mahu bercerita..

.....tentang camp 2 hari 1 malam di Ulu Gombak.


macam mana aku leh join camp ni?

ini adalah camp 'kemahiran berorganisasi' yang merupakan subjek kokurikulum yang aku ambik untuk grad. ko-k adalah wajib, oleh sebab aku ni pemalas nak pegi kelas 2 jam seminggu, maka sebab itulah aku pilih 'kemahiran berorganisasi'. tak yah pi klas, just bayar rm120, pergi camp. then lulus!


bercamp dimana?

di Ulu Gombak. tempat ni tak jauh la ngan UIA gombak tu. tempat ni actually adalah tempat orang asli. memang kawasan hutan simpan yang terletak di pedalaman, dan macam area gunung ganang juga. kami tidak lah camping secara pasang2 khemah or nyalakan kayu api segala. kami tetap tido atas katil yang ada tilam dan bantal. sebab tempat camp ni adalah kawasan 'berbangunan mini' yang dimiliki oleh UM sendiri.


tentang peserta?

seramai 39 orang, kesemuanya of coz la student UM, dari pelbagai course, ada engineering, accounting, sastera, syariah dan pelbagai lagi.


tentang makanan?

makanan secara tempah catering, memang mables, sangat sedap sekali, dua kali dan berkali-kali sedap hingga menjilat sudu. paling takleh lupa adalah menu sup mamak time supper. makan dua mangkuk sup pun rasa tak cukup juga.


tentang aktiviti?

ada 4 aktiviti penting. yang pertamanya sesi ice breaking. bukan ice skating. haha. aktiviti ni simple ja. memperkenalkan diri kepada semua. introducing a little bit abaut ourselves. yang penting, setiap org kena ingat setiap nama peserta lain. selepas suaikenal, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan. 5 orang setiap kumpulan.

aktiviti kedua, sesi ceramah dari en.wahid. mana ada org suka sesi ceramah. tapi aku suka. sebab en.wahid ni sangat kelakar. dia punya nada suara saja dah boleh buat aku gelak. haha!

sesi ketiga adalah malam persembahan daripada setiap kumpulan. each group dikehendaki menyanyikan 3 lagu untuk 3 slot yang berbeza. masa prepare adalah dari pukul 5 petang hingga 9 malam. memang tak sempat, sebab kitorang ada break untuk solat/mandi/makan. tapi tetap kena prepare sehabis baik. apa yang penting?..'kerjasama'!

di malam persembahan inilah, aku bergelak sakan sampai nak pecah perut dan lenguh tulang pipi. ketawa dan ketawa sepanjang malam melihat gelagat setiap kumpulan membuat persembahan. masing2 rupanya ada talent jadi raja lawak. kelakar habis bila tengok mereka nyanyi dengan gaya masing2. yang rap tak menjadi, yang lupa2 lirik. lawakz tol!

aktiviti keempat adalah 'kembara dalam hutan'. which is one of the best experience in my life as student. aku ni memang teruja sesangat bila masuk hutan beramai-ramai. perasaan suka tu memang takleh digambarkan dgn kata-kata. tapi sayangnya kami tidak dibenarkan membawa kamera/handphone. kerana dibimbangi perkakas seperti itu bakal masuk ke dalam lumpur dan air terjun. so assistant en.wahid la yang  bawak kamera untuk snap gambar kami semua. gambar masuk lumpur, gambar mandi air terjun, semua pun di snap oleh assistant en.wahid.


then, mana gambarnya?

sorry. gambar2 mmg belum dapat lagik. untuk 39 orang student mana la sempat en.wahid nak kemaskini gambar2 n burn 39 CD dalam masa dua tiga hari. oleh sebab kami diberitahu bahawa CD hanya boleh diambil pada 2 februari, maka kami pun redha sajalah, dan readers blog ni pun kenalah redha juga. nanti bila dah dapat, i promise to publish it. ok.


tapi ada satu gambar yg aku bleh kongsi, iaitu gambar di malam persembahan. gambar ni macam tak menarik pada pandangan orang lain, tapi gambar ini ada kenangan tersendiri yang kekal dalam memori.





diz in my group. yang bertudung hitam berbaju biru kat belakang tu adalah aku. time ni kami tengah wat persembahan lagu joget lambak, tapi tak joget sangat sebab asyik tergelak-gelak dengan gelagat si Ato (mamat kat depan tuh).




seyesly, even cuma sekejap, really rasa ,macam dah kenal you all lama. friendship mmg superb!






TammaT.

Comments

¶A.K.I¶ said…
hahaha.. sara da macam soklan lazim kat lawan web krajaan tak pon bank2.... hahaha.. regular question yg kengkonon customer asyk tny aje.. hahahaha...
neway.. sronok ea dapat camping.. bgs2...
Anonymous said…
hehehe..penat dh hilang blm?
yg penting hapi kan sarah!
myQza said…
lama x juin camp2 ni. zaman sekolah2 dulu selalu lah.

kenapa ko x tambah 3 mangkuk je sup tu!!

sup makan ngan roti best !
lel said…
haha menariknya nama
slalu org panggil malam kebudayaan la
apreasasi apa jadah lg
tp yg ni malam ikut suka aku
unik okeh!
Seimura said…
bunyi2 mcm seronok je?
weeeeee~
said…
MALAM IKUT SUKA AKU?


hehehe cute nyer nama tu
Solehah said…
hehe..seronok tu sara..teringat jgk time gi camp or aktiviti camni..best2..
maaf la...
aku kurang bab camp nie...
huhuhuhu...
Unknown said…
syiok jugak kalau kunjung kadang2 kem camni. selalu buhsan.
Qiha Aziz said…
sara,
macam kenal gambar tu. hahaha.
ni ato buat joget lambak dia. sumpah lawak :)
sekarang ni asal dengar lagu pakai buang stacy mesti ketawa.
cik nurulain said…
isk isk. CN kan, kalau bab camping mmg plg suka mlm kebudayaan lah. sbb CN jnis yg suka, nyanyi + menari + blakon. mmg pentas tu CN yg conquer lah. heheh. nama malam kebudayaan tu i like!
kawie2020 said…
x sabo nk tgk pic2 tuh... hehehhehehe... camping memang best kan...
Suraya I. said…
heheh, da lme x pegi camp..dlu tym skola slalu la..
fara said…
windu camping time kat U jugak!
Best la Sarah...
Letak la gamba...

;)
Anna Boleyn said…
OMG! 1 group dengan didiy eyh. hehe. my close friend..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S