Posts

Showing posts from March, 2010

mengimbau kenangan Part I

hari ini, aku nak ceritakan tentang kisah dulu-dulu. time aku sekolah kat SMK. Munshi Ibrahim Labis (mengikuti kelas Rancangan Khas Agama form 1-3 ). dalam jangka masa 3 tahun berada di sini sebagai student. sumpah! ianya adalah musim persekolahan yang terindah. seandainya aku boleh pinjam mesin masa Doraemon, aku memilih untuk kembali ke fasa persekolahan ini. batch aku, merupakan batch pertama yang mengikuti kelas Rancangan Khas Agama di sekolah ini. bezanya dengan pelajar lain, kami mengambil 9 subjek untuk PMR, dengan penambahan subjek Bahasa Arab Komunikasi. masih ingat lagi tenaga pengajar subjek ini. pasangan suami isteri Ustazah Husniah dan Ustaz Harun. (teringatkan anak lelaki mereka, Farhan. yang dulunya kami pelajar perempuan berebut-rebut menggendong, kini sudah bersekolah rendah, darjah 3 kalau tak silap.) ~ peredaran masa adalah sesuatu yang ajaib bukan? ~ dalam kelas ini, ada sebilangan rakan-rakan yang memang telah aku kenali sejak sekolah rendah. kalau tak silap...

manusia itu....boleh berubah.

kita semua memang boleh berubah, mungkin susah, tapi bukan mustahil sekiranya kita mahu mencuba. satu-satunya penghalang besar kepada perubahan adalah diri sendiri. seorang yang pasif pernah bertanya, 'macam mana nak bercakap dengan orang, sedangkan saya begitu pendiam, saya sukar diajak berbual, malahan sukar juga untuk ketawa'. apabila di suggest kan begitu begini. dia asyik kata tak boleh , katanya dia memang semulajadi sudah begitu. pasif dan pendiam. bagaimana kita boleh berubah sedangkan kita sendiri yang gemar berdalih dan tak pernah mencuba ? keep on trying! kita asyik bertanya bagaimana dan bagaimana caranya berubah. sayangnya, berapa kali sebenarnya kita mencuba? apa salahnya berubah kerana orang lain? - bukan soal tak ikhlas, cuba fikirkan, asalkan perubahan itu ke arah yang lebih baik, doesnt matter la kerana siapa pun. mulanya mungkin kerana orang lain (someone special ke apa). tapi lama-kelamaan, kita sendiri akan sukakan perubah...

budak gemuk di TAG.

ini entah TAG zaman bila. zaman pak kaduk kot. haha! tak. tak. Tag ini telah diberi kepadaku pada minggu lepas. siapa yang bertanggungjawab?. haa. ini dia si gadis manis persis mutiara Ananstasia Ann . eceh. (ayat manis bergula). orang kata main TAG ni dapat mengeratkan ukhwah antara bloggers. sebenarnya dapat korek rahsia orang kan?. HAHAHA! tapi tak apa. I redha di terjah sikit-sikit begini. :p dan soalan-soalannya adalah:- 1) siapakah diri anda di rumah? aku adalah kakak yang cool. selalu main-mainkan adik-adik perempuan ku yang cute-cute. lepas tu akan gelak sama-sama. harus jadi kakak yang baik. so senang nak memerintah bila perlu. oh NO. bukan memerintah secara diktator, tapi merayu mintak tolong dengan manja sekali. haha! tak boleh blah. 2) siapakah diri anda di samping rakan? kalau nak cari kawan yang tak banyak songeh, memang akulah orangnya. so aku pun macam tak layan sangat songeh orang. sorry naik lorry. nak bercerita about personal life dengan rakan, mungkin h...

emosi:- si pendiam lebih merbahaya?

si pendiam yang dimaksudkan bukan merujuk kepada orang yang jarang bercakap, tetapi lebih kepada orang yang 'no response' . always bibirnya menyebut, 'ok' at all . orang yang kurang bercakap sebenarnya ada bagusnya. kalau banyak bercakap tapi percakapannya banyak menyakitkan hati tak guna jugak. yang seperti itu kalau di cili mulutnya memang indah sekali. HAHAHA ! berbalik pada tajuk, perasan tak? mereka yang selalu ada masalah psikologi, kebanyakkannya adalah si pendiam. si pendiam ini biasanya 'no comment' atas segala perkara. senang kata, golongan ini nampak macam 'tak kisah' . semua macam orait. sedangkan dalam hati dia. langsung kita tak tahu. si pendiam yang tidak bereaksi. yang always no respon adalah sukar dibaca hatinya. kita tidak tahu. benarkah dia diam itu tandanya dia redha . atau diamnya dia tetapi menyimpan dendam. emosi itu adalah fitrah manusia. mengekspresikan emosi itu perlu. supaya kita sihat selalu. tidak stress diam-diam sehing...

wedding abang Udin.

