cerita hari jumaat.





hari ini kita  berblogging secara rambang, menaip macam sembang-sembang, secara kadang-kadang. (ini bukan kelas pantun, ada yang nak kena terajang?). HAHAHA! ~merepek kejap~

hari jumaat adalah hari tanpa kelas. maknanya? hari tanpa kelas adalah hari dibolehkan bangun lambat, berguling-guling atas tilam toto sampai cahaya matahari menerjah masuk ke seluruh ruang rumah, senang cerita, sampai hari dah terang. (tak elok amalkan selalu, nanti rezeki mahal). sekali dua seminggu tak apa. (ini penulis yang kata, jangan percaya cakap dia).

hidup membujang macam inilah. (ini ayat orang muda selalu guna, perasan macam tak ada kerja padahal banyak kerja). tapi itulah bezanya. orang belum kawin memang life dia macam ini. asal cuti je, bangun pun lambat. bangun lambat bukan sebab malam tadi buat qiamullail, tapi disebabkan surfing internet, layan YM, layan facebook, layan blog. assignment apa cerita? tangguh dulu selagi berwaktu, astaghfirullah! (ini penulis buat jugak, apalah nak jadi).

kalau duduk rumah dengan emak. boleh tengok emak bangun pagi pukul berapa walaupun pada hari cuti. pukul 6 pagi emak dah bangun, bangun begitu awal, lepas solat subuh  terus ke dapur sebab nak siapkan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak. menu hari minggu selalunya berat sikit, contohnya nasi lemak. walaupun time cuti, pukul 7.30 dah boleh sarapan pagi. sayang emak!

makin bertambah usia, makin kena banyak belajar tentang tanggungjawab. walaupun masih muda (bajet muda lagi, =p), tapi jangan perasan orang muda boleh rileks saja goyang kaki. nak makan tengah hari pun tunggu mak panggilkan "angah, mai la makan, mak dah siap hidang nih". (lelaki perempuan sama ja), perangai macam ini kena ubah. sampai bila nak berperangai manja? malu la sket.

esok lusa bila emak sakit ke, mulalah gelabah taktau nak buat kerja, nak pasang api dapur pun siap bergaduh adik-beradik. itulah dia, kalau asyik 'suruh emak' ja walaupun dah besar panjang. duduk asrama ke hostel ke apa bukan alasan nak lari dari tanggungjawab, setiap kali cuti sekolah/semester tu boleh je nak 'tuntut ilmu dengan emak'. cuma penyakit mim alip lam sin itulah yang kena buang. 

ok, dah panjang dah menaip, sembang-sembang jugak, point penting jangan lupa ambil. ok. sekian saja cerita hari jumaat. jumpa lagi di lain waktu.



"happy day to all".















Comments

Cik Akma said…
hari jumaat. tdo smpai petang hee :D
zhrhtoodem said…
hari jumaat hari yang best!
tade kelas
dan esok adalah weekend!
oyeahhhhh
Penyapu said…
pantun yg sgt hebat! haha
Mr feckry said…
senang jer ceritanya..pergi masuk dapur sekarang
tanggungjawab tue yg penting...
kene ingat sendiri...
kene ade rase tanggungjawab...
mamai said…
wah bestnya hari jumaat
Hafiz Yusof said…
selamat ari jumaat
myQza said…
tua atau muda masing2 ada tanggungjawab.

Jumaat hari ini aku sibuk.
chokio_nia said…
owh..ari jumaat ari paling bahgie bg aku..sbb nak wiken dah..hehe
deus X machina said…
hari jumaat hari memperbanyakkan amalan
hari g semayang jumaat bagi laki beriman sepertiku
erk888
.::WaNiE::. said…
have a great weekend :D
ILA HonEyBuNNy said…
setuju...hehe..ila pn jumaat xdk cluss...sgt lah syok..huuh
hisham said…
salam...u belajar la ape2 skill ngn mak u tu...hehe

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S