fleksibel.



p/s: at least one entry per day.harap2 konsisten. ~wink~


nak jadikan sesuatu perkara 'asing' sebagai best bukanlah mudah. kalau kita tak biasa kita akan kata tak suka. contohnya orang yang dah biasa tido atas tilam empuk queen size mesti tak akan suka tido atas tikar. manusia lumrahnya begitu, hanya sukakan perkara yang mereka biasa lakukan sahaja. nak 'adapt' pada something new memang makan masa yg lama, silap2 refuse terus. tapi pokok pangkalnya, adalah mind set kita sendiri. sejauh mana kita ini boleh 'fleksibel' terhadap sebuah kehidupan.

contoh lain, kalau seorang lelaki yg handsome dan kaya, selalunya memiliki mind set mahu ber'makwe'kan wanita cantik, maka ini menyebabkan dia takkan ada 'feel' bila kat depan mata dia ada wanita yang kurang cantik. padahal wanita kurang cantik ni selalu saja ada dengan dia waktu senang atau susah, tetapi still juga dia 'buta'. ini kerana dia merasakan yang kurang cantik adalah 'asing' bagi jiwanya. senang kata 'not my taste'.

ok, contoh lagi. bila seseorang itu tak berselera nak makan 'daging kambing'. mind set dan jiwa raga dia hanya fikir bahwa kambing ni tak pernah mandi dan berbau kambing. maka dia refuse untuk makan daging kambing. mind set dia sudah begitu maka susah nak ubah, terus degil juga tak moh makan daging kambing walaupun kadang2 masakan kambing tu sudah tidak ada bau kambing lagi. padahal kalau difikirkan, macamlah ayam mandi walaupun ayam memang akan berbau ayam. tapi ayam tetap juga disukai ramai.

kenapa perlunya sikap fleksibel?

kadang2 ianya adalah penting dan perlu, kerana kita bukan hidup sendirian didunia ini, kita hidup berkomuniti. bermasyarakat. kalau bukan hidup berlima, mungkin juga hidup berdua. walaupun hanya berdua, tidak mungkin 100% punya kebiasaan/kesukaan yang sama.

apa yg kita biasa /suka, mungkin bukannya kebiasaan/kesukaan bagi orang lain. kalau kita boleh tido mati dalam keadaan hingar-bingar, orang lain mungkin berbeza dari kita. kalau favret food kita hanya ayam dan ayam sahaja tiap2 hari, mungkin orang lain ada pula yang langsung tidak makan ayam. kalau kita suka kaler pink sampai segala barang pink sampai cat rumah pun kaler pink, orang lain mungkin tidak se'jiwa' dengan kaler yang kita suka.

sejauh mana kita boleh fleksibel->(menerima perubahan walaupun  hakikatnya kita tidak suka) adalah juga dikatakan sebagai 'toleransi'. asalkan kita tidak degil dan keras kepala, kita boleh bersikap fleksibel. berkenaan apa yang kita suka, apa pun pendapat kita, ia tidak semestinya baik di mata orang lain. kalau kita dibidas dengan cara yang baik, kita patut terima juga. kalau semua orang nak 'keraskan rahang', semua perkara tidak akan berjalan lancar.



fleksibel.
-> walaupun ianya nampak seperti sesuatu yang kecil, tapi ianya adalah sangat bermakna.






kerana kita, insan bersaudara.





TammaT.

Comments

Anisa said…
gud sarah..
:)

ianya nampk seperti kecil
tp sgt bermakna
avid said…
toleransi. flexible. sama je.
banyak songeh, tak maju la jadinya.
Si budak Aboi said…
feh tagline bwh tu yg mahal!
Fleksibel atau tak cerewet.. Err.. sama ke ek sara? huhu.. ;)

~ aku tgk pada tmpat gak arr kalau nak fleksibel.. hehe.. oh ye.. gud luck untuk one entry per day.. sama ngan aku.. haha.. harap2 dpat laa wat.. ;)
adie said…
dlm hidup ini kita perlu fleksibel sebab tak semua yg kita rancang menjadi kenyataan.so,kita perlu fleksibel tuk menukar plan.
sgt bagus ape ko kate kan...
memang kite perlukan sikap ini...
hehehehe...
fara said…
dats so true!
tapi jgnla fleksibel sgt smpi hukum agama di tolak ketepi kan?

:)
Yuki Yusuf said…
fleksibel tu bagus
untuk waktu dan benda tertentu
ada limit juga
Ibu Ammar said…
ms Independant & Koyuki

fleksibel yg aku maksudkan adalah jangan 'KERAS RAHANG' dalam hidup bermasyarakat.
Lee said…
Hi Nursarah, nice blog. Wow! 'At least one entry a day'?
Good for you.
You keep well, stay young and keep a song in your heart and have a great new year. Best regards, Lee.
myQza said…
yelah.. bil akita dah biasa dengan sesuatu. nak suka pada benda yg lain payah sket..

aku pun.

kena jadi fleksibel ni!
Seimura said…
aku pon flexible.. blh campur n bergaul ngn semua jenis org.
Anonymous said…
aku punya body flexible
malam2 jadi awek
RAWNA said…
true.be flexible tp biar ada limit :)
beautiful_rose said…
flexible bagus ke arah positif menilai sesuatu y baru utk lakukn perubahan.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S