Image
hi semua, seperti yang anda sedia maklum, weekend yg lalu. abang saudara penulis telah melangsungkan perkahwinan secara sederhana di Felcra Bukit Kepong, dan di sinilah penulis jatuh hati dengan hero korea. (geli gila). kat sini ada beberapa gambar pengantin, tapi bukan aku yang snap gambar-gambar ini. tapi adik aku yang 8 tahun n 11 tahun yang gilir-gilir melaksanakan tugasan. sebab kakak dia tak tertarik dah nak tengok pengantin, asyik tengok mamat korea. (geli gila lagi). pasangan raja sehari..Nasaruddin  & Norhayati. nampak tak, suasana wedding di kampung?.. si baju hijau itulah pasangan pengantin kita pada minggu ini. ini adalah sesi melontar coklat dan duit syiling. sesi makan beradab, kalau tak silap, time ni tengah doa. mungkinlah. ini tak payah explain, sebab penulis macam jealous tengok gambar ini. uwaaa! bilalah turn aku ni?! tiba-tiba malas nak letak watermark, haha! dulu masa skola rendah, suka sangat nak cabut lidi bu...

sedikit description about dot.dot.

apa ntah terjadi. tetiba apa yang ditaip tidak tersave. jadi entry ini menjadi pendek tiba-tiba. senget tol! baca sajalah ya...=) kronologi jatuh hati:- mula nampak dia masa kejadian tayar meletup tempoh hari. masa ini nampak dia tapi tak tersuka pun. langsung tak. sebab dia nampak macam samseng, rambut kaler sikit. malam kejadian, terselisih dengan dia, masa tu dia baru lepas mandi. then rambut kaler tu tak nampak dah. malam yang sama, dia keluar dengan dressing baju melayu lengkap. masa inilah. macam ada renjatan elektrik. phew! hari ini. walaupun nampak dia smoking. tetap suka jugak tengok. p/s: -entry ini macam poyo, nak muntah ke apa dipersilakan. -walaupun poyo, ia adalah catatan supaya aku boleh gelak bila baca balik di masa akan datang.

kenapa mudah jatuh hati.

kenapa... siapa ada jawapannya? aku nampak hero korea.... versi malay. dan terjatuh hati..................... sejak dua hari ini, nampak dia macam angel. pheww! aku akan pulang petang ini... hero korea juga pulang ke kuala lumpur.. mungkinkah berjumpa lagi? hoh! now, pukul 12.50 tgh hari. pengantin bersanding jam 2.30 petang. tapi macam dah tak tertarik tengok pengantin. apakah?!   p/s: aku akan jawab tag dan terima award di kuala lumpur nanti, sabar ya kepada pemberi tag dan award tue...

oh kampungku.

Image
huhuhu. dapat update. ada streamix sesat nih, tumpang mintak halal yea. =) semalam sampai Labis jam 3.45 pagi. mak dan abah dah tunggu kat stesen keretapi. dan pagi tadi, aku bersama emak dan abah balik Kg. Tiong Baru (kampung emak), sebab atuk saudara belah emak meninggal dunia. tapi kami sampai agak lewat, betul-betul jenazah sedang disembahyangkan. sebenarnya memang tak sangka atuk saudara akan pergi secepat ini, sebab usianya hanya lebih tua setahun daripada usia abah. paling kesian, kat anak-anak arwah, dah jadi yatim piatu. emak diorang pun dah meninggal dunia 4 tahun lepas. sebak gak tengok anak bongsu arwah yang form 4 menangis tak henti-henti. itulah, ajal maut itu rahsia. tak siapa yang tahu bila tiba waktunya. kami bertengahari di rumah atuk abah. memang tak ada sesiapa kecuali nenek dengan cucu yang beliau besarkan. sembang-sembang dengan nenek, aduhai, nenek pun dah makin tak larat. mengah-mengah selalu. tapi tetap rancak bercerita. mungkin nenek sunyi. so bila anak ...

lintas langsung dari kl central.

