beralih susu.



kali ini kita nak cerita pasal susu, mungkin bakal membongkar rahsia untuk kekal sihat. ceh, tipu. (bukankah selalu saja sakit-sakit?). ok. sebenarnya ayat yang lebih tepat adalah membongkar rahsia kulit cantik, minum susu kulit boleh jadi cantik. (bukan ke itu kalau mandi susu?) alamak. tipu lagi. sungguh kasihan. anda dipermainkan di perenggan pertama. hAk.hAk! (sebenarnya aku je yang gelak, :p)

perenggan seterusnya bukan cerita tipu:-

ok. once upon a time, entah lah tak berapa pasti bilakah waktunya. aku berminat untuk minum susu. macam nak kena minum susu hari-hari. kononnya macam nak jaga gigi dan tulang. bukan ke cikgu di sekolah selalu suruh minum susu supaya gigi dan tulang mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. malah iklan di TV juga selalu berkempen minum susu. ok, pengaruh iklan. aku terpedaya.





selama bertahun-tahun, aku hanya minum susu tepung everyday. suka sangat rasa susu ni yang sedap walaupun  minum tanpa gula. sebenarnya aku rasa minum susu ni penting bagi seorang perempuan. sebab perempuan ni akan kehilangan kalsium secara banyak bila mengandung nanti. dan bukan ke osteoperosis adalah ancaman utama kepada wanita?.

ok, baru-baru ini, (sebenarnya sebulan yang lalu), aku telah beralih susu. macam gedik nak minum susu jenama lain, konon-konon nak bertukar selera supaya bertambah selera. rupanya ia bukan sesuatu yang mudah. macam satu cabaran tahu?! beralih susu ini sangat sukar, sangat sukar bagi sebuah tekak untuk belajar terima susu lain setelah saban tahun setia bersama susu everyday. 



inilah dia susu baru pilihan saya.


mungkin aku pilih susu ni sebab terpedaya dengan iklan susu ini kat TV,  nampak Amy Mastura yang comel sebagai duta. atau mungkin terpedaya bahawa susu ini kononnya dapat mengurangkan kolesterol. haha, entahlah. main beli je, apa yang penting, pastinya ia jauh lebih baik daripada sebotol Coke. rite?

rasa susu ini, macam agak wangi. then aku terus rasa macam nak muntah meminumnya. minum segelas makan masa lebih sejam. cuba bayangkan betapa sukarnya. bila jadi macam tu, perasaan nak bancuh susu ini terus terbengkalai. seminggu sekali je minum. sumpah tak lalu dek tekak. lepas tu, aku macam fikir, kalau macam ini bilalah susu ini akan berjaya dihabiskan.




minum milo anda jadi sihat dan kuat!. sihat itu mungkin ya tapi kuat itu macam tipu. kuat makan saja kot. sebab itu berat pun naik dengan jayanya. 53 kilogram dah sekarang, akhir tahun ini tak mustahil boleh mencecah 55 kilogram, haHaHa. (begitu senang sekali beratku bertambah). berbalik pada cerita susu. demi menyelesaikan isu loya susu yang wangi tersebut, susu itu harus aku bancuh bersama milo, dan kemudian barulah tekak dapat menerimanya dengan pantas, tak sampai 5 minit boleh habiskan segelas.

akan datang, mungkin nak bertukar minum susu Anlene pulak, mungkinkah terpedaya dengan iklan michelle yeoh pula?, entahlah.


ok, habis dah cerita susu. jumpa lagi di lain kali. =)


p/s: bukan semua perempuan suka minum susu. tapi semua perempuan akan menyusukan. :p 


Comments

saya jarang minum susu walaupun tahu kepentingan susu utk badan.
kadang2 saja bila teringat akan beli susu kotak Dutch Lady
myQza said…
minum oligo coco :)
Aku minum gak everyday tu, tapi aku allergy tiap kali pas minum, badan aku bengkak2.. Huhu.. Sejak dari tu, aku tak minum susu dah.. Hik hik..

Kawan-kawan aku kate anlene tak sedap.. Hmmmm.. Kena perah susu lembu sndiri arr pasni, fresh sket.. Ahaks..

~ aku minum pearl kacip fatimah.. dekat 3 taun gak arr.. pastu aku stop.. hehehe..
Hafiz Yusof said…
susu bagus..tapi kalau over sangat mau muntah,,,hehhehehe
ayat p/s sgt setuju...
hehehehe...
.::WaNiE::. said…
eh ingatkan omega plus tu untuk orang tua hahah xsenonoh la saye hahha

yelah bile tengok iklan mesti rasa macam kene minum ni kene minumm

tapi xstart2 sebab loya nau tekak kalau minum susu hahaha
kodok suka minum susu kambing, minum susu boleh jadi putih tak?
Anonymous said…
saya suka minum susu, tiap2 hari minum susu.. Tekak saya boleh menerima semua jenis susu tepung, kecik2 dlu minum susu everyday la, tp bile dah besar ni, sejak sekolah menengah hingga sekarang, sy minum susu anlene!!!! Peace :)
Seimura said…
alamak... gua tak minum susu. kena belajar ni, sebab bakal jadi ibu. muahahahaha!!!

(tak tahu la tahun bila baru bergelar ibu tu. agagaga)
.Gha A. said…
susu tepung memang tak minum. tapi fresh milk minum.

p/s: teringat kt dewan makan SMKAS dulu, kalo bancuh milo mesti guna susu tepung. eii x sedap!
Qiha Aziz said…
suka susu dutch lady. tak pernah berubah :)
Cik Akma said…
err susu? x sukeee laa. cmne nk kuattttt :(
chuchasephia said…
saya dh lama mnum susu everyday ni''mmg sgt2 sedap..
Nur Syahirah said…
NAK TANYA saya sekola menengah susu everyday ok ke untk umur mcm saya erk . dan susu OMEGA PLUS yg mana sesuai untuk saya juga erk :")

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..