sindrom mengantuk.

pagi ini, kelas jam 8 pagi. tiba-tiba sindrom mengantuk menjadi lebih hebat daripada biasa, bukan saja mengantuk, malah seperti tidak dapat mencelik mata dengan baik. bukan hanya saya, kebanyakan student lain pun begitu. Dr. Sufian memang menyedari bahawa student beliau hari ini semuanya 'sleepy'. sampai beliau pun mengenakan kami. menulis nombor 7 di papan putih tetapi menyebut 'seventy'. bila pelajar buat senyap saja, maka terbuktilah yang kami semua 'sleepy'. kantoi!

zaman saya tinggal di asrama time sekolah menengah, sindrom mengantuk ini memang hebat. kadang-kadang guru yang mengajar di depan kena surrender dan terpaksa membiarkan kami tidur. tapi saya tidaklah selalu tidur. student perempuan mementingkan air muka. nak tidur pun kena cover kononnya tengah baca buku, padahal mata dah pun terpejam, mimpikan zaman puteri gunung ledang dilamar sultan melaka.

dulu, kalau nak tidur dalam kelas, saya akan selalu berbantalkan lengan. bila terjaga, lengan saya pun menjadi lenguh dan kebas. subjek yang selalu buat saya mengantuk adalah bahasa inggeris. memang tak minat bahasa inggeris. benci belajar grammar. benci sebab dah belajar dari sekolah rendah still tak pandai-pandai lagi. lembab sangat kepala otak. then, bila dah masuk universiti, time presentation mulalah ketar seluruh badan. cakap dalam bahasa inggeris bunyi macam cakap siam.

errrkkk!

dah terbongkar sedikit rahsia di zaman sekolah. memang beginilah life saya sebagai blogger, macam tak perasan bahwa menulis dalam blog sebenarnya membuat saya membuka buku lama. dan bikin malu diri sendiri sedikit demi sedikit. tapi macam tak malu sangat. sebab kisah saya adalah kisah yang normal, seperti kisah kamu juga.

maka berblog ibarat berdiri di atas normal. (bukan lagu peterpan, eh kenapa mesti peterpan? dan bukan pikachu?) huh?! whatever!






Comments

Betul.. Kita mmg berdiri di atas normal.. Takde ape yg tak normal.. Masing2 dgn cara normal masing2.. Heehee.. Aku pon tgh ngantuk ni.. Kejap2 tertido.. report aku tak siap2.. Haish..
biasa la...
zaman dolu2 kan kenangan...
hehehehe...
Anonymous said…
wakakaka..bahse siam !
luculah kamu ni!
min said…
setiap manusia punya kisah silam yg berbezakan
tu yg dipanggil pengalaman
heheee
myQza said…
aku pernah di baling duster sbb tdo dlm kelas
hanafijaafar said…
tido dlm kelas bes, mari amalkn.
Si budak Aboi said…
dulu mase sek agama ptg mesti tido..hahaha
dina diana said…
same r..kite pun benci grammar..kikiki~
.::WaNiE::. said…
huhu rajin terlelap tanpa sedar juga masa kelas dulu..kelas admin lecturer dok baca teks..confirm tido
tdo dalam kelas???
xpernah lagi rase nye...
hehehehe...
sharamli said…
dulu kal0 nk tid0 dlm kelas..letak buku bawah..wat2 baca..hak3
Cik Akma said…
ermm mengantuk tu perkara biase dlm kehidupan seorg plajar. haha~
Tido x cukup mesti ngantuk
deus X machina said…
tido lambat sape suruh
kan dah ngantok dalam claz


(aku pun sama gak dulu, erk888)
fara said…
pling busan klas sejarah!
hehe

:)
beautiful_rose said…
aku di gelar kaki tidur mse zaman skola dlu coz kekerapan tidur di dalam kelas.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S