Image
 tuan blog berada di depan laptop, bertemankan sebotol vanilla Coke! ini adalah entry mengisi masa terbuang di kl central, sementara itu, boleh juga tambah traffic ke blog. sambil menaip, kita minum air coke. (ini Dr. Sufian punya pasal, asyik minum coke depan student tiap kali kuliah, aish. terpengaruh beb). pada mulanya aku menunggu pakcik untuk pulang ke kampung bersama-sama. senang citer, aku nak tumpang kereta beliau je. then lepas maghrib tadi dia bagitau aku yang dia tak dapat balik hari ni. dia balik esok jam 3 petang, sebab tunang dia ada hal. so.. aku tak bleh dah nak tunggu esok. sekejap sangat  kat kampung nanti. nak tak nak, aku decide untuk balik malam ini. aku memilih untuk naik train, coz akan sampai lebih dekat dengan rumah. (dalam 15 minit), train aku pukul 10.30 malam ini. mungkin aku akan sampai Labis jam 3.40 pagi. masa aku call abah bagitau benda ni. cam biasalah, kena bebel seminit dua. dah tu. nak buat macam mana, pakcik kesayangan aku...

nak balik kampung sebab kawen.

kita nak balik kampung. yea! malam tadi siap mimpikan nenek. Ya Allah. punyalah tak sabar nak balik kampung. lepas tu, siap mimpikan mr.S. kenapa  macam lah fun sangat mimpikan beliau?. hakhak. entahlah. menyibuk saja kau masuk dalam mimpi aku. syuh. syuh! mimpi bercirikan mainan tidur tidak perlu diambil endah. ceh. macam ada pula mimpi bercirikan cerita benar. entahla. taktau. aku bukan pentafsir mimpi. aku cuma tau tidur dan mimpi. dan kadangkala walaupun tidak tidur tetap juga bermimpi, haaa. itu namanya berangan. fantasia sungguh. well, mungkin akan tak update blog untuk esok dan lusa. tapi kalau ada connection streamix yang sesat. mungkin akan update. tak sure. kalau ada tu ada la. kalau tak ada nak buat macam mana. takkan nak hentak kaki mintak adakan jugak. jangan ngada-ngada. jangan kau over, apa sangatlah aktiviti update blog. bukanlah fun sangat pun. :p tumpang tanya, ni siapa yang akan kawen sebenarnya? - my cousin, known as abang Udin. walaupun nama cam kampu...

bad guy story..

Image
"sejahat-jahat lelaki, tetap akan memilih perempuan yang baik". aku taktau sejauh mana benarnya statement ini. tapi aku selalu jumpa quote ini di mana-mana. dalam drama, dalam novel, dan mungkin juga dalam blog kalian. if that statement is correct, so...Life is unfair. maybe bagaimana perasaan 'bad guy' bila jatuh cinta? mana mungkin lelaki jahat tidak berjiwa. sebab perasaan cinta adalah milik semua. haruskah diberi peluang? macam mana? nak terima atau tolak mentah-mentah. aku percaya semua orang ada 'nilai jahat' dalam diri masing-masing. of course. nobody's perfect. but, everyone always pretend to be good person. It's only an acting. Am I rite? nice person doesnt exist. I guess. so, we are all bad. HAHA this is just an entry, and Im not related in. Now, What say you?

Asmaradana

Image
hari ini kita nak cerita pasal asmara. ceh, mentang-mentang baru bermimpi pasal bertunang, hormon terus jadi aktif. (kawal hormon, kawal hormon, jangan 'gatal' sangat). amboi, seronok korang gelakkan mimpi aku pasal status Facebook ya. sekeh sorang-sorang baru tau. ini bukan cerita 'asmara' perfume 'malam jumaat', (hari ni abang balik awal tau). psstt. pssstt. bukan juga iklan produk herba manjakani perapat bikin suami tertambat. haish, annoying gila iklan-iklan 'melayu' kita. macam tak ada produk lain nak dijual. balik-balik iklan produk 'asmara'. yang tongkat ali, yang kacip fatimah. adus. ok. serius. berbalik pada tajuk, ini kita nak cerita tentang 'Asmaradana', sebuah drama terbaru dalam slot Samarinda. yang disiarkan setiap selasa hingga khamis jam 10.30 malam di TV3. haa, aku sebenarnya menonton cerita ini bukan kerana tajuknya. tapi kerana nak tengok pelakonnya, si cantik manis Tizz Zaqyah dan si macho Shaheizy Sam (betul k...

