Asmaradana

hari ini kita nak cerita pasal asmara. ceh, mentang-mentang baru bermimpi pasal bertunang, hormon terus jadi aktif. (kawal hormon, kawal hormon, jangan 'gatal' sangat). amboi, seronok korang gelakkan mimpi aku pasal status Facebook ya. sekeh sorang-sorang baru tau.

ini bukan cerita 'asmara' perfume 'malam jumaat', (hari ni abang balik awal tau). psstt. pssstt. bukan juga iklan produk herba manjakani perapat bikin suami tertambat. haish, annoying gila iklan-iklan 'melayu' kita. macam tak ada produk lain nak dijual. balik-balik iklan produk 'asmara'. yang tongkat ali, yang kacip fatimah. adus.

ok. serius. berbalik pada tajuk, ini kita nak cerita tentang 'Asmaradana', sebuah drama terbaru dalam slot Samarinda. yang disiarkan setiap selasa hingga khamis jam 10.30 malam di TV3.





haa, aku sebenarnya menonton cerita ini bukan kerana tajuknya. tapi kerana nak tengok pelakonnya, si cantik manis Tizz Zaqyah dan si macho Shaheizy Sam (betul ke eja?).

cerita berkisarkan Tengku Azizah (lakonan Tizz Zaqyah), yang baru kematian ibunya (Rozita Che Wan), kemudian tinggal bersama ibu saudara yang berwatak macam perempuan sihir. (lakonan Norish Karman). cerita tempatan macam biasalah, flow ringan, baru beberapa episod, dah terus terjun ke alam 'asmara'. (cintan-cintun la apa lagi modal citer melayu?). watak Amran (Shaheizy Sam) adalah hero yang miskin. ibunya seorang cleaner manakala bapanya bekas banduan. ini kes macam cinta terhalang ala-ala si penarik beca kot. (pandai2 je aku bandingkan, =p).

pelakon lain adalah watak abang adik lakonan Iqram Dizly dan Puteri Sarah (selaku sepupu Tengku Azizah).


pendapat peribadi~ lakonan Tizz Zaqyah kali ini memerlukan beliau membawa beberapa ekspresi marah demi menentang ibu saudaranya yang (macam perempuan sihir). so bila dia marah aku rasa muka dia terus hilang keayuan.

apepun kena teruskan mengikuti drama ini, barulah dapat menilai keberjayaan beliau meneruskan kerjaya lakonan setelah impak besar yang diberi melalui drama Nur Kasih.


Comments

myQza said…
tak pernah tgk sarah, sbb pukul 10.30 tu mmg kalau duduk depan tibi sure hanyut ke laut. ekekekke
Syima Syaz said…
tak tgk la sbb malam adalah masa ber blog...hehehe
tapi tgk gazed mcm best.rasa nak angkut 1 tv masuk dlm bilik
Cik Akma said…
bru tgk td, jaat tol aunty dye tu. iskk geram2!
Aku follow. Sebab aku sangat suka abg sam kita tu.. Hahahaha.. Tapi nanti azizah mcm kawen ngan iqram.. Walaupun aku suke gak iqram, tapi abg sam caner.. Hoho..

Tapi bila tiz marah, mmg lain dah.. Hahahaha..
deus X machina said…
sowieee aii tak layan samarinda beranda2 ni taw
erk888
Hafiz Yusof said…
suka gila kat tiz zakiah
chokio_nia said…
ske sam jugak..macho..=)
sue-ab said…
tak penah folo..huhuhu...
aku ikot gak cerita nie...
hehehehe...
mamai said…
kalau filem cerita cinta orang melayu mesti orang kaya...mesti ada kerabat,mesti hero hensem, mesti heroien nak kena cun, kerja mesti hebat. masih ada unsur-unsur filem hindustan...bukan benci cuma kadang-kadang tak faham
Mr feckry said…
tiz zaqiah ni makinmeletop plak
.::WaNiE::. said…
minat tiz zaqyah, sangat manis muka dia
:)
bungkus said…
kadang kadang hormon aku gatal gak
cepatlah kawan sarah...hahahah

pandai mengkritik watak, dan drama.. nasib lah kaw tau drama apa yang aku arah dah kuar kat tivi.. kalau tak mampos kena kritik hahahhaa
Jard The Great said…
da lama tak layan tv.. eehhehe
farhana said…
Nak tgk cite ni..
tp dah bnyk tinggal...
tv3 on9 pon lambat..
..sigh..

En Sam mmng hensem wohhhh...
terpana seketika masa tgk iklan hahaha
Solehah said…
btl tu sara, aku tengok pun sebab tiz..suka la dia berlakon..
Solehah said…
btl tu sara, aku tengok pun sebab tiz..suka la dia berlakon..
Solehah said…
btl tu sara, aku tengok pun sebab tiz..suka la dia berlakon..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S