post entry untuk bacaan siapa?..

merujuk soalan diatas, masing-masing pasti punya jawapan tersendiri. anda tulis entry, maka anda lebih tahu kepada siapakah entry anda ditujukan.



1) pada diri sendiri
 entry yang berbentuk monolog dalaman, yang menggunakan bahasa dan kata-kata yang hanya dirinya saja yang faham.


2) kepada ahli keluarga/kekasih/kawan yang mengenali anda
 entry seperti jenis penghargaan, sempena ulangtahun kelahiran, atau juga luahan perasaan sama ada menyebut terang-terangan siapakah sasaran anda atau merahsiakannya. boleh jadi luahan negatif atau positif


3) kepada bloggers sahaja
 entry yang hanya bermanfaat kepada bloggers sahaja. maka pembaca anda yang bukan dari kalangan bloggers memang tidak akan faham apakah yang terkandung di dalam isi entry anda. contohnya, entry tentang tips berblog seperti traffic, nuffnang, dan yang sewaktu dengannya.


4) kepada semua.
 entry yang general, isi kandungan yang sesuai untuk semua pembaca tak kira sama ada mereka ada blog, atau tidak. entry berbentuk cerita santai/ pengalaman peribadi yang mungkin terselit pengajaran dan pengetahuan am. ada juga entry yang berbentuk perbincangan pendapat tentang isu-isu tertentu.





ini adalah analisis peribadi, terhadap genre entry yang di post dalam blog.

ada blog yang lebih mengutamakan golongan 'bloggers' sebagai sasaran yang akan klik dan baca entry mereka. blog jenis ini menjadikan blog mereka lebih kepada genre blog tutorial kepada bloggers. biasanya entry tutorial mempunyai hit yang tinggi dan berkesan menarik lebih banyak pengunjung.

dan ada pula bloggers yang lebih mensasarkan 'pembaca umum' (yang tak ada blog) yang akan membaca blog mereka. entry yang peribadi / cerita umum biasanya kurang pula mendapat sambutan melainkan blog anda hot seperti Hanis Zalika dan Chika.






bagaimana aku boleh menganalisis?

kerana aku menulis blog, dan aku juga membaca.




tak kira apa juga, hasilkan lah entry yang boleh membahagiakan hari anda.






TammaT.

Comments

myonlyphoto said…
Just dropping by to say hello!
Anna :)
Anonymous said…
itu ler kan..!
kite mmg di suruh membace..!
jadi bace ajelah blog ni tanpa ragux2
sharamli said…
xpe la..kite bc je...kal0 xphm p0n wat2 phm je la..
Anonymous said…
terasa aku entryu nie buat aku hahaha boleh ke aku kata camtu?

aku happy kut dgn cara aku!
tapi xslh nak perbaiki diri kan.. so cchyok2! :P
ezanykun said…
sape2 nak baca pun boleh aje.. tp segan gak kalau member yg bukan blogger baca.. hehe.. xpun family ker.. lg la segan..
btol2...
blog korang, korang yg wat,
suka hati korang la...
hehehehe...
Wan Perlis said…
Wan tulis entri untuk semua :)
kalo pm nak baca pun dipersilakan.hehe
mamai said…
kepada sesiapa yang sudi membacanya
fara said…
Aku tak pena wat entri psl tutorial.
tak reti lah!
hehe

:)
kite pun xtau sgt aper tujuan menulis blog.
sebab rasa bahagia kot dapat tulis. walaupun menulis tah pape hohoh.
Yang penting hati kita puas dn ape yg kita target tercapai.. Ngeee.. Ade yg target trafik, ade lak yg target nk bagi ilmu, mngajar.. Ape2 pn kita wat, yg pnting H.A.P.P.Y.. Heehee.. ;)
Salam,

Tulislah apa sahaja asalkan memberi manfaat.

Mari kita meluaskan rangkaian blog.
ezzati said…
blog sy Umum...heeee.. :)

tu la kan..blog ada macam2 jenis..ngee
HEMY said…
sumenya bergantung pada niat dan objektif seseorg tu menulis blog
deus X machina said…
hidup bloggging!!!!
erk888
Azuan said…
membaca jambatan ilmu huhu
Anonymous said…
sy rasa blog sy utk semua kot..hehehehe..thanks for sharing..:)
Anonymous said…
uik. blh jadi bahan presentation aku esok neh
Notami said…
kalo tulis tuk sume lg bgus..
x gitu?
beautiful_rose said…
x kisah sape pon y membace..jnji aku dpt menulis dn meluahkan krn aku mmg suke menulis.
Anonymous said…
I am interested in this issue and I would be grateful if you'll post something new on the same topic. opera mini

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S