10 minit menaip.

p/s: baru selesai mengemas blog. kasi betulkan mana-mana yang senget. :p jam berapa sekarang? 1.50 am. belum tidur lagi? takkan la orang tidur boleh update blog.. kenapa belum tidur? lepas update ni I tidur ok. selepas pulang dari kelas, kepala sakit macam.. macam apa ntah tapi memang sakit bukan kepalang. berjam-jam sakit, dalam bilik air terduduk lama (menahan sakit kepala) sehingga terfikir, 'owh my God. adakah aku ada ketumbuhan?'  taktau adakah pemikiran begini disebabkan pengaruh drama TV atau apa. tapi memang itulah yang difikirkan. sambil tertanya-tanya sendiri. kalau ada ketumbuhan kita boleh tau ke? atau kena pi check doktor?. ish. memang drama lebih la aku ni. Astaghfirullah. 2 hari lepas, mengalami mimpi aneh. mimpi aku ditunangkan/ bertunang. macam betul saja mimpi tersebut. pulang saja ke rumah emak, terus saja disuruh bersiap-siap pakai cantik-cantik, lepas tu ada orang masuk bilik untuk sarungkan cincin tunang. dalam mimpi tu siap terfi...

jerawat oh jerawat..

Image
ada tak sesiapa kat sini yang tak kenal jerawat? mungkin sebab dia tak pernah berjerawat walau sebutir pun. ok, menurut kamus 'nursarah', (olahan daripada wikipedia), jerawat adalah keadaan abnormal kulit akibat pengeluaran minyak (sebum) secara berlebihan yang menyebabkan kalenjar tersumbat lalu membentuk...erm, membentuk bintik jerawat lah, apa lagi. jerawat biasanya 'keluar' di bahagian muka, tetapi ada juga kes jerawat yang 'keluar' di bahagian lain seperti di bahagian dada atau belakang badan, jerawat sebenarnya tidak merebak, dan tidak pula berjangkit. senang kata ianya adalah abnormaliti kulit yang biasa dan boleh dikawal dan dirawat. nak tau lebih lanjut tentang jerawat, boleh search kat google. sebut pasal jerawat, teringat kisah waktu tingkatan 5, cikgu BM kami Pn Sima, pernah bertanya kepada murid sekelas kami, "kenapa saya tengok pelajar lelaki ni berjerawat, pelajar perempuan tak ada pun yang berjerawat?" hakhak. nak gelak kejap. s...

no sweat

Image
cooling protection against perspiration, 0% alcohol, anti-whitening dalam keadaan cuaca siang hari yang panas begini, tidak hujan dan tidak redup, badan kita akan lebih cepat berpeluh, dan perkara ini biasanya akan mendatangkan masalah bau badan. sebelum ini,  penggunaan deodorant 'roll' selalunya menjadi pilihan, tetapi sejak adanya Adidas Action 3, ianya adalah lebih mudah lagi. deodorant jenis 'spray' ini adalah lebih berkesan dan lebih memberi kesegaran kepada tubuh badan sepanjang hari. Adidas Action 3 adalah product keluaran Adidas, satu jenama yang terkenal di seluruh dunia dan diyakini oleh semua terutama bagi mereka yang seharian bergerak aktif. Adidas Action 3 ini terdiri daripada beberapa jenis seperti intensive, control, sensitive dan lain-lain, namun demikian, Adidas Action 3 'Fresh' adalah salah satu pilihan yang sesuai untuk dipakai oleh semua, dengan hanya sekali semburan, rasa sejuk beserta bauan segar dan wangi akan kekal se...

hanya jauhari mengenal manikam

Image
pheewwiitt! kembali normal. thanks to all commentators and readers. thanks to ANJELL! semalam layan episod-episod best yang lucu dalam drama YAB. ada seorang dua yang memandang serong, tapi tetap ada berpuluh insan yang memahami. kumawo! manusia memang aneh. suka membuat penilaian membuta tuli daripada mengenali hati budi, berlagak pandai berkata-kata, tindakan sehabuk pun tak ada. hanya pandai berdebat,  nak tunjuk dia hebat. manusia-manusia aneh ini, tidak pandai menganalisa teguran. lebih suka mencari salah orang daripada membetulkan kesalahan diri sendiri. manusia memang beraneka macam, dan, ~hanya jauhari jua yang mengenal manikam~

why do I love my loyal readers?

hari ini, ada sesuatu yang benar-benar mengguris hati saya. sampai saya menangis tersedu-sedan. sepanjang saya berblogging, tak pernah ada readers blog saya yang mengeji saya. malahan saya sekalipun tidak pernah diserang anonymous. sebab itu saya begitu sayangkan my readers. dan hari ini, orang luar yang entah siapa-siapa. telah menilai saya dengan begitu jelik hanya dengan membaca sebaris ayat gurauan daripada saya. betapa sedihnya saya. Tuhan saja yang tahu. kalau anda adalah readers saya yang sejati, silalah bagi kata-kata semangat kepada saya. dah sejam saya menangis tak henti-henti. this is why, i need my loyal readers. Thanks for loving my words.

belon-belon udara panas ~ Putrajaya.

