mengimbau kenangan Part I

hari ini, aku nak ceritakan tentang kisah dulu-dulu. time aku sekolah kat SMK. Munshi Ibrahim Labis (mengikuti kelas Rancangan Khas Agama form 1-3). dalam jangka masa 3 tahun berada di sini sebagai student. sumpah! ianya adalah musim persekolahan yang terindah. seandainya aku boleh pinjam mesin masa Doraemon, aku memilih untuk kembali ke fasa persekolahan ini.

batch aku, merupakan batch pertama yang mengikuti kelas Rancangan Khas Agama di sekolah ini. bezanya dengan pelajar lain, kami mengambil 9 subjek untuk PMR, dengan penambahan subjek Bahasa Arab Komunikasi. masih ingat lagi tenaga pengajar subjek ini. pasangan suami isteri Ustazah Husniah dan Ustaz Harun. (teringatkan anak lelaki mereka, Farhan. yang dulunya kami pelajar perempuan berebut-rebut menggendong, kini sudah bersekolah rendah, darjah 3 kalau tak silap.) ~ peredaran masa adalah sesuatu yang ajaib bukan? ~

dalam kelas ini, ada sebilangan rakan-rakan yang memang telah aku kenali sejak sekolah rendah. kalau tak silap lebih 10 orang yang aku sedia kenal, sebab aku bersekolah di dua buah sekolah rendah, SK. LKTP Tenang dan SK Maokil 1. kebanyakkan yang mengikuti kelas ini adalah yang tempat tinggal masing-masing sekitar pekan Labis sahaja.

satu benda yang aku terpaling ingat, adalah time weekend di asrama Munshi. aktiviti hujung minggu adalah sangat best!

ada satu hari di hujung minggu, kami satu asrama puteri terbangun lewat, dalam pukul 6.30 pagi. (patutnya bangun jam 6.00 pagi), dan aku adalah antara orang pertama yang bangun untuk ke tandas, rupanya pada hari itu pelajar asrama putera telah merancang untuk mengenakan kami. kalau tak silap, pagi itu aku ke tandas dengan 2 rakan lain. dan tak semena-mena, koridor asrama lelaki tiba-tiba penuh (mulanya diorang duduk di balik koridor dan kemudian serentak berdiri), lalu sama-sama serentak mengucapkan 'selamat pagi' sambil bertepuk tangan 'meraikan' kami. 

kami bertiga terus terduduk di balik koridor sebab malu gila. pastu terdengar pelajar lelaki bergelak ketawa mempersendakan kami yang bangun lewat pagi itu. cis! siapalah punya idea agaknya ya. sengal gila ah!






Comments

myQza said…
ha ha ha..

kau rasa budak2 asarama lelaki tu ingat lagi tak cerita ni?

dekat ke wey asrama lelaki dgn perempuan? atau dekat dgn toilet?
farhana said…
Sama la kita...
kelas rancngn khas =))

opsss..siapa pnya idea tu..
kalo ada yg pakai bedak sejuk kantoilah masa tu
hahahaha
mie said…
wah!!!!
mesti bangga ek!!
bukan sng nak dapat pujian tu..
hahahaaaaa
.::WaNiE::. said…
wahahaha malunyeeee hahahaha

pandai betul dorg pakat mengenakan orang

sweet memories :)
Hohohoho.. Sweet memory sungguh tu.. Awat tak kenakan depa balik. Haha.. Budak lelaki bgun lebih awal, bagus laa.. Heehee..
Ibu Ammar said…
si tedi
mesti diorg ingat. tapi yg terkena inilah yg paling ingat. asrama putera dan puteri bentuk L, hujung (tandas) agak semakin dekat ah ngan diorg.

farhana
itulah kan, idea siapa lah, nak kena sekeh tu.

mie
malu tak ingat kot, terus rasa nak tutup lampu koridor.

wanie
budak laki mmg nakal, pagi2 dah plan kenakan orang.

farhanadr
haha, kgkdg depa lewat gak bangun, tapi kitorang baik ati tak kenakan diorang. ahaha
Seimura said…
agagagaagaga!!!

gila kelakar kisah silam kau nih.

muahahahaha!!
Hafiz Yusof said…
malu beb..tapi itulah kenangan yang boleh dicerita kat anak cucu nanti..hehehhe
Cik Akma said…
uihh bgn 6 stgh pon da lewatt eh? hehehe~
bes beb ...benda macam tu biasa kami pelajar lelaki buat...masa itu kaw mesti terasa ..kalau ada peluang..nak je lempang sorang sorangkan. hahahaha
zaman sekolah memang best....

sekolah rendah sangat bez...sekolah menengah xbez sangat...tuuuutttt
Ben Ashaari said…
hehe ..blogger pertama ben review dlm segmen JELAJAH BLOG

http://www.benashaari.com/2010/04/jelajah-blog-deep-in-my-heart.html

kalau nak tambah atau komen , cepat cepat la buat ...
Adlin AM.KA said…
Rajin betol diorg dok tinjau asrama puteri kan??

Sebab tu la zaman dok hostel dulu, saya bangun lewat....

Ahahahahhaha.....
ftrhd said…
hahaha kelakar a..rajin lak dok berhimpun nak ucap selamat pagi :P

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..