ni baik sangat, memang tidaklah. aku pun suka gak tengok Melodi. bukan suka apa, suka dengan soalan-soalan yang di'create' oleh wartawan melodi tu. nasib baiklah soalan sebegitu bukan ditujukan pada aku, kalau terkena kat aku, memang dah lama aku bagi 'Panggg!' je sebagai jawapan. hahaha!

ok, berbalik pada tajuk.

siapa yang pernah tengok Terjah TV3 mesti sedia maklum akan flow rancangan ni. kalau yang tak tengok, meh nak bagitau, sebenarnya rancangan ni bukan 100% terjah artis, tapi cuma 50% sahaja. (sila kecewa).

then yang 50% lagi adalah slot 'mengumpat' yang terdiri daripada beberapa lelaki (laki pun mengumpat, jangan main-main) dan sebilangan perempuan.

orang kata mengumpat tu perkara normal, sebab orang kebanyakkan pun mengumpat gak. tapi yang tak tahan nya, sesi 'mengumpat' ini dirakam dan ditayangkan di kaca telebesen. dan ditonton seantero malaya, juga boleh ditonton di internet melalui TV3.Com. (kalau you all berada di Germany or Rusia pun boleh layari web ni).

apakah rasionalnya slot mengumpat ini diadakan dalam rancangan Terjah TV3?

mungkin anda punya jawapan~

Comments

Ju@Lucky^Mummy said…
hmmm.. akak mmg x layan sgt melodi @ terjah.. x minat pasal gosip2.. x kan beli majalah hiburan. membazir jer.. x sesuai ngan jiwa ni kot.
¶A.K.I¶ said…
tak bekesempatan lgsung nk tgk... sbb tyme2 2.. sesuai msk tdo!!~
nyaris la ko tak jadi artis...
jika tak semua wartawan sakit kene panggg wooo...
hehehehe....
Queen said…
tak layan sangat gosip artis ni..apatah lagi nak beli majalah2 hiburan.
ada jugak tengok rancangan terjah yang baru lepas nie (itupun sebab chanel lain dah tak de siaran yang boleh ditonton..)..memang obvious diorang mengumpat...dan saya sound hubby yang masa tu tgh tengok TV..

"ha..bagusla..kita pun dapat saham"...

kenapa mesti nak mengumpat dek non...kalau nak temu ramah..nak bertanya tu tak apela lagi. Ni benda tak tentu sahih awak war-warkan pulak... Sudah...

sekarang rancangan TV makin mengarut-ngarut
Khaizarien said…
ahakz...selama nie tgok gitu gitu je,tetibe isnin ritu leh tgok dr mula smpai abes... rasenye x elok wat cam tu. tp ape yg dorg wat sebenarnye ape yang kita yg biase2 nie wat. mengumpat org sane sini cam tu la.
tapi ape yg atie x suke, kenpe wartawan nie cepat sgt melatah bila org tegur? dorg nk sound artis o org len bleh je. tp bile kene btg hidung sendiri dgn kepala2nye naik.huhuhu

Khaizarien @ atie Blog
min said…
betul sekarang makin byk rancangan gosip dekat tv3..
mungkin rancangan mcm tu je kot leh tarik penonton..
erm x fhm langsung
sharamli said…
benda2 macam tu yg 0rg suka sgt..
cer rancangan2 yg ilmiah..berapa kerat je nak tgk..
sy da lama xtgk tv..sekian... (tu p0n sbb xde tv..ha3)
Rara said…
xske btol tgk keadaan cmtu..ad 2,3 org wrtwn y tlebey over dok ngutuk sne-sni..dowg mcm la xtau stu msia tgk pngai dowg tuhh..heh
myQza said…
aku tak pernah tgk. sbb x terfikir ada rancangan macam ni kat mesia ni.
Amir said…
keunikan terjah bila ada babak mengumpat tu.. nampak unik sbb xde program lain yg buat cmtu..
Azym Azizi said…
Terjah ni buang masa je sebenarnya. Yang ramai menonton pun orang2 Melayu kita jugak.

Melayu memang suka mengumpat.

http://azymechanical.blogspot.com/2010/03/artis-malaysia-banyak-gosip.html
Diarihatiku1976 said…
betul sekarang makin byk rancangan gosip dekat tv3..
Hafiz Yusof said…
i memang tiap2 minggu tengok..dasyat dari melodi
nmEsfie said…
isnin pukul 11 ek? sah2 dak2 umah aku ngah tgk 303, skg ni dalja spring~! hehe
z.a.r.a said…
aku ade la tgk skali skala..slalunye terlepas nk tgk.

Tp aku paling xsuke segmen wartawan duk mengumpat tu..bazir masa je, baik terus buat segmen terjah artis..adess~
menyampah gila ngan terjah nie..terutama ada pompuan gelak mcm hantu raya tu..
.::WaNiE::. said…
dua-dua tak tengok !!

eii tapi motip slot mengumpat tU????
Syima Syaz said…
mmg pun..kadang2 rasa soalan2 melodi buat tu cam mmg create pun.tak penah pun dengar gosip2 gitu..eeiii dah tak suka tengok!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S