Image
belon. belon. belon bukan sebarang belon. belon bukan untuk dijual. belon hanya untuk ditengok. masuk free. masuk free. selamat datang ke putrajaya. (amboi, punya bagus ayat welcome dia suruh orang datang ramai-ramai). bila dah tersangat ramai, parking pun tak da. terpaksa menengok belon dari kejauhan saja, sebab parking kereta sampai block kereta orang yang lebih awal (no choice). so kenalah duduk di sekitar kereta sahaja. ini namanya kerjasama, nak bagi mudah orang lain kalau-kalau ada yang nak blah awal. kalau kau tak bagi kerjasama nanti kereta kau kena calar. ada berani?! pheewit. budak-budak comel bersama si ibu yang gojes. inilah dia, my aunt dan anak-anak yang heret I tengok belon. kami tiba di sini jam 5.35 petang. kami berada di atas jambatan. takde pilihan. beribu-ribu yang datang semalam. jalan sesak, parking sesak. ~redha~ belon punya pasal. ini pokok apa? pokok berdaun. tak berbuah. mungkinlah. ini adalah pemandangan pada jam 5.50 petang. belum gelap se...

gejala cinta Lombok.

Image
my name is Lee Min Ho. Im not Lombokian. semalam kan. eh. tak pasti semalam ke bila, (lupa dah, mungkin kerana terminum air yang ada semut, =p). ok. ceritanya begini. baru-baru ini, ada dengar berita kat TV pasal negara kita nak stop serta-merta daripada mengambil pekerja asing dari Lombok. ini adalah untuk mengelakkan gejala Lombokians ini 'mengheret gadis tempatan' bawak balik ke negara diorang. sebab kes ini sudah sampai tahap membimbangkan. ramai gadis tempatan yang berkahwin di Lombok akhirnya 'merayu-rayu' untuk pulang ke tanah air. dan diantara mereka, kebanyakannya sudah beranak-pinak di sana. bila dah ada anak kecil, baru sedar bahwa cinta saja tak cukup untuk 'hidup'. sebab kita hidup ni bukan 'makan cinta'. kita semua makan nasi. anak kita nak membesar sihat minum susu nespray. (bukan murah tahu!). sebenarnya, gejala 'cinta Lombok' ini lebih banyak melibatkan gadis tempatan yang masih mentah. yang belasan tahun mungkin lebih...

cerita hari jumaat.

Image
hari ini kita  berblogging secara rambang, menaip macam sembang-sembang, secara kadang-kadang. (ini bukan kelas pantun, ada yang nak kena terajang?). HAHAHA! ~merepek kejap~ hari jumaat adalah hari tanpa kelas. maknanya? hari tanpa kelas adalah hari dibolehkan bangun lambat, berguling-guling atas tilam toto sampai cahaya matahari menerjah masuk ke seluruh ruang rumah, senang cerita, sampai hari dah terang. (tak elok amalkan selalu, nanti rezeki mahal). sekali dua seminggu tak apa. (ini penulis yang kata, jangan percaya cakap dia). hidup membujang macam inilah. (ini ayat orang muda selalu guna, perasan macam tak ada kerja padahal banyak kerja). tapi itulah bezanya. orang belum kawin memang life dia macam ini. asal cuti je, bangun pun lambat. bangun lambat bukan sebab malam tadi buat qiamullail, tapi disebabkan surfing internet, layan YM, layan facebook, layan blog. assignment apa cerita? tangguh dulu selagi berwaktu, astaghfirullah! (ini penu...

