mengenang budi.


salam sejahtera kepada semua. hari ini hari jumaat. jom baca entry 'berjiwa'.


pernah tak anda semua berhadapan dengan situasi dimana anda tersangat-sangat perlukan pertolongan, tapi buntu nak mintak tolong siapa. then bila ada sesiapa sudi tolong, for sure anda akan rasa macam. Ya Allah. alangkah baiknya hati orang itu, sudi bantu kita yang sedang dalam kesempitan.

hidup ini ibarat putaran roda, hari ini kita susah, ada orang tolong kita. akan datang bila kita terlihat kesusahan orang, walau siapa pun dia, harusnya kita hulurkan pertolongan setakat termampu, kita kena ingat bahwa ini adalah masanya untuk membalas budi. walaupun bukan pada orang yang sama. dan begitulah seterusnya.

apabila kita ditolong, tak lain yang ada dalam hati, setulus doa sebagai tanda penghargaan, sebab tak pasti, akan datang berpeluang atau tidak membalas budi. tapi dengan berdoa. Allah Maha Kuasa. Dia sajalah yang dapat  membalas kebaikan seseorang.


hari ini hari jumaat, mari kita menabur budi sekarang juga. tidak susah, tadah tangan anda, lantas berdoa. untuk kesejahteraan semua. sama ada untuk yang masih hidup, atau yang telah meninggal dunia. ^_^



p/s: Innalilah dan Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi. (terkenang komik Ujang).

Comments

myQza said…
bila kita perlukan pertolongan.. dan orang tolong.. lepa stu kita cakap.. terima kasih kerana tolong saya. InsyaAllah.. di lain hari sy akan tolong awak pula.

alangkah indah kalau dia kata. 'awak x dapat tolong sy pun x pe.. tp tolonglah org lain yg perlukan bantuan!'

:)
.::WaNiE::. said…
thx..

mmg kadang2 kita ada dalam situasi mcm ni
Lucy S. said…
hari ni kita tlg org, esok lusa insyaAllah ada yg tlg kita :)
Cik Akma said…
al-fatihah. teringat cte spontan =(
Mr feckry said…
pasni camni dengan wuhai beramboi?
kodok teringat arwah din. kalau selalu lepak ngan dia kami suka cakap benda yang tak masuk akal.

memanglah apa dia cakap kat kodok,
orang cakap kita gila. tapi sebenarnya kita ini gila gila jer. yang penting boleh menghiburkan org.

memang arwah selalu menghiburkan orang. hingga dia sakit pon dia menghiburkan. kini dia telah pergi salamnya.budinya terlalu besar untuk kita..kerana dialah peneman kita sedih, menangis dan sunyi. dialah pelawak yang membuat kita ketawa.

din aku akan ingat persahabatan kita.

p/s kodok pergi pengkebumian din beramboi. bleh tgk pin dalam blog kodok.

http;//cintasangkodok.blogspot.com
Bila disebut soal budi, sampai mati pun kita takkan boleh lupa..
meo188 said…
al-fatihah...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S