How To Train Ur Dragon.(3D Animation Movie)

Image
Animasi terbaru dari director filem Shrek dan Madagascar! bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Mac 2010!. siapa yang tak pernah tahu tentang movie Shrek dan Madagascar ? dan kali ini, pengarah yang sama sekali lagi menghasilkan 'buah tangan' terbaik untuk tatapan peminat animation movie seluruh dunia! How To Train Your Dragon. Sinopsis:- tersebutlah sebuah kisah. di satu perkampungan manusia yang hidup bersama komuniti naga. (bayangkan cerita ini bersuasana purba, macam zaman batu la lebih kurang).  oleh sebab mereka hidup bersama dengan komuniti naga. membunuh naga adalah ibarat tradisi perkampungan ini. membunuh untuk mempertahankan diri, keluarga dan ternakan. (kambing biri-biri sangat cute dalam animasi ni, haha!).  akan tetapi segalanya mula berubah apabila suatu hari, anak kepada ketua kampung ini telah bertindak menyelamatkan seekor naga dengan melepaskannya daripada ikatan. dan semakin hari, beliau telah menjadikan anak naga ini sebagai...

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Image
Hi Readers! Date: 17th April 2010 Time: 10am till 5pm Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Have some free time on that day? come and join me! I will make sure that I will come to that place on that day to attend the super fun Gatsby Deodorant Street Fair. There wil be a lot of exciting fun-fair games on that day - Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair! not only that, the most happening thing is the lucky draw and  various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs. definitely there's no regret if we come! For more information about this event, we can refer to www.gatsby.com.my/streetfair . Think about it, and quickly decide to come! see u there!

terima kasih Kong.

bukan cerita KingKong okey. ini cerita manusia. ok, benda happy. kita kena kongsi sekalian alam. benda aib, simpan diam-diam. tak aib sangat tapi scary. hei. bila teringat memang rasa nak kasi penampar saja kepada pemandu kereta Honda yang hampir melanggar ku semalam. ok, ada selingan kejap, baca dulu. ada kan, bila lampu isyarat sedang merah. dan susunan kereta kat jalan raya macam rapat-rapat. dan kita berada di tengah-tengah. (bukan di garisan belang-belang yg bunyi TEET.TEET untuk melintas tu, bukan yang itu) so ianya macam peluang untuk kita melintas jalan. (eh kau boleh bayangkan tak situasi ni?). ok. ada diantara kereta ni, agak lah berjarak sedikit. so si pejalan kaki yang innocent ini berfikir bahawa "mesti minah ini nak bagi laluan kat aku melintas". dan sebaik sahaja aku berjalan nak melepasi kereta tersebut. dengan poyonya kereta itu bergerak (macam nak langgar aku). YA Allah! scary u know?! tinggal  1 cm je kot jarak kereta tu dengan aku. I dun know kat ...

lelaki cool lebih diminati.

Image
ciri-ciri lelaki cool dari kacamata penulis:- - tidak selalu mengungkapkan sayang. bukan kerana ianya tidak penting. tetapi kerana ianya sangat berharga.    - tidak mempamerkan rasa cemburu. bukan kerana tiada perasaan, tetapi kerana perasaannya adalah rahsia. - tidak terlalu mengongkong, bukan kerana tidak sayang, tetapi atas dasar mempercayai. - tidak terus memarahi, tetapi lebih dahulu menasihati. - bercakap dengan hujah, berhumor dengan senyuman. - tidak kelihatan berlagak tetapi tetap nampak bergaya. - tidak gelabah mendepani emosi wanita. bukan kerana gentar, tetapi kerana kebijaksanaan. mr.cool , sila datang kepada saya, sure I tak tolak punya. HAHAHA! pesanan penting:- anda memang tidak cool sekiranya anda menyangkal ciri-ciri diatas.

betul ke seorang blogger minat menulis?

Image
nama pun blogger, mestilah minat menulis. - is it true? ini adalah pandangan daripada yang bukan blogger. mereka beranggapan seseorang yang ada blog adalah seseorang yang minat menulis. aku pernah gak ajak kawan-kawan aku yang tak ada blog supaya buat blog. then diorang jawab, " aku tak minat menulis, taktau nak tulis apa dalam blog, aku suka baca je blog orang ". memang they all baca blog aku. sebab tu cerita dalam blog aku ni tak lari jauh. tak gunakan gaya bahasa yang susah. tak ada sangat unsur metafora hiperbola sastera. (macam pandai nak bersastera. heh). of course. aku memang minat menulis/mengarang, dulu masa 1st year, time cek assignment, tutor aku cakap macam ni, "eh, baguslah tulisan awak ni, pandai awak mengolah ayat, awak ada blog eh".  no.no. masa itu aku belum ada blog. then tutor aku kata, "ada bagusnya awak buat blog. awak 'boleh' menulis ni". (padahal bahasa melayu SPM cuma dapat A2. langsung tak terer), so. setahun kemu...